Breaking

LightBlog


Thursday, March 12, 2015

Stress! stress!! stress!!!

Assalamualaikum..

Hey, hey jom kasi pecah, hey, hey, hey jom kasi goyang.. Apa yang pecah dan apa yang nak digoyangkan Cik Candy oitttt. Jangan nak buang tabiatlah malam-malam buta ni. Lempang jugak satgi. Tempeleng muka tu baru tahu. Hahaaa nampak tak Cik Candy punya stress. Siap boleh bercakap sendiri-sendiri lagi. Berat-berat :/(

Helolololoooo milo uoll. Sebenarnya malam ni Cik Candy nak berentri. Banyak benda yang nak disharekan tapi macam tak larat sangat nak bertaip. Kenapa? Oichhh sakit kepala menggangguku. *sama tak macam iklan kat dalam tv tu*. Dalam tak larat pun, tetap laratkan juga diri untuk bertaip. Nak meluahkan sesuatu, boleh? Nak meluahkan apa yang terbuku dihati ni.*tetiba rasa mcm nak nanges. Makkkkk, i need u!*

Sebenarnya untuk hari ni Cik Candy rasa sedikit blur. Entah! tak tahu kenapa, tapi memang terasa sangat, sangat dan tersangatlah blur. Mungkinkah ini effect tiga hari bercuti. Effect setelah tiga hari tak hadir ke kelas. Tak pun ni kesan daripada pengambilan ubat. Ishhh mustahillah. Ubat yang doktor bekalkan tu just antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat sapu aje pun. Celah mana pulak datang kesannya, kan. Dah tuh kenapa dengan Cik Candy ni, blur semacam???

Hurmmm.. pagi tadi Cik Candy pergi kelas macam biasa. Alaaa sama seperti hari-hari yang selalunya tu. Tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak tertinggal kotak pensel, tertinggal kalkulator, tertinggal fail aissamgth dan yang paling teruk bila CIk Candy tertinggal kunci bilik. Subahanallah, tak tahulah apa yang tak kena harini. Banyak pulak barang yang tertinggal. Masuk aje kelas pagi tadi, memang terasa macam nak nanges. Sudahlah hari ni ada kuiz untuk subjek Akta, Cik Candy pulak tak bawak buku Akta tersebut. Makkkk aikkkk memang sesak urat kepala. Teruk diperlinya dek lecture. Tebal sungguh cuping telinga menahan perlian. Sabarlah duhai hati. Tapi kenapa dengan Cik Candy hari ni erk? Masih dalam mood MC ke apa ? banyak pulak kesilapan yang dilakukan hari ni. Tapi apapun aku bersyukur dan thanks pada bebudak kelas yang benyak membantu.

Okaylah, Cik Candy pun dah tak ada idea untuk terus merepek dekat sini. Daripada berterusan merapu merapan, better Cik Candy stop dan settlekan assmight yang perlu disettlekan. Katanya insin minggu depan ada tiga assmight yang perlu disubmitkan. Olalalaaaa, memang bersengkang mata, menahan kepalalah untukk settekan ketiga-tiga subjek tu dalam satu masa. Tapi apapun, insyaAllah akan dapat disiapkan sebelum due date tu. Okbye. Muaaah setepak! Wassalam (=



13 comments:

  1. Hidup macam roda.. kejap kat atas, kejap kat bawah.... yang penting... jadikan semua tu sebagai pengajaran... hidup ni kalau hepi je 365 hari... kurang seronoknya

    ReplyDelete
  2. hahaha marilah kita bersenyum , senyu sendirian pun takpa cik candy :'D asalkan boleh bg naik mood and hilang stress. good luck for your assignment!

    ReplyDelete
  3. Kuat kuat kuat. CC kuat. Tak mau stress-stress :)

    ReplyDelete
  4. haha, tuu dia kalau kak cc stress

    ReplyDelete
  5. jangan la stress diknon..haha nanti cepat nampak tuanya...

    ..singgah dari #exchangefeedgroup thnks utk Blog List EFG .

    ReplyDelete
  6. Xmau stres..nt jd cam yana kunk rmbut byk gugur..huhu

    ReplyDelete
  7. biasa la tu . ada masa serba serbi rasa macam tak kena . watlek je cik candy . hehee

    ReplyDelete
  8. wat lek wat pes ja...hihihi...

    akak pon stress gak ni.keja melambak2

    ReplyDelete

About Me

My photo

Cik Candy adalah pemilik blog http://cikcandysour.blogspot.com. Ini adalah akaun kedua. Akaun pertama diberinama Cik Kejupenyet dan pemilik blog http://akukaudansesuatu.blogspot.com.

|CIK KEJUPENYET II | asal negeri penyu | lepak sepang | student | chargeman A1 | blogger | gemar merapu & merepek | bukan jual kerepek |
Adbox