"My Crush" Part 2


Assalamualaikum..

Terasa rajin untuk Cik Candy berentri pada petang ni. Rajin dan bersemangat habaq hang. Hehee bila sebut tentang 'crush' memang Cik Candy tersemangat. Alaaa biasalah semangat tapi taknak lah ditunjuk sangat. Kang dikatanya Cik Candy ni overkan. Okay fullstop.

Sebenarnya hati ni tetiba rasa macam nak meluah. 'Crush'. Oich 'My Cruch'. Untuk harini permulaan hari selepas cuti raya cina, Cik Candy memangat giler kowt pagi tadi bersiap-siap pegi kelas. Almaklumlah empat hari tak dapat tengok 'crush'. Hahahaaa nak tengok pun tak dapat, nak contact apatah lagi. Segan! :p

Pagi tadi Cik Candy masuk kelas macam biasa. Posisi Cik Candy pun masih seperti biasa. Satu barisan dengan 'crush' tapi diselang dengan dua bijik meja. Mula-mula masuk pagi tadi, 'Crush' adalah tegur Cik Candy. Hahaa tak pasti samada di perli ataupun ikhlas. "Eh, ka nak gulu-gula tak? Aku penat bawak dari kg ni". Hahaaa! mau tak tersedak Cik Candy. 'Crush' offer gula-gula weh. Cik Candy pun dengan sesopan alam terus mengangguk sambil hulur tangan. Hahaaa blur tak tahu nak cakap apa. Terima kasih pun tak terucap tau.

Lepas tu nak dijadikan cerita, sepanjang pagi tadi langsung tade lecture yang masuk mengajar. Mula-mula Cik Candy perhatikan 'crush' tu, bukan lain rancak lagi berborak dengan kawan sebelah dia merangkap teman sekampung. Aktif semacam dia punya mulut. Punyalah dia duk potpetpotpet tentang COC, tetiba Cik Candy dapat tangkap satu ayat. "Eh sixth, aku ngatuk laa doe. Bagi aku tidur jap". Hahahaaa terus Cik Candy berpaling muka memandang si 'crush' tu. Dia pulak pandang Cik Candy sambil senyum then keluarkan ayat azimat dia. Hahahaaa! "Hehee ngantuk r. Malam tadi tak dapat tidur, dyorang kacau". Hampeh! Tulah alasan yang selalu dia bagi sebelum kepala lentok atas meja.

Cik Candy hanya mampu geleng kepala dengan telatah 'crush'. Pantang masuk kelas, pantang jumpa meja, pantang tade lecture, mesti tidur memanjang. Macam tadi, kalau tak silap dari jam sembilan lebih kowt dia tidur, Bangun tak bangun, lebih kurang jam dua belas setengah. Hahaa itu pun disebabkan budak-budak kelas yang kejutkan, ajak pergi makan dekat dewan makan. Kalau ditinggalkan dia tadi, rasanya mahu sampai ke petang kowt dia membuta. Fuhh! serius memang hantu tidur.

Nak dijadikan cerita, tadi dalam perjalanan nak pergi ke dewan makan, 'crush' and the geng berjalan betul-betul di belakang Cik Candy. Sempatlah juga Cik Candy pandang wajah bangun tidur dia. Hahaa muka mamai, mata sepet. Dah macam apek pun ada, dahlah 'crush' tu kulit putih. Entah apa yang diaorang guraukan Cik Candy pun tak pasti. Sakan bergelak, usik mengusik. Last sekali waktu di penghujung simpang Cik Candy terdengar ada suara yang memanggil nama Cik Candy. Cik Candy berpaling ke belakang. Opsss! Hahaaa 'crush' lah! 'Crush' panggil nama Cik Candy. Cik Candy nampak 'crush' and the geng melambai. rasa macam kembang semangkuk hati ni. Hahaa pedulikan lambaian lain, yang penting lambaian 'crush' tu. (=

Oich terasa indahnya petang ni. Huhuuu cuaca panas terasa macam sejuk semacam. Hahaaa giler angau! selok! Parak! Well, inilah Cik Candy. Hahaaa dapatlah lunch dengan senyuman untuk harini. Apapun harap untuk petang ni, masuk kelas tadelah sesiapa yang memerli ye. Tadelah sesiapa yang merosakkan mood bahagia Cik Candy ye. Okbye. Wassalam.


3 comments:

  1. Emmm menarik menarik. harap sambungan ceritanya nanti pasti ada yang lebih menarik... kan kan kan. Crush jangan tak crush. :-)

    ReplyDelete
  2. hahaha. kelakar pulak baca xD ttibe teringt masa f1. but actually x suka sgt dia pon. memalukan je sbb dia tau sy 'suka' dia

    ReplyDelete