Paling aku menyampah!

Assalamualaikum..

Maaf sekiranya tajuk di atas agak kasar. *melampau dan menyampah*. Malas nak bermukadimah panjang lebar, so aci ke tidak kalau Cik Candy teruskan sesi meluah rasa ni.

''Paling aku menyampah!". Malam ni rasanya itu ayat yang paling jelas dan nyata untuk memperlihatkan perasaan Cik Candy sekarang. Menyampah bila kita mintak tolong, lepas tu dia banyak bunyik pula. Kalau tak nak tolong, cakap aje lah tak nak tolong. jangan nak menggedik putar belitkan fakta *aku menyampah giler!*.

Sakit hati, sakit hati, sakit hati. Badan tengah penat-penat, macam gini pulak yang dapatnya. Yes, terbaik! Inilah yang dinamakan kawan ye? Haaaa selok. Tak apa, cukup untuk apa yang jadi malam ni. Cik Candy akan ingat. Memang agak sentap pun tapi malas nak melayan.

dear kawan,
satu aje aku nak pesan pada ka. Aku tahu lambat laun ka akan baca juga entry ni. Ka pun tahu, bukan jenis aku untuk luahkan ketidakpuasan hati secara berdepan. Ingatlah, apa yang ka buat malam ni, mungkin satu hari nanti ka akan dapat balik. Kita satu team kowt. Kita bukan sekejap, bukan sehari dua, bukan seminggu dua, bukan sebulan dua, bukan setahun dua tapi dua tahun setengah kowt dalam satu team. Kalau itulah sikap yang ka tunjukkan, tak mustahil nanti satu kelas yang akan pulau ka. Ya, kat rumah ka mungkin dilayan bagai raja, kau anak bongsu tapi ingatlah dalam kelas kita semua sama. Tak siapa yang kurang, tak siapa yang lebih. Sama-sama tolong, sama-sama bantu. Satu untuk semua dan semua untuk satu. Aku sentap dengan sikap ka malam ni. Rasanya bukan aku sorang aje kowt tapi hampir kesemua team kita. Terbaik! teruskan dengan perangai kau. Tapi ingat, kalau dulu aku tolong dan bantu ka secara rela mungkin lepas ni agak susah untuk aku tolong ka. faham-faham sendiri sudah. belajar hargai kawan kalau ka nak kawan hargai kau. Belajar hormati kami, kalau ka nak kami hormati ka. Tak salah ka nak sembang tapi biar kena dengan tempatnya. Jangan nak gebang memanjang bro. Naik menyampah aku tengok! Okbye. Wassalam.





5 comments:

  1. Mmg marah sangat dh ni cc..hihi :)

    ReplyDelete
  2. http://myownlifemyself.blogspot.com/2015/03/saya-nak-buat-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. sabar kak cn... huhu memng susah nk cari kawan betul2 kwn. kdg2 yg kita paling rapat pun ada jgk bt terasa hati. huhu sabor jelah

    ReplyDelete
  4. Biasalah dalam kehidupan seharian tak kira dalam campus life, kerja mahupun keluarga pun ada yang berperangai dan bersifat macam ni.. Sabar jelah.. yang penting kita jangan terikut2..

    ReplyDelete
  5. ohooo sy punnnnn menyampahhh. haha jgn sampah sudah haha

    ReplyDelete