Saturday, March 7, 2015

Seniman menangis

Malam ni aku adalah seniman. Seniman yang aku sendiri ciptakan setelah kita putuskan pertunangan. Aku bersedih dengan apa yang berlaku. Namun tiada kawan yang dapat meneka yang kini aku sedang berduka.
Untuk hilangkan kesedihan, aku ciptakan sebuah majlis kegembiraan. aku bergelak ketawa bersama rakan. Aku berdansa dan minum bersama merka. Tanpa aku sedar, aku terlupa seketika yang diri ini sedang kesedihan. Aku tersenyum, tersenyum dan ketawa. Aku berdansa, berdansa bagai nak gila. Seandainya kau berasa didekatku, mungkin disebalik tabir menyaksian tingkahku. kau akan melihat seniman ini sedang menangis. Namun sayang, bila kawanku pulang, seniman ini pasti akan duduk keseorangan. Diri ini yang sedang berduka langsung tidak percaya. Sayang bila lampu gelap gelita aku pasti kesorangan, kalau kau berada dibelakang takbir menyaksikan semua ini, kau pasti akan melihat seniman ini menangis


9 comments:

  1. teringat Jamal Abdillah..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni cebisan untaian kata dari Jamal lah, kak ain (=
      Sedih plulak dgr lagu nie. Nak2 bila duk dalam bilik sorang2. Huhuuu

      Delete
  2. Mendalam maksud kata kata ni sampaikan saya takdapat tangkap maksud sebenar dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuikuiii.. Ni cebisan kata dari salah seorang seniman yang meratapi nasib yang menimpa dirinya lah MNH. Mendalam kata-kata yang diciptanya.

      Delete
  3. Cik Candy tengah bersedih ke? or ini just satu masterpiece? aduhh, pening nih.. heee ^_^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu Cik Candy okay jep Zue. Ni sekadar cebisan suara hati seorang seniman. Menyembunyikan duka disebalik senyuman. Kelihatan gembira bersama teman, namun terlalu rapuh bila bersendirian.

      Delete
  4. uii feveret kak ana tu Jamal Abdillah, sekampung..orang Teluk Intan tu...CC tak mau sedih2 kay kami di EFG akan menceriakan CC setiap masa :)

    ReplyDelete
  5. Wahh Cik Candy, sedap lah macam sajak hehe

    ReplyDelete

Flickr