Kapak dan Emma Maembong


Pada suatu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu dekat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik itu. Maka datnglah Pari-Pari Tasik kepada Pak Amir.
Pari-Pari : Kenapa dengan kau?
Pak Amir : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Amir : Tidak

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Amir : Tidak, kapakku buruk sahaja

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Amir : ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-Pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pula, Pak Amir berjalan di tasik yang sama bersama isterinya. Kali ini isterinya pula tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Lalu datanglah Pari-Pari Tasik bertanya kepada Pak Amir.
Pari-Pari : Kenapa kamu sedih?
Pak Amir : Isteriku terjatuh dalam tasik

Pari-Pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong.
Pari-Pari : Inilah isteri kau?
Sambil menangis Pak Amir menjawab ye.
Pari-Pari pun marah lalu berkata berkata " Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak!"
Sambil menahan pilu, Pak Amir menjawab, "Bukan aku tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma Maembong, kau akan bawa pula Luna Maya, kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau membawa isteriku. Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga kepadaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua. Lagipun hari ni dah mula dikenakan GST pulak tu"


Take Note : Senyum Sokmooooo....

29 comments:

  1. Replies
    1. punya banyak nama, emma maembong juga yang diambikkk kan... kuikuikuiiii

      Delete
  2. Hadoiiiiiiyaiiiiii hi hi hi hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuikuikuiiii lawak sempena menyambut kedatangan GST nie Bonde :p

      Delete
  3. dayah baca ni gelak sakan..hehe terbaik la jawapan dia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa Pak Amir nie bijak orgnya kan.... kuikuiiii

      Delete
  4. Haha... lawak.. lawak.. hiburkan hari sempena GST ni :)

    ReplyDelete
  5. Haha... lawak.. lawak.. hiburkan hari sempena GST ni :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. GST punya pasal kak lya.. banyak pulak idea yang terwujud :)

      Delete
  7. kehh..kehh..kehh...

    *tepuk dahi* ...Pak Amir..!! Pak Amir..!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa.. terlebih bijak Pak Amir nie kak ain.. :) Tapi maybe ada betulnya juga kan..

      Delete
  8. pak amir memang cepat berfikir.cepat je dapat idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaaa Pak Amir nie bijak orgnya kowt.. :)

      Delete
  9. hahaha,lawak :-D

    ReplyDelete
  10. CC..bijaknya cerpen nie..last2 baca tergelak tau..

    ReplyDelete