Peringatan bakal pengantin

Assalamualaikum

Soalan : Tolong terangkan apakah perkara yang dibenarkan dan yang dilarang di dalam adat perkahwinan orang Melayu seperti
 1) bersanding
2) makan beradab
3) sirih junjung
4) berinai dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus menjawabnya : Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah :

*Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan ; dedah aurat, pakaian ketat, taburruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada make up takut hilang bila berwuduk padahal tinggal satu waktu solat akan diseksa 6000 tahun dalam api neraka.

Kalau nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

*Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andan" tapi sekarang disolek "maknyah andan"!. Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

*Makan berada tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

*Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

*Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

*Pasang lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan Majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

*Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin.

*Renjis air mawar boleh kerana bersetuju untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang.

*Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

*Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja.
-ada yang kata boleh sebab alasan kahwin
-baik, kalau begitu pengantin lelaki bolehlah pakai bra sebab kahwin punya pasal!

Bagi wanita pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermaca-macam corak seperti tatu pula. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya, lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

*Adat batal air sembahyang
-tahun 80an, cium tangan
-tahun 90an, cium pipi tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok iman. Dah jadi macam orang kristian.

Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang adalah kentut saja depan tok iman. Batal juga air sembahyang. Kuikuikuiiiii...

*Pakai baju gaun ada dua orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut.
-ini dah ikut adat orang kristian. Jadi, jangan kita berlebih-lebih dalam majlis perkahwinan.

*Tinggalkan adat-adat yang Bid'ah dan kembali kepada Sunnah. Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama. Jika nak ikut, silakan. Kalau tak nak ikut pun tak kesah cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti

*Ada satu lagi, bagi yang bakal kahwin, jika hari perkahwinan s suami membenarkan isterinya memakai tudung letak di dalam baju, maka suali itu telah menanggung dosa si isteri dan suami dikira dayus.
Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan wanita pada akhir zaman. Marilah kita sama-sama meminta bakal isteri memakai tudung yang mengikut syariat,


Sampaikanlah walau satu ayat untuk semua.

24 comments:

  1. hehehehee... tersenyum-senyum akak sambil baca post kamu ni.. expecially yang kentut depan tok imam sebagai tanda batal air sembahyang tu.. hahahahahaaa.....!!! *tak leh imagine camne la kann....*

    apapun...utamakan yang wajib... jangan berlebih-lebih.. jangan membazir.. dan paling penting... jangan terikut-ikut artis...!! heheheheee...

    UAI terbaikkk..sempoiii... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuikuikuiii.. tapi ada logik juga kan kak ain... Hahaaa walaupun nampak agak terkurang sopan disitu...

      Delete
  2. betul tu. kadang kadang masyarakat kita pentingkan adat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong kak nani.. tak salah nak pertahankan adat tapi biarlah berpada...

      Delete
  3. suali detected cc hehehhee.

    btw, yang tinggal solat tu macam dh selalu sangat pengantin buat sbb nak jaga makeup. hmmm nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal Kc.. padahal apa salahnya make up selepas solat kan...

      Delete
  4. haha, haramkan GST jugak laa. haha

    ReplyDelete
  5. harap sngt bila sy kahwin nnt, sy nk ikut sunnah & bersederhana je. dan amat berharap kedua-dua belah pihak memahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. harap2 tercapai lah ye.. Huhuuu Cik candy pun niat macam tu juga.. Dahulukan yang wajib aje..

      Delete
  6. Kak lya masa kawen takde buat semu tuu..ambik yg wajib jer cuma inai tu pkai jugak inai mekah takde main ukir2 bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak... hahaaa yang grand2 pun belum tentu kekal bahagia.. so biarlah bersederhan

      Delete
  7. org suka ikut ikutan sampai yg mana adat dan yg.mana kewajiban dah confuse..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal PCL. Ikut asal ikut,padahal mana adat dan mana yg wajib pun sendiri tak tahu...sabor aje lah..

      Delete
  8. bonde kadang2 jeles tgk majlis perkahwinan sekarang..grand gitu...zaman bonde tak de pon...

    Tapi bersyukur sangat tiada pembaziran majlis sederhana...

    kepada adik-adik.. sila rancang dengan teliti... kerana masa selepas berumahtangga lebih diutamakan... org kata jangan majlis grand hingga anak, cucu & cicit hutang x habis lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak guna grand kalau tak kekal lama Bonde.. Biarlah kita bersederhana asalkan kebahagiaan tu berkekalan..

      Delete
  9. paling penting buat yang wajib..x ikut adat tak apa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong acik.. dahulukan yang wajib pun dah ok...

      Delete
  10. Replies
    1. Peringatan buat diri sendiri dan bakal pengantin di luar sana :)

      Delete
  11. wahh bagus artikel ni.. semoga ramai yg akan mula sedar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee thanks kak eny. Sama2lah kita ambil pedoman mana yang elok ye..

      Delete