Saturday, February 28, 2015

Pertolongan cemas

February 28, 2015 1 Comments
Assalamualaikum

Korang tahu tak apa itu pertolongan cemas? Tahu tak apa fungsi pertolongan cemas? tahu tak macam mana nak melakukan pertolongan cemas? tahu tak apa kebaikannya petolongan cemas? pada yang tahu tu, baguslah. Pada yang tak tahu, jom baca apa yang Cik Candy nak kongsi ni. Ini adalah salah satu silibus yang perlu Cik Candy pelajari untuk semester ni. Harap dapatlah membantu kesedaran korang serba sedikit ya.

Maksud Pertolongan Cemas

  • Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna


Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas

  • membantu menyelamatkan nyawa mangsa
  • mengelakkan mangsa dai kecederaan yang lebih teruk
  • membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa

Sifat-sifat pemberi Pertolongan Cemas yang baik
  • mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri didalam mengendalikan kes-kes kecemasan
  • pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya
  • tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes
  • mempunya sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
  • tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberikan keutamaan rawatan mangsa
  • bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.


Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas

  • menyelamatkan mangsa secara pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan
  • membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman
  • memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak
  • elakkan mangsa dari mengalami renjatan
  • memberi semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang
  • atur bantuan agar mangsa memdapat rawatan perubatan




Dah baca dan fahamkan. Jadi lepas ni, bolehlah korang bantu apa yang patut sekiranya keadaan memerlukan ya. Hulurkan tangan, ringankan beban mangsa. Kalau tak dapat nak bantu banyak pun, cukuplah dengan membei kata-kata semangat. Okbye! Wassalam.

Gajet ke kawan lagi penting

February 28, 2015 13 Comments

Assalamualaikum..

Hai sayang, dah mandi ke belum? Ishhh tahulah cuti tapi janganlah sampai mandi pun malas. jangan jadi pemalas, please. Lebih-lebih lagi yang si gegurl tu. Huh! buruk bebenor peelnya. Bangun tidur, celik mata aje terus mengadap laptop (Cik Candy lettuw). Hahaa biasalah waktu cuti-cuti macam ginilah nak curi masa untuk bermalasan kan. Fullstop.

Nampak tajuk kat atas tu? Anda tahu apa itu gajet? Anda tahu apa itu kawan? Okay, Good! Sebenarnya petang ni, Cik Candy nak mengusik sedikit berkenaan dengan gajet dan kawan. Alkesahnya, malam tadi Cik Candy adalah ikut beberapa kawan Cik Candy pergi pasar malam. Plan asalnya, kami nak naik bus aje tapi sekali last minit plan bertukar. Maka naiklah kereta, sebijik kereta saga dimuatkan kami tujuh orang termasuk si memandu. Hohohoooo memang dah macam sardin yang duduk dibelakang tu. Tapi tak apa, yang penting dapat jimat tambang. Sepanjang perjalanan ke pasar malam, kami sibuk berselfie dalam kereta. Riuh rendah, gamat suasana dengan suara masing-masing. Ada yang tudung tak jadi, ada yang muncung ituk, ada yang pipi tembam dan sebagainya. Untuk seketika itu, telefon digunakan hanya untuk berselfie dan masing-masing beinteraksi diantara satu sama lain.

Tapi kemeriahan tu seakan sekejap saja. Keluar aje dari kereta, majoriti sibuk dengan telefon. Ada yang masej dengan pakwelah, ada yang sibuk berfacebooklah, ada yang bertwitterlah. Pokoknya memang telefon tak lengkang dari tanganlah. Suasana pun jadi sepi. Mulut senyap tak berbunyi, kaki melangkah, mata pulak sebelah pada skrin dan sebelah lagi pandang depan. Cik Candy pun naik menyampah! Diaorang yang beria-ia ajak aku pergi pasar malam, lepas tu masing-masing sibuk dengan telefon. Choiii!!!.

Sakit pulak hati ni. Bagi Cik candy, bila kita keluar dengan kawan-kawan rasanya gajet tu tak perlulah ditayang. Tak payahlah nak bergajet sepanjang masa. Kau sibut bergajet, kawan kau pun sibuk bergajet, masing-masing buat hal sendiri. Menyampak pulak rasa. Tapi kalau  buka sekejap-sekejap untuk cheak notification tak apalah kowt. Jenis Cik Candy, kalau keluar dengan kawan-kawan, tumpukan perhatian bersama kawan-kawan. Gajet tue tolak ketepi buat seketika. Luangkan masa yang sebetul-betulnya bersama kawan-kawan. Barulah best. Ini tidak, beria-ia diajaknya kita keluar, lepas tu sibuk nak mengadap telefon tu. Kebarangapakah ini!

Ya, betul. Memang tak salah kalau nak melayan kawan-kawan dalam gajet tu tapi janganlah sampai mengabaikan kawan-kawan disebelah. Mana lagi penting? Kawan dalam gajet ataupun kawan disebelah? Fikrlah sendiri! Okbye. Wassalam.






Friday, February 27, 2015

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

February 27, 2015 19 Comments


Caranya mudah sahaja.
  1. Sediakan satu entri di blog anda dengan tajuk GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE
  2. Letakkan banner Giveaway diatas, masukkan pautan (link) ke entri giveaway ini, dan publish
  3. Sertakan link penyertaan anda di ruangan komen Zamani Abe.
  4. Masukkan juga Zamani Abe dalam list blog peserta. Ini bagi memudahkan anda mengetahui keputusannya nanti.
Tamat : 5 Mac 2015
Jam : 2:00

Thursday, February 26, 2015

Semangat! semangat! semangat!

February 26, 2015 35 Comments
Assalamualaikum...

Pagi ni Cik Candy semanagt nak pegi kelas. Semangat bersiap-siap nak masuk kelas. Korang mesti pelik, kenapa kan. Hahaa mesti ada yang teka sebab Cik candy nak jumpa 'my crush' kan. Bukanlah!

Sebenarnya hari ni ada subjek Prinsip Elektrik dan juga subjek Pepasangan Elektrik Industri. Ini merupakan subjek kegemaran Cik Candy. Hihiiii, ramai yang pelik kenapa Cik Candy suka giler kat subjek ni. Olalalalaaaa yeyeeehh! sebab Cik Candy sukakan sesuatu yang berayat bukan bernombor. Padahal dalam elektrik, banyak pengiraan. Kan.


Mini giveaway by Shahira

February 26, 2015 13 Comments



Syarat-syaratnya mudah aje:-

★★ Terbuka kepada semua blogger
★★Follow Shahira's blog & nyatakan follower ke berapa
★★Follow Google+ Shahira's blog & nyatakan follower ke berapa
 ★★Like FB Page Chef Ammar Spices Online
★★Copy paste banner & buat entry bertajuk 
"Mini giveaway by Shahira"
★★Back Link kan banner ke sini & tinggalkan url di kotak komen


Tamat : 8 Mac 2015


Dilema dalam kelemasan katanya!!

February 26, 2015 10 Comments
Assalamualaikum.

Hey korang, malam nie Cik Candy nak meluah sikit. Boleh? Cik Candy pun malas nak bermukadimah panjang berjela disebabkan malam nie internet macam buat perangai sikit. Sebelum Cik Candy bermusuh dengan internet, ada baiknya Cik Candy teruskan point yang berkaitan dgn tajuk diatas.

Apa perasaan korang kalau nampak gurl lain jadikan pic BF korang sebagai wallpaper handphone? Agak-agak apa tindakan yang akan korang lakukan? Pernah terfikir tak akan perkara ni? Ataupun korang pernah mengalami situasi macam ni.

Ieka dan Rydal couple dah hampir tiga tahun. Dalam masa hampir tiga tahun tu, macam-macam yang dah mereka lalui bersama. Jatuh bangun mereka sama-sama rasai. Susah senang, mereka sama-sama harungi. Pernah mereka bergaduh tapi sekadar pergaduhan kecil. Perselisihan pendapat merupakan perkara biasa, namun itu menjadikan perhubungan mereka bertambah erat. Setiap kali ada kemusykilan, mereka akan saling bertanya. Setiap kali ada masalah, mereka akan saling berkongsi.

Rdyal, seorang yang berpewatakan tegas namun mempunyai hati yang lembut. Pada pandangan mata Cik Candy, Rydal memang seorang yang baik hati. Sikap dia yang tak lokek menolong kawan, membuatkan persahabatan kami kekal. Cik Candy berkawan rapat dengan Ieka. Ieka dan Cik Candy sering kali berkongsi masalah bersama. Setahu Cik Candy, selepas couple dengan Rydal, Ieka sentiasa tersenyum. Setiap kali dia bercerita dengan Cik Candy, rasa bahagia jelas terpancar di wajah dia. Tapi baru-baru ni, tiba-tiba Ieka mengadu pada Cik Candy.

Katanya, Rydal ada berkawan dgn sorang gurl ni. Menurut Ieka, Rydal pernah bagitahu dia yang gurl tu dah pun ada BF. Makanya gurl tu dan Rydal hanyalah kawan. Gurl tu dengan Rydal memang agak rapat pada pandangan mata Ieka. Mereka selalu contact. Rydal pun seakan-akan melayan gurl tue. Sampaikan satu tahap setiap kali Ieka dan Rydal keluar bersama, pastu gurl tu akan ikut sekali. Pelik! Kenapa gurl tu menyibuk setiap kai mereka keluar? Kenapa gurl tu tak ajak je BF dia keluar? Dari hari ke hari, sikap gurl tu membuatkan Ieka rimas. Gurl tu seolah-olah ingin mencuri perhatian Rydal. Setiap kali mereka keluar bertiga, gurl tu seperti mahu Rydal mendahulukan dia dalam setiap perkara berbanding Ieka. Okay, Ieka masih mampu bersabar dengan sikap tersebut.

Sejak Rydal berkawan dengan gurl tu, Ieka dan Rdyal lebih kerap bertekak. Katanya Ieka, kenapa perlu gurl tu ada sekali setiap kali mereka keluar? Kenapa perlu gurl tu ikut kemana saja mereka pergi? Kata berdating tapi kenapa perlu gurl tu ikut? Itulah yang selalu Ieka persoalkan. Rdyal pulak mengambil pendekatan sebagai kawan tak salah kalau nak tolong kawan yang sedang susah. Apa salahnya ajak gurl tu ikut sekali. Kesian dekat gurl tu. Balik-balik gurl tu yang dijadikan isu mereka bergaduh. Sampai satu tahap Ieka mengadu pada Cik candy sambil menangis.

Untuk malam ni, sekian kalinya lagi Cik Candy mendengar tangisan Ieka di corong telefon. Sayu, sedih, sendu, syahdu, semua ada. Katanya tadi mereka keluar  makan dan gurl tu ikut sekali. Seperti biasa dalam kereta gurl tu akan mengambil tempat di sebelah Rdyal yang pemandu. Nak tak nak , Ieka terpaksa duduk di belakang. Kebetulan untuk malam ni, Ieka ternampak gambar Rdyal dijadikan wallpaper pada telefon gurl tu. Ieka tak pasti sama ada Rdyal tahu ke tidak akan hal ni, tapi yang pastinya Ieka jelas kecewa dan sedih.

Cik Candy tumpang sedih dan marah dgn apa yang menimpa Ieka. Bagi Cik Candy, dalam hal ni Rydal pun bersalah juga kowt. Cara dan layanan dia pada gurl tu mungkin membuatkan gurl tersebut salah faham. Mungkin Rydal menganggap gurl tu kawan tapi gurl tu yang menganggap Rydal sebaliknya. Dan lagi satu, gurl tu dengan Ieka memang tak rapat. Even setiap kali Rydal dan Ieka keluar, gurl tu ikut sekali, gurl tu memang jarang bertegur sapa dengan Ieka. Hahaaa entah ah labu! Cik Candy pun dah penat bagi nasihat dekat si Rydal tu. Lagipun Cik Candy pernahlah juga jumpa si gurl tu sekali. Hahaa time tu, Ieka ajak Rydal datang melawat Cik Candy dekat asrama. Tak sangka pulak gurl tu ikut sekali. APTB!! sabar aje lah.

"ien, awk tahu x pompuan tu buat gambr bie saya jd wallpaper fon dia. Dahlah gambar tu dia edit-edit. Dia edit gambar bie saya dengan dia. Panas betul ati orang. Rasa mcm nak sound-sound je pompuan tu. Tau tak orang dah penat bersabar dgn kerenah dia. Kata ada bf, dah tu kenapa gedik nak ikut kiteorang kuar. Setakat ni orng tak pernah nampk lagi dia keluar dgn bf dia. hari-hari kiteorng keluar, dia follow. Dah tu bile masa nak keluar dgn bf dia. Bontot ayam betol lah pompuan tu. Sakit hati aku ni. Ishhh org geramlah ien. Tau tak tadi orng dekat blkng tu nangis je. Bie tanya td, org cakap selsema. Bencilah tgok muka pompuan tu."

Orang doakan awok dengan Rydal bahagia. Semoga segala diat suci dan harapan cadangan korang tu tercapai. Orang harap awak tabah lalui semua nie. Ni ujian dan dugaan untuk korang. Jangan jadikan kehadiran gurl tu sebagai satu malasah yang akan menghambarkan realy korang. Semoga bahagia milik korang.

Wednesday, February 25, 2015

Oich rabu dah tiba -_-'

February 25, 2015 6 Comments

Assalamualaikum..

Malam yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang, olalalalaaaa tak ingat lirikkk! Hahaaa boleh ke macam gitu? Macam pelik, macam selok, macam sakai berangkai-rangkai aje kan. Ok fullstop. Abaikan segala rapu merapu tu. Mengantuk!

Sebenarnya pagi ni terasa macam malam nak bersiap-siap pergi kelas. Oichhh kemalasan menguasai diri. Tidakkkk!! Cik Candy malas sebenarnya disebabkan hari ni hari rabu. Disetiap pagi rabu, Cak Candy and the geng dikehendaki berkawad selama satu jam di padang kawad. Oichhh pagi-pagi dah kawad. Bagus untuk kesihatan dan menyihatkan badan tu, kan. Memanglah menyihatkan bada, tapi kekadang Cik candy tak berdaya nak ikut arahan komander yang conduct kami weh. Mungkin komander tu conduct kami ikut mood kowt. Huhuuu, Cik Candy perasan, ada harinya, kami diberi latihan yang senang, simple aje. Tapi ada timingnya, kami diberi latihan yang over over dos laa yop. Oichhh, kalau selalunya berlari 2 papan, tetiba jadi 5papan. Selalunya tak ada kawad farmasi, tiba-tiba disuruhnya kami berkawad farmasi. kalau kebiasaannya disuruh hentak kaku sepuluh satu dua, tiba tiba ditukarnya menjadi dua puluh satu dua dan bla bla blaaa...

Kawad. Disebabkan pagi rubu ada subjek kawad maka rasa teruja Cik Candy untuk ke kelas tu sedikit down. Heheee. kawad.. kawad.. hampeh lol!. Tapikan, setiap kali kawad, mesti 'my crush' Cik Candy akan duduk satu baris dengan Cik Candy tapi di bahagian belakang. Mean, dia akan berada betul-betul di belakang Cik Candy. Biasalah diakan agak tinggi, maka disitulah tempatnya.

Untuk hari ni, rabu tiba lagi. Makanya, tibalah masa untuk kami, para pelajar DLC 02 untuk beraksi kawad. Cik Candy harap latihan dan arahan yang akan diberikan untuk hari ni tidaklah serumit mana ye. Semoga kami dapat bersatu hati, dalam berkawad untuk hari ni.

Leka duduk bertaip, sekali tengok jam dah pun pukul tujuh lebih. Rasanya boleh dah kowt slow-slow, Cik candy mengundurkan diri. Morning uoll. Okbye! wassalam.




Tuesday, February 24, 2015

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

February 24, 2015 15 Comments





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

- TAMAT : 15 Mac 2015 -

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

February 24, 2015 13 Comments
Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

- TAMAT : 28 Feb 2015 -

Segmen Pencarian Bloglist Mac - July

February 24, 2015 11 Comments


Syarat-syaratnya :

1. Follow
-> Instagram : Miya Amira >kalau ada<
-> Google+ : Miya Amira

2. Buatkan satu entry pasal segmen ni.

3. Copy and paste banner kat atas tu dan pastikan backlink kan balik dengan blog miya.

4. Tinggalkan link blog korang kat Miya Amira ye.

5. done ^_^ 

Seramai 20 orang blogger yang berjaya, Miya Amira akan masukkan dalam senarai bloglist Miya Amira. Kalau ramai yang menyertai katanya akan guna Random untuk pilih bloglist tapi kalau kurang dari 20 orang semua akan dimasukkan dalam bloglist tersebut. Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.

Tamat : 28 Februari 2015

Monday, February 23, 2015

Nuffnang who recently viewed my blog

February 23, 2015 8 Comments

Assalamualaikum

Untuk petang ni Cik Candy dengan rajin hati nak buat pengumuman ni. Hahahaaa mcm over plak kn, tapi peduli apa Cik Candy. Yang penting sekarang hati tengah happy. Kuikuikuiii tadi berborak panjang lebar kowt dengan 'crush'. Heheheee tak sangka plak untuk petang ni, Cik Candy dan 'crush' boleh duduk satu meja, dua kerusi dan borak panjang-panjang. 'Crush' cerita pada Cik Candy berkenaan susur gaur jawa. Katanya ada Jawa Bugis, Jawa Parit, Jawa Balanda, Jawa Campur dan bla bla blaaa. Hahaa tergelak jugalah Cik Candy dengan keramahan 'crush' and the geng tu. Alhamdulillah, semoga ini permulaan yang bagus untuk kami. Olalalalaaa.. fullstop.

Okay, berbalik pada tajuk diatas, Cik Candy sebenarnya nak share dengan korang berkenaan kawan-kawan blogger Cik candy yang baik hati bermurah jantung menekan tabung kawen Cik Candy. Hahaaa! Tabung kawen katanya. Cik Candy pun malas nak bertaip panjang, apa kata korang blogwalking diaorang. Dapatlah menambah rakan dan memeriahkan lagi industri blog ni (=


Jom terjah mereka.


Sekian.

"My Crush" Part 2

February 23, 2015 3 Comments

Assalamualaikum..

Terasa rajin untuk Cik Candy berentri pada petang ni. Rajin dan bersemangat habaq hang. Hehee bila sebut tentang 'crush' memang Cik Candy tersemangat. Alaaa biasalah semangat tapi taknak lah ditunjuk sangat. Kang dikatanya Cik Candy ni overkan. Okay fullstop.

Sebenarnya hati ni tetiba rasa macam nak meluah. 'Crush'. Oich 'My Cruch'. Untuk harini permulaan hari selepas cuti raya cina, Cik Candy memangat giler kowt pagi tadi bersiap-siap pegi kelas. Almaklumlah empat hari tak dapat tengok 'crush'. Hahahaaa nak tengok pun tak dapat, nak contact apatah lagi. Segan! :p

Pagi tadi Cik Candy masuk kelas macam biasa. Posisi Cik Candy pun masih seperti biasa. Satu barisan dengan 'crush' tapi diselang dengan dua bijik meja. Mula-mula masuk pagi tadi, 'Crush' adalah tegur Cik Candy. Hahaa tak pasti samada di perli ataupun ikhlas. "Eh, ka nak gulu-gula tak? Aku penat bawak dari kg ni". Hahaaa! mau tak tersedak Cik Candy. 'Crush' offer gula-gula weh. Cik Candy pun dengan sesopan alam terus mengangguk sambil hulur tangan. Hahaaa blur tak tahu nak cakap apa. Terima kasih pun tak terucap tau.

Lepas tu nak dijadikan cerita, sepanjang pagi tadi langsung tade lecture yang masuk mengajar. Mula-mula Cik Candy perhatikan 'crush' tu, bukan lain rancak lagi berborak dengan kawan sebelah dia merangkap teman sekampung. Aktif semacam dia punya mulut. Punyalah dia duk potpetpotpet tentang COC, tetiba Cik Candy dapat tangkap satu ayat. "Eh sixth, aku ngatuk laa doe. Bagi aku tidur jap". Hahahaaa terus Cik Candy berpaling muka memandang si 'crush' tu. Dia pulak pandang Cik Candy sambil senyum then keluarkan ayat azimat dia. Hahahaaa! "Hehee ngantuk r. Malam tadi tak dapat tidur, dyorang kacau". Hampeh! Tulah alasan yang selalu dia bagi sebelum kepala lentok atas meja.

Cik Candy hanya mampu geleng kepala dengan telatah 'crush'. Pantang masuk kelas, pantang jumpa meja, pantang tade lecture, mesti tidur memanjang. Macam tadi, kalau tak silap dari jam sembilan lebih kowt dia tidur, Bangun tak bangun, lebih kurang jam dua belas setengah. Hahaa itu pun disebabkan budak-budak kelas yang kejutkan, ajak pergi makan dekat dewan makan. Kalau ditinggalkan dia tadi, rasanya mahu sampai ke petang kowt dia membuta. Fuhh! serius memang hantu tidur.

Nak dijadikan cerita, tadi dalam perjalanan nak pergi ke dewan makan, 'crush' and the geng berjalan betul-betul di belakang Cik Candy. Sempatlah juga Cik Candy pandang wajah bangun tidur dia. Hahaa muka mamai, mata sepet. Dah macam apek pun ada, dahlah 'crush' tu kulit putih. Entah apa yang diaorang guraukan Cik Candy pun tak pasti. Sakan bergelak, usik mengusik. Last sekali waktu di penghujung simpang Cik Candy terdengar ada suara yang memanggil nama Cik Candy. Cik Candy berpaling ke belakang. Opsss! Hahaaa 'crush' lah! 'Crush' panggil nama Cik Candy. Cik Candy nampak 'crush' and the geng melambai. rasa macam kembang semangkuk hati ni. Hahaa pedulikan lambaian lain, yang penting lambaian 'crush' tu. (=

Oich terasa indahnya petang ni. Huhuuu cuaca panas terasa macam sejuk semacam. Hahaaa giler angau! selok! Parak! Well, inilah Cik Candy. Hahaaa dapatlah lunch dengan senyuman untuk harini. Apapun harap untuk petang ni, masuk kelas tadelah sesiapa yang memerli ye. Tadelah sesiapa yang merosakkan mood bahagia Cik Candy ye. Okbye. Wassalam.


Sakit pulak hati kita!

February 23, 2015 7 Comments

Assalamualaikum..

Hai lalinkk.. krikk krikkk terasa mengedik disitu. Hahaa peduli apa Cik Candy. Ini blog Cik candy yang punya. Awak tade share dlm nie tau. Olalalalaaaa (= *merapu dah nie!

Uoll kenapa tak tidur lagi? Esok tak start kerja lagi ke? Esok tak start kelas lagi ke? Ouh uoll masih bercuti lagi erk. Ok fine, Cik Candy terasa jelous menggunung. Untunglah siapa-siapa yang dapat cuti lama. Hahaaa bolehlah kumpul ampau banyak-banyak. Makan limau sampai tak ingat dunia. Ye dop? Okaylah untuk malam ni Cik Candy saja gedik berentri, padahal dah lewat malam kowt.

Cik Candy sebenarnya nak meluahkan something. Sorry dan maaf andai ada sesiapa yang terasa. Cik Candy just meluahkan apa yang dirasa. Kalau ikutkan hati, Cik Candy memang suka blogwalking. Cik Candy memang suka terjah ke blog-blog yang lain. Cik Candy memang suka menyemak dalam blog orang lain. Tapi ada satu yang Cik Candy tak suka! *tetiba emo plak*

Cik Candy tak suka bila blog yang diterjah tu berat terlampau! Hampir berjanggut nak tunggu loading tu settel. Mak aikk macam suku hilang Cik Candy punya mood. Sakit hati pun ada. *dalam hati sumpah sesumpah blog tu. Padam muka. Hahahaaa!* Sabar aje lah. Ambik masa yang lama untuk masuk tu dah satu hal. Lepas tu dia punya style blog tu punyalah canggih. Tercengang kejap Cik Candy. Mana disembunyi button 'Follow'. Mana disorok 'Chatbox'. Mana dibuangnya 'kotak komen'. Sabar aje lah. Sasau juga nak mencari weh!

Pastu kan untuk sesetengah blogger yang anjurkan 'Segmen' atau 'Giveaway'. Apa salahnya kalau korang punya Copy And Paste tu diopenkan untuk seketika. Nanti dah habis korang punya peraduan tu, gunalah balik. Tau tak susah untuk kami para peserta nak blogwalking ke blog-blog blogger yang lain, yang ikut serta. *korang faham tak apa yang cuba nak disampaikan ni? Cik Candy tak reti nak explin lol*

Dalam dunia blog ni, macam-macam benda yang Cik Candy jumpa. Macam-macam kerenah yang Cik Candy temu. Ada yang positif, ada yang negatif. Ada blogger yang ramah, ada blogger yang kejar follower semata-mata. Cik Candy harap tade lah permusuhan dan persengketaan ye. Untuk Cik Candy, mana yang baik akan diikuti dan mana yang buruk akan cuba dijauhi.

Cik Candy pun bukanlah sempurna walaupun cuba untuk jadi sempurna. Lagipun Cik Candy ni masih lagi bertatih dan belajar untuk jadi seorang blogger yang lebih baik walaupun tak dapat jadi yang terbaik. Apa pun Cik Candy harap dari masa ke semasa dan untuk masa akan datang, Cik Candy mampu untuk lebih matang dalam berblogging dan menghadapi hidup nie. Night. Muuuah sikit! Okbye. Wassalam (=




Sunday, February 22, 2015

Oich Cuti dah habis!!!

February 22, 2015 4 Comments
Assalamualaikum..

Cakk! Cakkk! Hurmmm lesu semacam terasa hari ni. Memang lesu pun. Sampai je hostel, kumpul baju kotor sampai menggunung satu balidi, konon nak cuci pakai mesin basuh sekali mesin basuh rosakkk!! Bukan sekali tapi rasanya dah berkali-kali. Setiap kali Cik Candy nak guna mesti rosak. Tapi bila budak-budak lain nak guna, Cik candy tengok elok memanjang mesin basuh tue. Hampeh! Penat, berhabis tenaga tapi jimat RM2.50. Hahaaa.. Ok full stop.

Sebenarnya untuk hari nie, Cik Candy macam tade hati pun nak balik hostel. Entah! tak tahu. Rasa macam blur semacam petang ni. Nak dijadikan cerita, sampai je hostel tadi Cik Candy terus cuci baju-baju kotor. Lepas semua dah settle berjemur dekat ampaian, Cik candy masuk bilik terus on lappy dan buka blog. Hehee nampak tak bertapa Cik Candy rindukan blog ni. Kuikuikuiii..

Perkara pertama yang Cik Candy buat adalah, tengok chat-chat yang ditinggalkan si pengunjung yang pernah berkunjung ke blog Cik Candy. Lepas tu Cik Candy buka di bahagian ulasan untuk melihat komen-komen yang ditinggalkan oleh para blogger. Alhamdulillah, sepanjang ketiadaan Cik Candy, blog ni tetap meriah dengan kedatangan pengunjung. Huhuuu, thanks uall yang sudi berkunjung. Muaah sikit!

Cik Candy ada ushar segmen dan kontes yang terbaru. Nampaknya ramai juga blogger yang buat segmen dan kontes ye. Huhuuu niat di hati memang nak join sama. Tapi time ni terasa malas dan sangat malas lagi nak join. Huhuu malas nak tag-tag, malas nak blacklink, malas nak tunggu loading. Maaf ye, sifat malas sedang menguasai ni. InsyaAllah malam nanti Cik Candy join ye.

Apapun, untuk cuti raya cina tahun ni memang tersangatlah hambar. Hurmmm hambar yang sukar ditafsirkan. Rasa seperti ada sesuatu yang tak dapat dilepaskan walaupun nak dilepaskan. Korang mesti tak fahamkan apa yang Cik Candy maksudkan. Huh! Cik Candy sendiri pun tak faham. Apa pun thanks kat kawan Cik Candy. Dia yang bersusah payah dan menceriakan hari-hari cuti Cik Candy di perantauan nie. Okbye. Wassalam.



Wednesday, February 18, 2015

Selamat Tahun Baru Cina

February 18, 2015 8 Comments
Assalamualaikum..

Hai sayang. Olalalaaaa, suka hatilah nak menggedik panggil sayang. Kau apa kesah. Opsss boleh ke macan gitu? Okay, abaikan.

Cik Candy sebenarnya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua yang menyambut perayaan tersebut. Semoga perayaan tu disambut dengan meriah, namun tidak dilupakan mereka yang sedang dalam kesusuahan dan bersedih.

Sebenarnya Cik Candy pun bersedih. Kenapa? Hukhukk Cik Candy tak dapat balik kampung. Pihak IPT bagi cuti sekejap sangat. Empat hari je kowt, mana cukup Cik Candy nak balik kampung. Mak pun dah cakap awal-awal tak payah baliklah. Huhuuu bukan melarang sekadar menasihat je. Mak cakap buat sakit badan je duduk dalam bus 8jam. Betul juga apa yang mak cakapkan tu. Niat dihati ni sebenarnya memang nak balik tapi dah mak bagi nasihat macam gitu, Cik Candy pun mengiakan sajalah. Makanya untuk raya cina tahun nie Cik Candy akan menyambut di perantauanlah ye.

Cik Candy tak balik kampung bukanlah bermakna Cik candy akan terperap diasrama ye. Kuikuiiii, sebenarnya Cik candy dipelawa oleh seorang kawan supaya mengikut dia balik kampung. Hahaa kampung tade kampung sangatlah kan. Kawan Cik candy tu tinggal di Meru, Klang. InsyaAllah petang ni, sekejap lagi kami akan gerak balik ke Klang. Kawan-kawan doakan perjalanan kami dipermudahkan ye.

Nampaknya cuti raya cina empat hari nie Cik Candy akan menjadi penduduk Klanglah buat seketika. Huhuuu, dah lama tak jejak kaki ke Klang. Kali terakhir Cik candy jejak kaki ke Klang dalam 3tahun lepas kowt. Terlalu banyak kisah manis dan pahit Cik Candy yang terukir di Klang. Apapun semoga Cik Candy mampu bertahan hidup dalam kenangan. :p

Okaylah, rasanya dah panjang Cik Candy berceloteh. rasanya better Cik Candy stop dulu kowt. Hehee kejar masa nak bersiap, tunggu bus, naik ktm dan seangakatan dengannya kejap lagi. Doakan perjalanan Cik Candy dipermudahkan ye. Bye bye bye sayang. Jumpa lagi minggu depan ye. Tunggu Cik Candy habis cuti. Wassalam.



Take Note: I love u family. I miss u sayang. InsyaAllah pertengahan bulan tiga nanti ada cuti pertengahan semester selama dua minggu. Time tu Cik Candy akan balik kampung lepaskan kerinduan yang menggunung terhadap  family tersayang. Apapun Cik Candy doakan mak, ayah, abang dan adik-adik sentiasa sihat dan dirahmatiNya selalu. Semoga family Cik Candy dalam keadaan bahagia, gembira, ceria, kuat dan sentiasa positif dalam menghadapi kehidupan ni. (bila sebut pasal family mesti hati jadi sebak.*nanges)


Tuesday, February 17, 2015

Liebster Award by Syukran

February 17, 2015 6 Comments

Sekali lagi Cik Candy buat entri berkenaan Liebster Award ye. Heheee kali nie Cik Candy di tag oleh Shukran TQ. Apapun terima kasih, thanks you ye dik sebab tag Cik Candy (=
Okaylah, Cik Candy pun taknak meleter panjang.
Jom kita tengok apa soalan yang ditanya dan apa jawapan yang Cik candy jawab ye.

1) Apa yang anda akan buat bila bergaduh dengan kawan?
-Diamkan diri. Kalau Cik Candy yang salah, Cik Candy akan mintak maaf. Tapi kalau bukan salah Cik candy, Cik Candy lebih suka diamkan diri dan elakkan diri dari jumpa dia sampailah dia minta maaf.

2)Love story  movie apakah yang paling best?
-Semua love story best bagi Cik Candy, yang penting made in Korea dan Lee Hong Ki pelakonnya.

3)Apakah kelebihan anda?
-Pendengar yang baik kowt. Sebab kebanyakan kwn Cik Candy tak kira boy or girl, senang berkongsi masalah diaorang dengan Cik Candy. Katanya Cik Candy patut ambil cous kanseling bukannya chargeman. Hahahaa!

4)Apa pandangan anda terhadap peribadi saya melalui entri-entri saya?
-Cik Candy tak berapa pasti. Maybe seorang yang simple dan suka bercerita kowt.

5)Movie apakah yang paling sedih yang pernah anda tonton?
-Tak ingat tajuk tapi ada kaitan dgn kekeluargaan. Huhuuu Cik Candy paling sensitif bila disentuh bab-bab family ni (=

6)Bilakah kali terakhir anda menangis?
-Dua hari lepas kowt. Huhuu call mak, mengadu rindu bagai last-last nanges teresak-esak. Oichhh rindu mak!! Rindu family!!

7)Pernahkah anda menjadi pengecut apabila seseorang amat perlukan bantuan anda?
-Tak pasti. rasanya tade lagi kowt sebab pertolongan yang diminta masih mampu ditolong lagi (=

Tamat dan selesai sudah sesi bersoal jawab ye. Heheee sedikitlah teruji jiwa jawab soalan-soalan ni. Apapun happy sebab dapat menjawab dengan tidak tergagap-gapap dan tidak teragak-agak.
Sekarang masa untuk Cik Candy tag kawan-kawan pula ye.
Huhuu selamat menjawab pada yang ditag.
Soalannya ialah :
1)Keluarga berada or keluarga miskin mana lagi bahagia?
2)Lelaki or Perempuan yang mane lagi banyak persaingan?
3)Cipta satu kata-kata semangat untuk Cik Candy.(bebas)
4)Ape motif korang Blogging?
5)Pandangan korang mengenai blog Cik Candy?
6)Lagu yang korang suka ,sebab?
7)IPTA or IPTS lagi berkualiti ? bincangkan.
8)Belajar or Kerja yang mana korang lagi Suka? Sebab?
9)Lelaki or perempuan lagi boros?
10)Perlu ke perempuan kena pandai masak sebelum kawin? Pandangan korang ?
Tag : Nana Liena , Fhatin Amelia , Bbwana Adenia , Siara Elina , JomsantaiKejap.

Rombakkan "My Blog List"

February 17, 2015 9 Comments

Assalamualaikum..

Selamat petang sayang. Petang ni Cik Candy terasa seperti rajin pulak. Rajin nak mengedit-edit blog nie. Rasanya dah lama kowt Cik Candy tak gatal tangan mengedit-edit. Tapi terfikir juga, apa yang nak diedit ye.

Bila ada masa terluang, Cik Candy suka terjah blog kawan-kawan yang lain. Cik Candy perhatikan blog diaorang bukan main lawa lagi. Meriah dengan bunga-bungaan dan corak-corakan. Perhhh pandai mereka menghias ye. Tergerak juga hati Cik Candy nak berhias untuk blog ni tapi rasa macam entahlah. 

Sebenarnya Cik Candy sukakan sesuatu yang simpal. Cik candy selesa dengan sesuatu yang kelihatan simple dan kemas. Dalam erti kata lain cukuplah warna hitam dan putih. Tapi ada kalanya, Cik Candy terasa seperti nak meriahkan blog ni dengan kaler yang pelbagai. Heheheee meriah macam pelangi pun boleh.

Untuk petang ni, rasa kerajinan Cik Candy tiba-tiba muncul. Hehee rasa rajin memang dah lama ada tapi sering kali dispoilkan dengan line wifi yang lembab!. Arggghhh bila disebut tentang wifi memang mendidih jiwa Cik Candy. Geram dengan line yang tak berapa nak betul tu! 

Cik Candy plan nak rombak dan update baru "My Blog List". Huhuuu nak hapuskan yang baru dan masukkan list yang baru. Menghapuskan yang lama tu bukan bermaksud buang terus, just tengok dan nilai balik. Boleh ke gitu? Hahaa, apa plah tak bolehkan. Blog ni Cik Candy yang punya so suka hati Cik andylah kan. Heheheee tade lah, gurau je. Tapi memang betul pun Cik candy nak melakukan baikpulih dan penambahan dalam "My blog List" tu. Cik Candy plan nak masukkan list blog yang sering berkunjung dan bertegur sapa diblog Cik Candy ni. Heheee aci tak?

Oklah plan tu dah ada so tunggulah masa yang sesuai untuk Cik candy bertindak ye. InsyaAllah kalau ada kerajinan dan kelapangan malam nanti Cik Candy akan lakukan. Kalau tak pun, maybe lepas raya cina nanti kowt. Apapun selamat berblogging sayang. Salam ukhwah ye. Muaaaah cikit! Okbye.



Monday, February 16, 2015

Kisah Cucu Sengal!!!

February 16, 2015 8 Comments

Cucu : Hai nek.. tengah buat ape tu..?

Nenek : Cari daun palas ni haa..

Cucu : Untuk apa daun palas nek..?

Nenek : Untuk buat ketupat..

Cucu : Ketupat untuk apa nek..?

Nenek : Untuk makan nanti

Cucu : Ohh.. Sekarang nenek buat apa..?

Nenek : cari daun palas..

Cucu : Nak buat apa hah..??

Nenek : Mau buat ketupat, dah cakap tadikan..

Cucu : Ketupat tu untuk apa nek..?

Nenek : Nak makanlah takkan nak melastik pulak..

Cucu : Ohh gitu..

Nenek : Dah laa pergi main sana.. Jangan kacau nenek..

Cucu : Kenapa ?

Nenek : Sebab nenek sibuk..

Cucu : Sibuk buat apa..??

Nenek : Cari daun palaslah. Kan dah cakap tadi..

Cucu : Daun palas untuk..??

Nenek : Untuk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT!!!

Cucu : Nenek cakap dengan siapa tu..?

Nenek : Dengan kaulah..!!

Cucu : Kenapa menjerit..? Saya dekat aje pun.

Nenek : Sebab kau tak pandai faham-faham. Tak pakai mata untuk tengok orang tengah buat kerja.

Cucu : Buat kerja apa..??

Nenek : Arrrrrrgggghhhhh!!! Cari DAUN PALAS laaa sayang..!!!

Cucu : Untuk apa..??

Nenek : Cerdiknya cucu aku ni. Untuk makan..!!!

Cucu : Ada beras dekat rumah, kenapa nenek nak makan daun palas pulak..?

Nenek : Cucuku yang paling comel, pandai dan cerdik.. Sebelum aku dapat strok baik kau biar aku buat kerja cari daun palas. Jangan kacau taw..!!!

Cucu : Yang betul-betulnya ni, nenek nak cari daun palas ke nak cari strok..? Strok tu apa..? Dia hijau juga macam daun palas ke..?

Nenek : Adoiii susahnya tanak faham..!!

Cucu : Tanak..? Saya cucu lah nek bukan anak nenek. Nenek stress ke nek..??

Nenek : Ye aku stress..! Aku sakit kepala..! Aku mau giler..! Aku stress stress stress..!!

Cucu : Kalau cari daun palas boleh stress, kenapa nenek masih juga mahu cari..?

Nenek : CUKUP..!! JANGAN TANYA LAGI..!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SEKARANG..!!

Cucu : Okaylah nek.. Nenek tanak ikut balik..??

Nenek : Tidak..! Aku ada kerja..!

Cucu : Kerja apa..?

Nenek : Cari daun palas

Cucu : Untuk apa daun palas ah..??

Nenek : Arrrrgggghhh..!!! Tidakkkk.!! Tidakk..!! Tidak..!!!

**Terus nenek lari tanpa tengok belakang.
**Kalau sesiapa nampak nenek tengah berlari tu, sila jangan tegur pasal daun palas. Takot mati strok orang tua tu nanti. Kuikuikuikuiiii

Take Note : Sekadar rekaan untuk lawak jenaka semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar untuk menghiburkan hati yang tengan berduka. Sekian.

Pagi yang happy!

February 16, 2015 6 Comments

Assalamualaikum..

Jadikan siangku lebih indah, jadikan malamku lebih romantik. Eh, boleh ke macam gitu?? Bhahahaaa, ok abaikan. (nampak tak Cik Candy punya mood happy pagi ni)

Sebenarnya untuk pagi ni sama seperti pagi-pagi yang sudah. Cik Candy suka berblogging pagi hari disebabkan internet yang laju dan mengisi masa yang terlebih sebelum bersiap pergi kelas. Selalunya pada hari isnin, mood Cik Candy tak berapa nak stabil. Malas nak pergi kelas setelah dua hari bercuti. (cuti hujung minggulah). Tapi untuk hari ni mood happy meluap melampau over pulak dah. Kenapa?

Alkesahnya tadi Cik Candy ada blogwalking ke blog Cik sayidah napisah bagi melihat ragam dan kerenah jawapan yang beliau berikan setelah beliau di tag oleh Cik Candy dalam acara Liebster Award. (acara ke? *abaikan). Maka dengan senang hati Cik Candylah beliau punya jawapan. Hahaaa mahu tergelak kowt dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Kreatif dan inovatif habaq hang!

Lepas tu Cik Candy pun kliklah beliau punya Nuffnang, maka pergilah ke new tab dan tunggu sampai habis loading. Korang tahu apa yang Cik Candy nampak? Heheheee, Cik Candy punya earnings dah meningkatlah weh. Hari tu Cik Candy punya RM0.15 je. Mungkin bagi sesetengah orang malu untuk share benda ni, tapi bagi Cik Candy apa yang nak dimalukan. Mungkin ada yang pernah mengalaminya. Kan?. Untuk pagi ni, earnings Cik Candy telah meningkat menjadi RM0.90. Okaylah tu, kira banyaklah juga daripada tade peningkatankan.

Semangat. Semakin semangat Cik Candy nak berblogging sambil klik klik. Sesetengah orang cakap menghasilkan duit lebih. Cik Candy pun mengakui semua tu ada betulnya. Cik Candy sekarang pun dalam proses untuk mendalami dengan lebih mendalam ilmu berblogging mampu menjana pendapatan secara lebih serius. Setidak-tidaknya, dapatlah juga Cik Candy mencari duit poket untuk beli segala bagai buku-buku studykan.

Oklah rasanya dah panjang Cik Candy berceloteh. Sebelum Cik Candy terus merapu-rapu, better stop setakat ni. Selamat pagi blogger. Selamat berblogging ye. Wassalam.



Liebster Award By fariza Rahman

February 16, 2015 4 Comments
 Sekali lagi Cik Candy buat entry berkenaan Liebster Award. Untuk kali nie Cik Candy telah di tag oleh Fariza Rahman. Thanks lalinkk sebab tag Cik Candy. Hahaaa thanks juga sebab bagi soalan yang menguji tahap kemindaan Cik Candy.
Jom tengok apa soalan yang dikemukankan dan apa jawaban yang dijawab!

1) Your first impression about my blog/myself.
     -Simple dan sedap mata memandang. Loading tak lama bila datang menerjah.

2)Describe yourself by using 8 words or 8 sentences.
     -Kasar luaran , lembut dalaman , kecoh dgn org dikenali

3)Why did you start blogging?
     -Cik Candy start blogging tahun 2008 sekadar untuk suka-suka. Hahaa kalau sudi jom singgah first blog Cik Candy. (Kejupenyet)

4)MAYA VS Real World? What is your choice?
     -Maya. Cik Candy lebih selesa berinteraksi dlm dunia maya.

5)Other countries that you have been. Are the countries better than Malaysia?
     - Bagi Cik Candy tade negara yang boleh tandingi Malaysia. Malaysia tetap dihati selamanya.

6)What is you opinion on Malay who speak English with others. Do you think they are trying to act cool or hey.. nothing is wrong with that.
     -Tengok pada situasi kowt. Apa situasi yang patut ditutur in english dan ada situasi yg patut bertutur in malay. Tapi jangan terover sudah. Dapat menguasai Bahasa inggeris merupakan satu bonos!

7)Your biggest achievement so far.
     -Ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar SKM. Tapi terpaksa ditolak atas alasan nak sambung study lagi. T_T

8)Your resolutions for 2015.
     -Belajar, belajar dan terus belajar untuk menggenggam sekeping lesen Chargeman Al. Tak ada apa yang mustahil untuk digapai.

Tamat sudah sesi bersoal jawab.
Sekarang jom tengok siapa yang ditag oleh Cik Candy dan apa soalan yang ditanya oleh Cik Candy ye. PEACE!

1)Keluarga berada or keluarga miskin mana lagi bahagia?
2)Lelaki or Perempuan yang mane lagi banyak persaingan?
3)Cipta satu kata-kata semangat untuk Cik Candy.(bebas)
4)Ape motif korang Blogging?
5)Pandangan korang mengenai blog cik Candy?
6)Lagu yang korang suka ,sebab?
7)IPTA or IPTS lagi berkualiti ? bincangkan.
8)Belajar or Kerja yang mana korang lagi Suka? Sebab?
9)Lelaki or perempuan lagi boros?
10)Perlu ke perempuan kena pandai masak sebelum kawin? Pandangan korang ?

Tag