Hikmah yang tersembunyi di setiap kejadian

Assalamualaikum

Cik AA : “aku dan dia dah putus…”
Cik CC : “kenapa?”
Cik AA : “aku dah x sayangkan dia. pelikkan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
Cik CC : “kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
Cik AA : “kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
Cik CC : “buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.
Cik AA : “aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
Cik CC : “kenapa? Apa yang dah jadi…?”
Cik AA : “dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku.aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
Cik CC : “kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
Cik AA : “entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. Rabak. Koyak. Patah….”
Cik CC : “lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
Cik AA : “aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
Cik AA : “Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
Cik CC : “kau ada jawapan?”
Cik AA : …senyum “ada…mudah.”
Cik CC : “apa dia?”
Cik AA : “bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
Cik CC : “kongsi lah…”
Cik AA : “Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai, hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
Cik CC : “maksud kau?”
Cik AA : “aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
Cik CC : “teruskan aku dengar…”
Cik AA : “aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
Cik CC : “so sekarang?”
Cik AA : “aku tengah berjuang menjadi lebih baik. Doakan, selangkah, dua langkah…aku sedang berlari mendekati Pencipta…”
Cik CC : “lelaki? cinta?”
Cik AA : “hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
Cik CC : “kau yakin sekarang? rasa lebih baik?”
Cik AA : “alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur ”


Take Note : Cik Candy baru saja mendapat jemputan kahwin dari salah seorang daripada kawan rapat. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh jua dia. InsyaAllah, pertengahan bulan depan, kalau tade arah menghalang, Cik Candy akan sampai ke teratak beliau untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Tadi waktu terima jemputan, *jemputan dlm ws aje pun* tetiba teringat pulak kisah-kisah cerita monyet yang pernah dia ceritakan pada Cik Candy. Bayangkan hampir setahun tahun bercinta, akhirnya dia ambil keputusan untuk putus. Ya, apa yang berlaku ada hikmahnya. Cik Candy sokong tindakan yang dilakukannya walaupun berbunyi sedikit kejam. Heheheee.. Apa guna bercinta kalau hati tak ikhlas menyintai. Kenapa perlu berpura-pura dan memberi harapan palsu kepada yang menyintai tu. Tapi yang Cik Candy sedikit ralat, dia ambil masa terlalu lama kowt untuk membuat keputusan tersebut. Hampir setahun bercinta, setahun berjanji manis dengan si lelaki tu, barulah dia membuat keputusan tegas untuk berterus terang. Aptb minah nie.. Itu cerita lama. Cerita dua tahun yang lepas kalau tak silap. Apapun Cik Candy doakan kawan baik Cik Candy tu bertemu jodoh yang soleh. Semoga mereka bahagia dalam meniti bahtera perkahwinan yang akan mendatang. Hadapi setiap kesenangan dan kepayahan bersama-sama. Dan semoga mereka mendapat bby gurl/boy yang comel lote. Wassalam

11 comments:

  1. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya Cc :)

    ReplyDelete
  2. ya betul tu ,, anie sokong komen anajingga,, setiap yang berlaku ada hikmahnya,, than sekarang dah dapat jodoh dengan yang lebih baik dan ikhlas daripada dulu,, semoga mereka bahagia till jannah,, aminn

    ReplyDelete
  3. betul tu... apa yang berlaku semuanya ada hikmah.. :) just be strong.. congratz untuk kawan cik candy.. :)

    ReplyDelete
  4. entah kenapa rasa happy baca post ni :)

    ReplyDelete
  5. setiap yang berlaku pasti ada himahnya kan

    ReplyDelete
  6. aku ada sorang kawan nama dia Nurul Hikmah, aku kesian nama dia seringkali disebut bila perkara buruk berlaku

    ReplyDelete
  7. roller coaster emotion baca cerita ni.huhu.tahniah untuk kawan cik candy. ^_^

    ReplyDelete
  8. Allah tahu apa yg terbaik buat hambanya...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Sst ujian tanda Allah syg..

    ReplyDelete
  10. yg terbaik pasti tiba... insyaAllah...

    ReplyDelete
  11. sesuatu yg berlaku msti ade sebabnye.. :)

    ReplyDelete