Hidup Perlu Ada Azam

Perlu Ada Azam.

Setiap dari kita tentu ada keinginan...ada kemahuan inginkan sesuatu.
Azam bukan saja azam tahun baru..setiap hari pun kita perlu ada keazaman dlm mencapai apa yg kita mahu.

Sebagai contoh kita mahu membeli kereta idaman..mahu membeli rumah..mahu melancong...mahu berkahwin...mahu mengerjakan haji..pelbagai lagi keinginan kita sebagai manusia.
Setiap hari ada saja keinginan kita.Akan tetapi pandai-pandailah kita meletakkan keinginan itu di mana.

Keinginan yg perlu diutamakan @ keinginan sementara saja.Di mana keinginan sementara blh berubah2 mengikut masa.

Jika kita menginginkan sesuatu perlulah usahakan utk mencapai cita2 tersebut.Sememangnya kita perlu mengukur kemampuan kita sebelum bercita-cita tinggi.
Jangan cepat berserah berkata tidak mampu...tak boleh !,mustahil sebelum berusaha.
Utk mencapai apa yg kita inginkan sememangnya perlu berkorban.Berkorban masa & tenaga cthnya.
Jika kita bergoyang kaki...mampukan kita membuat simpanan ?
Jawapannya tentulah tidak....

Mereka yg berkemampuan tentunya tdk mempunyai kesulitan utk mendapatkan segala yg mereka inginkan berkaitan dgn duit.Akan tetapi bg mereka yg hidup bersederhana kita perlu ada azam utk mendapatkan apa yg mustahil utk kita miliki.Singkirkan perkataan MUSTAHIL gantikan dgn usaha ,seterusnya doa.Tidak perlu mengeluh susah..keringatkanlah diri utk memenuhi keinginan hati.

Usaha  kesungguhan  doa  tawakkal.
In sha Allah biar lambat drp langsung tdk mencuba.
Kepuasan dlm hidup adalah apabila kita berusaha mendapatkan ssuatu yg diimpikan dgn sungguh2.Kemudian berhasil

HANYA SEBIJI TEMBIKAI, KITA MERUNGUT KEPADA ALLAH TA'ALA


"HANYA SEBIJI TEMBIKAI, KITA MERUNGUT KPD ALLAH TA'ALA"" ...

Seorg lelaki pulang ke rumah dgn membawa sebiji tembikai.

Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.
Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar".
Lalu isterinya terus2an merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu,
suami berkata: "Sy membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Sy tau"

Suami: "Pada pendpt awk,
Semasa sy membeli tembikai tadi,
Sy nk yg manis atau yg tawar?"

Isteri: " Tentulah yg manis"

Suami:" Ketika penjual sdg menjual tadi,
Agaknya mrk nk menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Tentulah mrk ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kpd penjual di pasar,
Mrk agaknya ingin menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti yg manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya,
Adakah dia mahu tembikai yg tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yg manis,
pastinya."

Suami:" Ketika awk membelah buah ini tadi,
awk inginkan yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti sy ingin yg manis.
Knp dgn semua soalan ini?" soal isteri.

Org soleh itu tersenyum pada isterinya.
Lalu dia berkata:

"Ketika semua org inginkan buah yg manis, sebaliknya pula yg berlaku.
Buah tembikai itu tawar rasanya!"

Isteri org soleh itu terdiam.

Mrhkan siapa?

'Jadi ketika awk marah ttg rasa tembikai yg tawar,
Awk sbnrnya mrhkan siapa?
Bknkah semua org inginkan buah yg manis.
Ttp kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa?
Marahkan sy yg membeli,
atau penjual yg menjual atau awak yg membelah atau pekebun yg menanam?
Atau Allah yg menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Jgnlah kita mengecam,
mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan shj.

Pengajarannya: Kita perlu fhm bahawa rezeki kita dpt yg manis atau tawar,
sedap atau tidak,
Semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya,
ramai org akan terasa hati.
Mgkn emak atau isteri yg memasak terasa hati.
atau mgkn ayah yg membeli terasa hati.
Dan lebih2 lagi tanpa kita sedar,
kita seolah2 "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kpd kita.

Jika kita tidak bersyukur dgn yg sedikit,
mana mgkn kita akan bersyukur dgn yg byk.


Kredit: Viral Media Johor

10 KUNCI AGAR HATI & JIWA KITA TETAP TENANG

*10 KUNCI AGAR HATI & JIWA KITA TETAP TENANG*


Setidaknya ada 10 kunci agar hati kita tetap senang dan jiwa kita tetap tenang, iaitu :_

*1. TIDAK MEMBENCI*
Jangan sekali-kali membenci seseorang walaupun dia berbuat kesalahan kepadamu.

*2. TIDAK MERENGUT*
Jangan berkeluh kesah, sebaliknya perbanyaklah berdo'a kepada Alloh Azza Wa Jalla.

*3. HIDUP SEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi & harta melimpah.

*4. BERPRASANGKA BAIK*
Sentiasa berfikir positif meskipun kerap ditimpa musibah.

*5. SELALU TERSENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

*6. SELALU MEMBERI*
Gemar memberi sedekah walaupun lagi susah.

*7. BERDO'A TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus mendo'akan kebaikan untuk saudaranya tanpa pengetahuannya.

*8. TIDAK DENGKI & IRI HATI*
Jangan iri & dengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdo'alah semoga anda juga berjaya seperti dia, jika anda dengki dengan mengaibkan dia.. ingatlah bahwa segala amal baik anda pasti hangus.. kerana Allah tidak terima amal kebajikan orang yang hasad, iri dan dengki.

*9. MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa malas dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan

*10. HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang berbeza pendapat sebagai lawan, namun dia pun kawan anda..

Hari Ini Hari Terakhir

JIKA HARI INI, HARI TERAKHIR KITA..



Sahabat..
Bukankah Allah SWT telah berfirman, bahawa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati?
Kita semua akan mati. Cuma entah bila itu akan terjadi. Yang jelas pasti kita semua akan mati. Pasti! Esok, Lusa, atau ditetapnya Dini Hari..

Sahabat..
Seandainya kita tahu bahawa hari ini hari terakhir kita, Apa yang hendak kita kerjakan?

Apakah kita akan mengingat dosa dan bersimpuh untuk bertaubat nasuha dengan memperbanyakkan sujud dan istighfar?

Apakah kita akan membersihkan rumah dari barang haram yang membuat malu didunia dan menjadi beban di akhirat?

Apakah kita akan menegakkan Solat dengan berjemaah dimasjid, dengan tuma’ninah dan sekusyuk mungkin, dan tidak akan beranjak sebelum melantunkan dzikir yang menggetarkan hati?

Apakah kita akan meminta maaf kepada orang yang telah kita zalimi, baik dalam berkata-kata, tingkah laku mahupun dalam hal harta?

Apakah kita akan menyampaikan amanah yang diberikan kepada kita, kepada mereka yang berhak?

Apakah kita akan banyak membaca Al Qur’an, setelah sekian lama kita tinggalkan?

Apakah kita akan memperbanyak Infak kepada orang yang memerlukan..

Apakah kita akan menjauhi segala dosa dan segala hal yang tidak berguna?

Jika demikian, mengapa tidak kita kerjakan mulai sekarang?
Bukankah, hari ini akan terjadi hari terakhir kita?

Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya, amal ( yang paling menentukan) adalah amal terakhirnya”.(HR.Bukhari).

Smoga Allah SWT berkenan memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang khusnul khatimah...

...

Hidup kita sebenarnya tak lama...
Sebab tu Islam ajar kita hargai seolah kita akan kehilangannya.

Hargai.. hargailah insan yang kita sayangi dan masa yang ada.. seolah kita akan berpisah..
Hargai usia seolah ini hari terakhir..

Ingatlah tentang sementaranya kita, kita akan lakukan hanya benda penting bagi kita.. 
Kita semua sama.. yang membezakn cuma Amalan Dan Taqwa... 
.. Sekian.. 
Wallahu A’lam bisawwab...
..Semoga bermanfaat..