Aku sayang ayah


Semalam aku call ayah. Nak tanya abah dah bank in duit ke belum. Sebab ptptn jadah tu belum masuk lagi, so aku terpaksa mintak ngan ayah aku.
'assalam. Ayah dah masuk duit kat bank?'


Ayah kata dah. Pastu aku dengar macam suara batuk-batuk kat hujung talian. Aku pun tanya la ayah ada kat mana. Ayah kata dia kat hospital. Aku bila dengar je hospital, memang aku dah naik gabra. Tapi naluri ayah kan, belum sempat aku tanya lagi, ayah dah kata camni,

'takpe, jangan bimbang, ayah amik ubat je kat sini. ayah sihat. kakak kalau ada apa2, gtau ayah. kalau tak cukup duit cakap'.

Aku pun lega la sikit bila dengar ayah ckp camtu walaupun dalam hati aku kuat mengatakan yg ayah aku tipu. Sebab aku tahu dia sakit. seminit pastu, aku dah takde pape nak cakap, so aku nak off la tepon. Tapi entah kenpa aku tak tekan butang off. Dihujung talian, aku dengar ayah aku cakap dengan sape ntah..
'anak pakcik ni ha.. blaja UIA. tak cukup duit. anak sulung. bangga pakcik dengan dia. harap2 nanti pakcik takde, dia boleh jaga umi ngan adik2 dia. pakcik takde harta, tapi pakcik bangga ada anak macam dia'..


Dan korang tahu apa jadi dengan aku masa tu? air mata aku jatuh tanpa segan silu depan org ramai. Hati aku meraung. Teringat dosa2-dosa aku terhadap ayah aku. Macam tu sekali ayah aku sayang aku. Kalau la ayah aku tahu mcmana hidup aku kat U ni, mesti ayah aku sedih.

Ayah tak tahu yg aku ni malas nak mampus belajar. Mesti ayah sedih kalau dia tahu yg aku lebih pikir pasal jodoh berbanding diri dia. Mesti ayah sedih kalau dia tahu aku lebih pentingkan kawan-kawan daripada keluarga. Mesti ayah sedih kalau dia tahu aku makin lagha kat U ni. Mesti ayah sedih kalau dia tahu aku tak ambil berat pasal solat lepas masuk U ni.

Akak mintak maaf ayah. Akak byk berdosa dgn ayah. Akak lupa diri. Akak tak tahu hargai ayah. Akak tahu ayah penat kerja sebab nk tengok akak masuk U. Akak tahu ayah memang bangga ckp pasal akak depan kawan-kawan ayah. Akak tahu ayah nak tgok akak berjaya. Maafkan akak yah...


Sewaktu akak tulis entri ni, air mata akak tak berhenti mengalir, sebab akak tahu byaknya dosa akak dengan ayah. Akak janji ea, akak akan jadi anak yg baik utk ayah. Akak akan tunaikn impian ayah. Supaya ayah boleh bagitau satu dunia yg ayah ada anak mcm akak.

Akak sayang ayah. Ayah jgn pergi dulu. Tunggu akak grad. Nanti akak bawak ayah jalan-jalan round dunia. Ayah jgn pergi dulu. Nanti akak bawak ayah pergi makan sedap-sedap. Ayah jangan pergi dulu, Nanti akak bawak ayah pergi kat doktor yg paling pakar supaya ayah tak sakit-sakit lagi. Ayah jangan pergi dulu, Nanti akak beli rumah besar utk ayah. Ayah jangan pergi dulu tunggu akak balik umah. Akak nak peluk cium ayah. Akak nk sujud kat kaki ayah. Akak mintak ampun yah.. ayah jgn pergi dulu, tggu akak..



Take Note : Cerita nie terhasil dipagi hari yang sunyi. Bila rindukan keluarga, Cik candy akan renung balik apa yang berlaku. Pengorbanan mak, pengorbanan ayah untuk kami adik beradik. Cerita nie dioleh dari pengalaman sendiri dan ditokok tambah berdasarkan kehidupan sekeliling. Ketika menulis, airmata tak mampu untuk ditahan, mengalir dengan sendirinya. Terselit rasa kesal dan juga kesian dalam diri. Terharu dengan pengorbanan ayah bagi membesarkan kami adik-beradik. Ayah.. sentiasa menurut apa kehendak kami selagi tidak melampaui batas, sentiasa dahulukan kami dalam apa juga perkara, sentiasa cuba jadi yang terbaik untuk kami. Sungguh, saat nie hati terlalu rindukan keluarga, rindu menggunung pada ayah. Oichhh.. bila petik pasal keluarga, sensitif sungguh hati nie. Cik Candy doakan semoga ayah sentiasa kuat dan tabah dalam melayani dan memenuhi kerenah kami adik beradik. Semoga Cik Candy mampu membahagiakan ayah sebelum ayah menutup mata. Ayah, selamanya hero dihati ini. Mak selamanya heroin di hati ini. Sesungguhnya tanpa keluarga siapalah Cik Candy. iLOVEuFamily. Wassalam.

Lagi dua hari nak start cuti mid sem. Tak sabar nak balik kampung. Tak sabar nak jumpa family.
iLOVEuFamily



15 comments:

  1. ayah...kasih sayangnya tidak ditunjukkan depan anak2.. tp jauh disudut hati dia menyayangi anak2nya..

    ReplyDelete
  2. CC..mak dengan ayah tak pernah berbelah bahagi tentang kasih sayang,kadang2 kita sebagai anak ter alpa pengorbanan mereka..tak pa cc,nak balik dah tue,sabar ya..tersentuh baca celoteh CC dipagi hari...

    ReplyDelete
  3. memang rindu dgn mereka. klu dengar lagu di pondok kecil, lg rasa rindu membuak2

    ReplyDelete
  4. bersyukur CC ada ayah lagi, hargai dia ye CC, sbb mimin tak hargai ayah mimin sewaktu dia hidup.. bila dia daa takde baru persoalkan, kenapa tak itu, kenapa tak ini.. mimin tersentuh baca entry ni. Alfatihah

    ReplyDelete
  5. Ayah.. dia lah orang yang paling diam. kadang-kadang rasa macam dia tak ambil peduli hal kita. tapi sebenarnya dialah yang paling peduli. paling ambil kisah :')

    ReplyDelete
  6. realiti hari ini..kita kadang2 terlupa...moga2 cepat tersedar dan hargai ayah kita

    ReplyDelete
  7. "kakak kalau ada apa2, gtau ayah. kalau tak cukup duit cakap"..ayat sama utk nina anak pcl, semoga jd anak solehah anakku dan utk cc juga.

    ReplyDelete
  8. amin2 , semoga orang tua kita sempat melihat anaknya berjaya nanti . .

    ReplyDelete
  9. Be strong CC. Be the best for ourself, our parents, our future. Embrace all the hardship and become successful in life. U can do it. May Allah ease the journey :)

    ReplyDelete
  10. alaaa... gi blog Nani lap air liur..
    datang blog CC pulak lap airmata...

    huwaaaaaa....!!rindu arwah ayah akak... hargailah ayah CC sementara dia masih ada.. selalu2 cakap kat dia CC sayang dia ok... :)

    ReplyDelete
  11. Hargai ayah selagi dia masih bernyawa..baru tadi call ayah kat lg,tiba2 rindu kt ayah

    ReplyDelete