Memang sukar untuk orang lain percaya tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua. Albillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlakukan seekor ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata "Makanlah nak, mak tak lapar..." - Pembohongan Ibu Yang Pertama-
Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Waktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. tetapi mak dengan cepat menolaknya. mak berkata " Makanlah nak, mak tak suka makan ikan.." -Pembohongan Ibu Yang Kedua-
Di awal usia remaja, saya masuk sekolah menengah. mak pergi ke kedai dengan mambawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abag dan kakak. Suatu diihari lebih kurang 1:30am, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita dihadapannya. beberapa kali saya melihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata "Mak tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula..". Mak tersenyum dan berkata "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi.." Pembohongan Ibu Yang Ketiga-
Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kumit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubah mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata "Minumlah nak, mak tak haus." -Pembohongan Ibu Yang Ke Empat -
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adk saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kamu tidak kelaparan. tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami datang membantu ini. Anehnya ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang keras hati tidak mengendahkan nasihat mereka. mak berkata "Saya tak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." -Pembohongan Ibu yang ke Lima-
Setelah abag dan kakak habis belajar dan mulai bekerja, mak sudak pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. mak rela oergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. kakak dan abag yanb bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu dan mak berkata "Jangan susah-susah, mak ada duit". -Pembohongan Ibu yang keenam-
Setelah tapat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarika yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya itu mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang/" Pembohongan Iby yang ke Tujuh-
Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita magaak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sayandengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku terpaksa kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibi sehingga ibu menjadu terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah itu sambil berlinangan airmata. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata "Jangan menangis nak, mak tak sakit. -Pembohongan Ibu yang ke Lapan-
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segalanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mak, maafkan saya.. Saya Sayangkan Mak..!!!
Take Note : Sayangilah Ibu. Sensungguhnya tidak mampu kita balas akan jasa dan pengorbanan Ibu buat kita. Ibu, dalam garang ada kelembutan. Dalam ketegasan ada keperihatinan. Ibu, terlalu besar pengorbanan yang dikorbankan untuk kita, Sedarilah, tanpa ibu siapalah kita. Sayangi ibu. hargailah ibu.
Sedihnya baca :'(((((((
ReplyDeleteRenungkanlah. #PengorbananIbu tidak ternilai dan sangat bernilai (=
DeleteT_T
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa mnegingati ibu (=
DeleteKasih ibu sampai ke syurga... Tiada apa yang dapat menggantikannya.. Love you mum.
ReplyDeleteNi cerita sendiri ke? Sebab intro tu ada dok tulis sy dilahirkan sebagai seorang anak lelaki....
Kasih ibu tiada galang ganti. Walau ibu tiri skali pun takkan sama kasihnya seperti ibu kandung..
Delete*Ini cerita kawan Cik Candy. Cik Candy olah sendiri. (=
sob..sob.. (sambil lap hidung)..
ReplyDeletehargailah Ibu. Sesungguhnya terlalu besar pengornanan Ibu buat kita, anak-anaknya
DeleteKasih ibu sampai ke syurga. Sedihnya, rindu mak lah :'(
ReplyDeleteSobsobsobb T_T.
DeleteRindu mak jugakk... nak balik kg, rindu mak )':
tisu plzzzzzz touching looo
ReplyDeletehuhuuu tak mau sedis2 bonde
Delete