Tegur biar beradap jangan biadap

Assalamualaikum..

Untuk malam nie Cik Candy terpanggil nak buat entri ni. Nampak tajuk diatas? Ok, good! Sebenarnya Cik Candy tengah marah tahap berasap ni. Tak tahu nak lepaskan kemarahan ni pada siapa maka cari blog dan lepaskan dekat sini.

Sebenarnya tadi tengah syok Cik candy online mukabuku tiba-tiba muncullah satu page dekat home Cik Candy. 'Anti Pengkid (Pengkid Ajaran Yahudi)'. Korang try search, tengok apa yang ada dalam tu. Agak-agak korang akan menyirap sama seperti Cik Candy ke tidak. Serius memang menyirap tahap babun darah Cik Candy! First sekali Cik candy buka, tengok apa yang si admin post. Perhhh dia punya ayat memang mulut puaka laa weh. *bangang , bengang , tolol , toyol !*. Kalau diikutkan mulut Cik Candy pun puakalah juga tapi tak adalah sampai macam si admin tu.

Okay, btw pada pendapat Cik Candy lah kan, *xde kene mengena dgn kau ! kau ! kau ! dan dia ! serta mereka !*, tak salah kalau kau nak anti pengkid, nak boikot pengkid pun tak salah tapi biarlah kena dengan caranya. Kau dah tahu jalan diaorang tu salah, yang kau tak berakal sangat duduk kurang ajar dekat dalam tu apehal. Kau curi pixca-pixca diaorang, lepas tu kau pegi upload dekat dalam page tu dan mention kata-kata kesat! Kenapa? kau tak puas hati sebab diaorang dapat 'gf' yang lagi cun dari korang ke? Macam gitu erk. -_-"

Hey2 kawan, kalau ya pun kau nak bagi nasihat cubalah dengan bahasa yang elok sikit. Bercakap tu biarlah sopan. *budi bahasa budaya kita*. Jangan nak main redah aje. Kekadang diaorang jadi macam tu sebab pengaruh rakan sebaya. Memang tak dinafikan ada yang jadi macam gitu dengan kerelaan hati sendiri tapi fikirlah secara logik. Agak mustahilkan kita buat sesuatu perkara tanpa sebarang sebab. Hah, begitulah juga dengan mereka. Mesti ada sebab kenapa mereka jadi macam tu.

Sebenarnya sampai ke hari ni, Cik Candy masih tertanya-tanya kenapa masyarakat kita memandang serong dengan golongan seperti ini. Kenapa golongan sebegini seringkali disisihkan? Bila berselisih saja, pasti ada benda yang dikutuknya. Bila bertembung saja, pasti ada benda yang dikritik. Kita nak mengubah mereka biarlah kena dengan caranya. Kalau kekerasan dibalas kekerasan maka hancurlah makanannya. Lagi satu, sebelum korang mengata yang bukan-bukan, better korang cuba berkawan, kenal dulu diaorang tu macam mana. Cik Candy rasa bukan semua orang yang seperti ini anti terhadap lelaki. Tolonglah weh, jangan sempitkan pemikiran tu. Korang ni bila nampak aje golongan sebegini mesti korang set dalam kepala diaorang ni jahat, diaorang ni liar. Betulkan?

Olalalaaa sempit! sempit! sempitnya pemikiran korang. Cik Candy himpit jugak korang kejap lagi kang. Apa pun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Buka telinga dan tajamkan mata. Korang cubalah berfikir dan menilai menggunakan mata hatti bukan kepala lutut ! *Korang mesti pelikkan kenapa Cik candy bukan main back up lagi golongan sebegini.* Kalau korang nak tahu, Cik Candy memang ada kawan yang sebegini. Cik Candy kenal sebahagian dari perangai diaorang. Apa yang baik Cik Candy ikut. Apa yang buruk, Cik Candy jadikan sempadan. Bak kata orang, berkawan dengan beribu jenis manusia, kita akan dapat melihat pelbagai kerenah yang ada.

Hah, apa yang korang fikir pasal Cik Candy? ingat Cik Candy ni sama macam diaorang? Hahaaa, mulut manusia Cik Candy tak boleh nak tutup. Pemikiran manusia Cik Candy tak mampu nak sekat. Apapun Cik Candy nak pesan satu aje, sebelum menghukum tu selidiklah dulu. Kalau ya pun nak mengajar, pakailah bahasa yang elok sikit. better gunakan kelembutan bukannya kekerasan! Oklah, Cik Candy dah letih cari ayat untuk dicanang dekat dalam entri ni. Kemarahan pun dah hampir sejuk, so lepas ni pandai-pandailah berfikir untuk hidup ya. Okbye. Wassalam.


#as salam. mmg betul sesama islam wajib menegur, tp dari sy tgk page ni. cara nak tegur mcm agak biadap. sy bukan nak back up pengkid. but they have feeling too. sebelum kita sembur org better we know them and what make them became like that..so as educated people and masyarat melayu,.. umat Nabi Muhammad SAW yg bertamadun tegurlah dgn baik sopan dan santun. budi bahasa budaya kita. ***petikan komen slh seorang p'baca kepada admin page tersebut.

17 comments:

  1. waaah..bila dah panjang ulasan gini tak.tau pulak nak komen..semuanya fakta bukan auta. ea..kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu bila tengah marah, semuanya terkeluar :p

      Delete
  2. Budi bahasa budaya kita. Patutnya itu yg di terapkan bila nak menegur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. nak tegur tu tak salah tapi biarlah dgn cara yang betul. janganlah sampai mengaibkan org lain

      Delete
  3. kadang-kadang orang ni buat tak fikir panjang. apa nak jadilah dengan zaman sekarang ni kan. nauzubillah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikir sebelum buat sesuatu perkara. lihat kesannya yang akan kita dpt dgn perkara yang akan kita lakukan.

      Delete
  4. Hahaha. Paling suka sentence cc yang nak himpit dorang yg berfikiran sempitt tuu hehe. Himpittt je cc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huihuihuiiii himpit kc dlu lah.. bole gitu :p

      Delete
  5. Sama-sama salah.... Huuu takut dgn ujian akhir zaman ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan dua-dua salah. Tapi biarlah tegur keslahan tue dgn cara yang berhemah

      Delete
  6. Salah pengkid tu semua sbb mcm lelaki tp betul mcm kata cik candy, tak perlu lah sampai upload gmbr diorang (mengaibkan) and keluar kan kata kata kesat :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tak elok mengaibkan org lain. tegur tu biarlah dgn cara yang betul. Semoga kedua-duanya berubah ke arah yang lebih baik.

      Delete
  7. semua org wat salah.. tegur menegur mmg bagus tp kna cara..

    ReplyDelete
  8. betul tu, tak salah menegur, tp biar berhemah..cn ada artikel tentang menegur org ni, mmg hot gak : http://www.cekgunorazimah.com/2014/09/perlukah-menegur-orang-dengan-niat.html

    ReplyDelete
  9. Teringat sy akan lagu daripada Revolvers - Namun ku punya hati.
    Kadang2 kepincangan, kekurangan, keaiban dan kesilapan bukanlah sesuatu yang kita pinta.. sebagai manusia biasa kita tak lari daripada melakukan kesilapan dan kita jugak bukan meminta kesemua itu berlaku...
    Yang penting, apa yang kurang kita cuba perbaiki, apa yang terlebih kita patut bersyukur dan sebagai masyarakat perihatin dan penyayang kita sepatutnya membantu kepada mereka2 yang memerlukan walau dengan kata2 nasihat sekalipun ..
    Apa2 pun sy percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete