Memperkasakan Syiar Agama

Assalamualaikum...

Amat tepat sekali seseorang yang memilih untuk kembali kepada kebenaran dan bermuhasabah terhadap kelakuan dan pengabaian ajaran Islam yang sebenar.

Bermuhasabah adalah sesuatu yang mulia apabila ianya merupakan satu prinsip apabila seseorang itu melakukan taubat setelah bermuhasabah terhadap kelalaian dan kecuaian diri

ketika kita sedang menuju ke masjid, terserempak dengan saudara sesama Islam turut sama keluar dan memandu ke arah bandar atau ke pusat membeli belah. Kita tidak menuduh mereka meninggalkan solat tetapi berkemungkinan mereka tidak mendirikan solat secara berjemaah di masjid.

Ketika saudara-saudara kita sedang bersungguh-sungguh dan khusyuk melakukan ibadah, saudara-saudara kita yang lain pula telah pulang ke rumah dengan langkah yang perlahan kerana kepenatan membeli belah.

ketika saudara-saudara kita berzikir memuji Allah Ta'ala, sebahagian saudara-saudara kita sedang leka menonton TV, dengar muzik, lepak dan bebual-bual kosong serta menghisap rokok di beranda rumah.

Apa yang dipaparkan mengambarkan sebahagian daripada kita tidak menjiwai syiar agama. Kepatuhan atau ubuddiyyah terhadap Allah Ta'ala bukan sesuatu yang penting dan diutamakan. Apatah lagi mensyiarkan agama Islam bukan sahaja terhadap yang wajib bahkan perkara-perkara yang sunat juga hendak dikerjakan. Semestinya akan mencemarkan imej sebagai orang Islam di mata orang bukan Islam.

Justeru, marilah kita mengembalikan syiar agama dengan memperkasakan institut masjid dengan kembali mentaati perintah Allah Ta'ala, memberi keutamaan kepada kewajiban agama termasuk solat berjemaah di masjid dan amalan-amalan sunat yang lain.


Take Note : Semoga kita beroleh panduan dan rujukan bersama, Aamin.

6 comments:

  1. Apa khabar iman...
    Nice sharing :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab berkongsi benda baik... :)

    ReplyDelete
  3. usaha kita bersama.... saling mengingatkan... saling mengajak kepada kebaikan......... :)


    *rindu kawan2 EFG..... bila boleh join balik....*

    ReplyDelete
  4. Bagus entry ni CC... kak ENy suka baca artikel mcm ni :)

    ReplyDelete