Isi Hati Wanita

Assalamualaikum

Memang tidak ada yang mengetahui apa isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan kadang-kadang sukar untuk diteka. Terkadang ingin A tapi esoknya boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya:

1) Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2) Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3) Wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4) Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.

5) Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat !! Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

6) Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja

7) Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.

8) Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

9) Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

10) Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

11) Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak senang dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .

12) Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

13) Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

14) Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

15) Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

16) Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri !!

17) Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

18) Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

19) Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

20) Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya !!

21) Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

22) Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

23) Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

24) Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

25) Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

26) Senjata wanita adalah airmata !!

27) Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantis).

28) Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29) Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau mau memikat wanita pandai-pandailah.

30) Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


8 comments:

  1. 18) Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

    Yg ni sweet...
    Salam Jumaat KC

    ReplyDelete
  2. typical perempuan dengan isi hati.

    ReplyDelete
  3. Isi hati perempuan memang complicated. Hanya yang benar-benar memahami aje yang akan faham :)

    ReplyDelete
  4. woww banyaknya luahan isi hati wanita. aina sdiri tak paham dgn hati ainaa. haha

    ReplyDelete
  5. haha tak sangka banyak macam ni isi hati wanita

    ReplyDelete
  6. 21) Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

    Hi, hi, hi CN. Sy bagi 3x hi. ceria tak? :)

    ReplyDelete
  7. ewahhh doctor cinta sangat :'D hehehe

    ReplyDelete