Sombongkah aku?

Assalamualaikum...

Sombongkah aku? Aku ni sombong ke? Sombong sangat ke aku ni? Apa ada jawapan untuk segala persoalan aku ni. Hurmmm.. pagi-pagi hari aku dah buat enteri sentap, kan. Well, memang aku tengah sentap pun. Eh, sentap ke? rasa macam tak pun. Just terkilan sikit sebab oku dinilai tanpa diketahui hujung pangkalnya. Perhhhh, tercuit hati aku dengan statment tu.

Aku sombong ke? Hanya kerana aku on ws tapi tak bertegur sapa dalam group, aku dikatanya sombong. Kalau itu yang kau nak, ok baiklah. teruskan menganggap aku ni sombong. Tapi ingat dan fikirkan kenapa aku sombong dalam group tu. Fikirkanlah apa yang telah kau buat. Group tu, milik kita bersama. Group tu milik kita berempat. Tempat kita bergelak ketawa, usik mengusik, sakat menyakat penuh kemeriahan. Tapi itu dulu. Ya, itu semua dulu. Disebabkan sikap kau juga group tu menjadi hambar. Kau masukan orang lain dlm group tu sesuka hati. Ada  pernah kau bertanyakan pendapat aku? apa pernah kau berbincang dengan aku? apa pernah kau mintak persetujuan kami bertiga? Tak! Tak pernah sama sekali. Tahu-tahu, dah wujud ahli baru dalam tu.

Aku sombong? Hah! teruskan set ur mind dengan statment tu. Aku memang sombong. Aku tak menyapa dalam group. Tapi pernah tak kau fikir, segala bagai status kau di facebook dan wechat, aku berkomen-komen dan like. Tapi kau tak pernah bagi respon. Kau langsng tak like dan komen laman sosial yang aku punya. Ok, tak apa aku tak kesah. Aku tak hadap like dan komen. Aku just nak kau tahu maksud komen-komen yang aku tinggalkan pada laman sosial kau. Itu bermaksud aku masih mengambil cakna tentang kau. Aku tegur dan menyapa kau dengan cara mengomen tapi kau, sesuka hati. selamba badak judge aku sombong, kan.

Aku sombong. Pernah kau fahami situasi aku? pernah kau tanya kenapa aku online ws tapi tak tegur-tegur dalam group? Pernah tak kau terfikir, aku on ws saat tu untuk apa? Rasanya kau tahu, kowt. Aku pernah bagitahu kau, kan. So kenapa mesti kau persoalakan kesombongan aku. Serius, aku terasa dengan sikap kau. Aku on ws, aku bincang tentang study dalam group bersama bebudak kelas aku. tapi semudah ABC saja aku dituduh sombong.

Aku sombong. Salah satu sebab kenapa aku tak nak menyampuk dalam group tu, disebabkan ahli baru. Bagi aku, group tu banyak sangat kenangan kita berempat. Disitulah tempat kita bergosip, tempat kita bergaduh manja, tempat kita mengadu-ngadu. Tapi bila muncul orang baru, semua menjadi hambar. Aku terasa dengan sikap kau. Bertindak dengan membelakangkan kami semua. Mereka mungkin boleh bermuka-muka, masih mampu bertegur sapa walaupun hati tak rela. Tapi aku, maaf. Aku tak nak jadi hipokrit. Hati tak rela tapi senyuman sememeh dibibir. Maaf, itu bukan aku. Kita berkawan dah lama, kau pun kenal macam mana sikap aku so nilailah sendiri.

Aku sombong ke? Aku tak sombong. AKu hanya terasa dengan sikap kau. Rasanya, kau sendiri tahu kowt tapi sengaja buat-buat tak tahu. Aku tak minta untuk dipujuk. Tapi aku perlukan masa untuk kemali terpujuk. Group tu banyak menyimpan kenangan untuk kita berempat. Bila masuk ahli lain, aku merasakan seolah-olah kenangan kita akan lupus. Rasanya bukan aku merasakan, tapi sekarang pun dapat merasakan, semua tu semakin lupus. Lagi dua orang pun dah jarang menyampuk juga kowt dalam group tu. Yang paling aktif sekarang ni, hanya kau dan ahli-ahli baru tu. Jadi fikirkan sendiri. Dimana salah dan silap. kalau dulu kita bermempat mampu  bagi komitment dalam tu tapi sekarang semua senyap. Yang tinggal kemeriahan hanya kau dan ahli baru. Tidakkah kau sedar apa yang kami bertiga rasa? Tidakkah kau tahu apa yang kami bertiga alami. Masih ingat tak janji kita. Group tu hanya group kita berempat. Hanya kita berempat. Tiada orang lain. Tiada kemasukan baru, tiada penambahan segala bagai. Nak buat apa-apa bincang sesama kita terlebih dahulu. Tapi kau.. sendiri fahamlah beb. Aku malas nak banyak bunyi sebab aku tak nak keruhkan keadaan. Aku tak nak kita bergaduh so aku ambil pendekatan untuk diam. Okbye. Wassalam


17 comments:

  1. payah bila orang dah set mind dia yg kita macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mind org kita tak mampu nak control kak.. Apapun harap dia sedarlah apa yang dia lakukan tu..

      Delete
  2. mana ada sombong...x sombong pon..suka je dtg blog kita..kita pon suka dtg blog cik candy..huhuhu..sabar ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee kita tak sombong just pemalu ke.. Kuikuikuiiii...

      Delete
  3. diorang x kenal betul la tu..kalau betul2 kenal dia x kan kata macam tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sebab tu ada pepatah berkata "tak kenal maka tak cinta" .. kan.

      Delete
  4. Replies
    1. kuikuikuiiii thanks kak aami (:
      Senyum sokmooo

      Delete
  5. Sabar CC... meh layan group EFG lagi best heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuikuikuiii.. tu lah pasal kak eny...
      #ExchangeFeedGroup The Best...

      Delete
  6. kita pun selalu orang anggap sombong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luaran je sombong kowt.. Cube tegur dulu, mesti kepoh kan...

      Delete
  7. terus terang jelah..supaya orang faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa tak nak berlarutan.. tu yang diam... kuikuiii

      Delete
  8. doa yang terbaik. moga Allah tunjuk jalan amin :)

    ReplyDelete