Nilai hantaran kahwin


Lelaki : Saya nak bagi RM 6000 untuk mas kahwin awak..
Perempuan : RM6000? Semurah itukah saya?

Lelaki : Urmmmm.. ok, RM10 ribu...
Perempuan : Kalau RM10 ribu.. rantai leher saya pun RM10 ribu. Kiranya saya ini hanyalah seperti rantai leher? Yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yang lama?

Lelaki : Ok !! RM20 ribu..
Perempuan : Kereta Viva saya berharga RM40 ribu, bermakna saya lebih murah dari kereta Viva disisi awak?

Lelaki : Ok.. RM50 ribu!
Perempuan : Adakah itu harga saya? bangungan KLCC tu pun berharga jutaan ringgit.

Lelaki : Ok. Baiklah, awak letakkan sendiri berapa harga awak. Saya akan bayar.
Perempuan : Awakkk.. diri saya terlalu mahal sehingga awak tak dapat nak beli. Cukuplah awak bagi RM100 ringgit sahaja. Buan kerana diri saya tapi kerana perintah Allah yang mewajibkan mas kahwin. Hantaran mahal belum tentu akan menjamin kebahagiaan kita dikemudian hari nanti sayang.  Cukup sekadar mengikut kemampuan kita dan bukannya membebankan kita..


Take Note : Untuk bakal isteri, jangan sesekali menjual diri ketika hantaran dan untuk bakal suami, jangan sesekali membeli perempuan. Cukuplah lalukan sekadar yang termampu. Biar tak mahal, biar tak mewah asalkan kemudian hari dilalui degan penuh kebahagiaan dan kegembiraan. Nilai hantaran yang mahal bukan jaminan untuk bahagia dan bersenang lenang kemudian hari. Tak guna majlis berkahwinan yang grand tapi hutang keliling pinggang. Ingat sikit, lepas kahwin nanti jenuh nak berbayar. Baru padam muka. 

4 comments:

  1. sekarang hantaran memang mahal2. kesian gak kadang2. sebab kehidupan berkahwin akan bermula selepas majlis. memang sangat mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong abg wan.. apa guna majlis grand tapi lepas majlis, susah hati nak bayar hutang...

      Delete
  2. buat kenduri masa akad nikah je lah sikit2.. resepsi tak payah buat..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat yg wajib pun dah ok kowt... majlis pun kalau nak buat ikutlah tahap kemampuan.. tap payah sampai nak bergolak gadai.. kn (:

      Delete