Berzikir Bagi Wanita Haid


ZIKIR kepada ALLAH SWT merupakan suatu kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah.Sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:

"Kerana itu, berzikirlah (ingat) kamu kepadaKu nescaya Aku akan ingat kepada kamu, dan bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku."
(Al-Baqarah: 152)


Firman Allah SWT:

"Dan sesunggugnya berzikir (mengingati) Allah adalah lebih besar (keutamaannya dan ibadah-ibadah yang lain."
(Al-Ankabut: 45)

Dalam mengisahkan Yunus a.s., Allah berfirman:

"Maka kalau sekiranya dia (Yunus) tidak termasuk orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit."
(Al-Shafat: 143-144)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

"Perumpamaan orang yang berzikir kepada ALLAH dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati."


Di antara bentuk kemurahan Allah SWT terhadap kaum wanita adalah memberikan keringanan kepada kaum wanita untuk berzikir kepadaNya semasa dalam waktu haid, meski pada saat itu mereka tidak boleh mengerjakan solat dan puasa.


Ummu Athiyyah r.a. menceritakan:

"Kami diperintahkan keluar pada hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga wanita pingitan dan gadis."

"Wanita-wanita haid keluar dan menempati posisi di belakang jamaah yang mengerjakan solat, dan bertakbir bersama-sama mereka." Lanjut Ummu Athiyyah."
(HR. Muttafaqun 'alaih)


Imam Nawawi rahimahullah juga mengatakan:

"Ucapan Ummu Athiyyah, 'Wanita-wanita haid itu bertakbir bersama jamaah menunjukkan dibolehkannya zikir kepada Allah SWT bagi wanita haid dan wanita yang sedang junub.Yang diharamkan baginya adalah membaca Al-Quran."



Kredit : Berita Islam

Slimming Detox Tea Medina Desire

SLIMMING & DETOX TEA
RM 15 + RM 8 (postage)

🌹SDT kuruskan whole body
🌹SDT untuk turunkan berat badan
🌹SDT juga akan buang toksik dlm badan
🌹SDT akan cuci usus kita (melawaskan buang air)

🍃KHASIAT DAN FUNGSI SDT

✔MELANGSINGKAN BADAN
✔MENGECILKAN PERUT BUCIT/BOROI
✔MENURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
✔KENCING MANIS
✔DARAH TINGGI
✔GOUT/URIC ASID TINGGI
✔KOLESTROL TINGGI
✔OBESITI
✔ANGIN DALAM BADAN
✔MEMBUANG LEMAK YANG DEGIL
✔SETTLE KAN MASALAH SEMBELIT & KEPUTIHAN
✔PELBAGAI LAGI MASALAH DALAMAN DAN LUARAN

INGREDIENTS SDT:

☘cassia vahl. Dry herbs 100 % no chemical

PANDUAN MINUM SDT

1-Rendam uncang bersamaan 250ml ke dalam air panas
2-setelah suam bole terus minum
3-minum pada waktu malam sebelum tidur
4-uncang yg sama bole di guna sebanyak 2 kali

💃untuk kesan yg lebih cepat perlulah mengamalkan diet yang seimbang
💃mimum air kosong 2-3L sehari
💃kurangkan pengambilan minuman berais
💃kurangkan pengambilan gula berlebihan

KESAN CONSUME SDT

🌂kesan awl akan rasa selalu nak membuang. dalam 3 hari mcm tu
🌂slps tu akan back to normal bila usus dah bersih
🌂hari hari akan buang tp tak akan cirit

🌹rasa SDT macam tea biasa. tidak pahit & tidak kelat
🌹satu packet ada 15 uncang. satu uncang boleh guna 2 kali
🌹sesiapa tidak suka minum kosong boleh tambah madu atau lemon. pastikan madu asli
🌹SDT boleh di ambil selepas lunch atau sebelum tido
🌹SDT boleh di ambil waktu period

*RAJIN RAJIN KAN LAH MEMBACA* 🤗🤗

Untuk lebih info, korang boleh ke page facebook Detoks Tea Medina Desire




Kaki Cantiq Tea Medina Desire

Minum KCT
KAKICANTIQ TEA(LEGS TEA)
RM25 + RM8 (postage)

🌹KCT adalah dirumus khas daripada 100% dry herbs dan tiada kimia
🌹KCT untuk mengecilkan peha dan lengan. fokus kepada peha dan lengan
🌹KCT juga utk membuang air berlebihan dalam badan
🌹KCT melawaskan kencing
🌹KCT di ambil sebelum breakfast

PANDUAN MINUM KCT

1-rendam uncang bersamaan 250ml ke dalam air panas
2-setelah suam bole terus minum.
3-minum pada waktu pagi sebelum sarapan pagi
4-uncang yg sama bole di guna sebanyak 2 kali

KESAN MINUM KCT

🌂akan merasa dahaga disarankan minum air lebih
🌂kerap membuang air kecil
🌂akan merasa kurang selera makan
🌂cepat kenyang
🌂di sarankan minum KC TEA berterusan utk mendapat kesan yang cepat

🌹rasa KCT MCM lite rebina campur dengan serai
🌹KCT boleh ambil time period

INGREDIENTS KCT:

☘Dry herbs 100% no chemical. 4 ingridient verbena lemon grass etc

🍄KCT boleh buat scrub. settle guna 2 kali untuk satu uncang, jangan la pandai2 buang. boleh buat scrub muka
🍄jangan gosok muka mcm pakai toner. ampas tea tu kasar sikit. gosok slow slow ja kat muka. kalau kuat takut terguris muka sbb serai kan.
🍄lps srub2 terus basuh.. jngn biar mcm mask yer

🌹satu pack ada 15 uncang. satu uncang boleh guna 2 kali
🌹sesiapa yg x suka minum kosong boleh letak madu or lemon. madu original tau.

*RAJIN RAJIN KAN LAH MEMBACA* 🤗🤗

Untuk lebih jelas, korang boleh ke page facebook Detoks Tea Medina Desire



Set Combo Detox Tea Medina Desire

Panduan Minum SET COMBO RM40.00

☢PANDUAN MINUM KAKI CANTIQ TEA RM25.00/Pack
------------------------------------
🍵 Rendam uncang bersama 250ml ke dalam air panas@
🍵 Tunggu 3-5 minit hingga tea kembang
🍵 Setelah suam boleh terus minum
🍵 Minum sebelum sarapan pagi


☢PANDUAN MINUM SLIMMING & DETOX TEA RM15.00/Pack
-------------------------------------------
🍵 Rendam uncang bersama 250ml ke dalam air panas
🍵 Tunggu 3-5 minit hingga tea kembang
🍵 Setelah suam boleh terus minum
🍵 Minum pada waktu malam sebelum tidur

* Jika nak kan kelainan rasa, boleh ditambah madu atau lemon. PENAMBAHAN GULA, tak dibenarkan & tak diayorkan sama sekali *

➕RE-USE TEABAG are not recommended, sebabnya nutrient tea akan berkurang.

❗Sila pastikan anda minum 2-3 liter air kosong@suam sehari untuk mempercepatkan proses pembuangan toxic dalam badan & membantu menurunkan berat badan dengan cepat

🍎 Untuk kesan yg maksima perlulah mengamalkan diet yang seimbang
🍧 Kurangkan pengambilan minuman berais
🍭 Kurangkan pengambilan gula berlebihan
🏋🏼 Amalkan sedikit senaman/workout

RASA TEA ♨

🍃 Slimming Detox Tea- Rasa mcm teh biasa tapi tidak kelat atau pahit

🍂 Kaki Cantiq Tea- Rasa ribena dengan serai

Untuk detail boleh ke page facebook Detoks Tea Medina Desire




Tawan Hati Encik Abang Sayang Dengan Cara Paling 'Class'!

*gambar uncle google*

Susahnya nak memahami hati seorang lelaki. Maklumlah golongan ini sukar berterus-terang dan tidak gemar meluahkan dengan kata-kata jika berlaku sesuatu yang tidak kena. Sebagai isteri, pasti anda gusar jika suami asyik bermasam muka tetapi anda tidak tahu di mana salahnya.

Perhatian dan belaian manja dari seorang isteri tercinta adalah antara perkara utama yang lelaki inginkan. Sebolehnya mereka mahu diberikan perhatian bertaraf lima bintang.jika tidak mulalah mereka mencari jalan keluar dengan mencari cinta baru hingga terjebak dengan cinta budak sekolah seperti yang viral baru-baru ini.

Jika anda tidak mahu perkara ini berlarutan, sila awasi tingkah laku suami anda dan lakukan perubahan mulai hari ini dalam menawan hati suami dengan cara paling class!


1. Up to Date
Biar pun anda bergelar suri rumah sekali pun dan terlampau sibuk uruskan anak-anak. Jangan sesekali ketinggalan zaman, sentiasa up to date termasuklah dari segi berpakaian atau menggunakan gajet agar kamu tahu apa suami kamu lakukan dengan teknologi.


2. Ingatlah Suami Dalam Doa
Sebagai manusia yang lemah, jangan lupa Allah sentiasa bersama kita. Oleh itu, sentiasalah panjatkan doa agar hubungan suami isteri sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sentiasa berdoa agar saling menyayangi dengan setulus hati.


3. Bersalaman
Biar pun dianggap remeh, jangan lupa untuk tegur dan salam tangan suami apabila dia sampai ke rumah dari tempat kerja sebelum kamu menyambung tugas-tugas lain di rumah. Respek, respek dan respek!


4. Buat Apa Pun Kena Bawa Bincang
Berlatih dan sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk suami. Tidak kira mendengar masalahnya di tempat kerja ataupun berbincang mengenai hal keluarga sendiri.


5. Layan Hobi Suami
Sentiasa beri suami masa yang berkualiti untuk dia lakukan apa yang dia mahu contohnya melayari internet atau melihat apa yang dia suka di e-bay dan online dan sebagainya. Jangan jadi mandur dalam kegemaran dan hobi suami. Lebih indah jika anda dan si dia melakukan hobi itu bersama-sama.

6. Masakan Kegemaran
Selalu masakkan makanan kegemaran si suami, tidak susah dapatkan sahaja rahsia dari ibu mertua kesayangan anda. Melalui masakan sebenarnya anda boleh tambat hati suami dan memberikan kebahagiaan buat si suami. Tidak perlulah dia ke kedai mamak lagi jika perut berkeroncong

7. Elak Suami Rimas
Kerap menelefon suami adalah perkara yang merimaskan kaum lelaki. Apatah lagi di pejabat terlalu banyak tugas dia perlu selesaikan. Memadai hubungi sekali di waktu makan atau menghantar pesanan agar dirinya tidak terasa terganggu.


Selamat mencuba!

Credit : Majalah Wanita

Kehebatan Seorang Wanita



Wanita
Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"

Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dgn takjub:
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab:
"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya:
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah menjawab:
"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Allah melanjutkan:
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

• Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
• Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
• Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
• Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
• Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
• Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian. Tapi dia mampu mengatasinya.
• Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar...

Take Note : Allah jadikan wanita..lebih tabah dari lelaki..meski pun fizikalnya tidak sekuat lelaki..namun usaha dan kesabarannya melebihi segalanya..lelaki senang mencemuh..namun perempuan sering menunduk..bukan kerana hidupnya lemah..tetapi mengumpul kekuatan untuk membangunkan keupayaan dirinya yang sebenar......walau pun lelaki memandang kami ini lemah...namun fikirlah..siapa yang mengandungkan kamu..sehingga terlahirnya jasad ke dunia fana..

Jadilah wanita yang paling bahagia



Sekali lagi air mata itu tumpah,
bagai melegakan hati pemiliknya.

 Wanita,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.

Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya.
Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya.
Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang.
Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini.
Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Bukan hanya di dunia.
Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.

Jika perlu untuk engkau menangis,
maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.

Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.

Miracle things may come soon. Soon.

Engkau harus percaya.

Ya, percaya.

La tahzan.

Syurga itu mahal sayang,
bukan mudah kita nak dapat.

Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.

Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.

Itu pasti.

Senyum.

 Tapi terkadang ada masa kita jatuh.

Tak mampu nak bangun.

Tapi, ingatlah. Walau apa pun,
Allah akan tetap menemani.

Just beside you.

Selalu.

Allah akan ubat luka di hati kita.

Perlahan...Perlahan...

Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!

Tears.

 InsyaAllah,
bila Allah redha,
Allah akan mudahkan.

Tak mudah. Siapa kata mudah?

Tapi inilah kasih sayang Tuhan.

Berdamailah dengan takdirNya.

Dan sampai masa kita akan faham,
ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.

Dan tertulis di Luh Mahfuz.

Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.

Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

 Bukalah surat cinta dariNya.

Pasti akan damai hatimu.

 ” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.

Allah ada.

Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

 “Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan roh manusia yang mendamba redha Tuhannya.”
-Hasan Al-Banna-

La tahzan,

Jadilah wanita yang paling bahagia!

Adab Dengan Ibubapa


Firman Allah yg artinya :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.” (QS. Al-Isra’: 23)

Hendaklah difahami bahwa hak kedua orang tua merupakan hak terbesar yang harus dilaksanakan oleh setiap muslim, berikut ini adalah beberapa petunjuk Rasulullah SAW. dalam beradab & berbakti kepada kedua orang tua semasa hidupnya.

-Mentaati mereka selama tidak mendurhakai Allah Ta’ala.

Mentaati kedua orang tua hukumnya wajib atas setiap muslim, sedang mendurhakai keduanya merupakan perbuatan yang sangat diharamkan, kecuali jika mereka menyuruh untuk menyekutukan Allah SWT. (berbuat syirik) atau berbuat maksiat kepadaNya. Allah Ta’ala berfirman, artinya,

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, ….” (QS.Luqman:15)

Selain itu, Rasulullah SAW. pun bersabda, “Tidak ada ketaatan untuk mendurhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam melakukan kebaikan”. (HR. Al-Bukhari)

-Berbakti dan merendahkan diri di hadapan kedua orang tua

Allah SWT. berfirman, artinya,

“…dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan «ah» dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, ‘Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil’.” (QS. Al-Israa’: 23-24)

Rasulullah SAW. bersabda, “Sungguh merugi, sungguh merugi, dan sungguh merugi orang yang mendapatkan kedua orang tuanya yang sudah tua bangka atau salah seorang dari mereka kemudian hal itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga.” (HR.Muslim)

Di antara bakti terhadap kedua orang tua adalah menjauhkan ucapan dan perbuatan yang dapat menyakiti mereka, walaupun berupa isyarat atau dengan ucapan ‘ah’, tidak mengeraskan suara melebihi suara mereka. Rendahkanlah diri dihadapan keduanya dengan cara mendahulukan segala urusan mereka.

-Menyediakan makanan untuk mereka.

Hal ini juga termasuk bentuk bakti kepada kedua orang tua, terutama jika hal tersebut merupakan hasil jerih payah sendiri. Lebih-lebih jika keadaan keduanya sudah sangat tua. Sudah sepatutnya, mereka disediakan makanan dan minuman yang terbaik dan lebih mendahulukan mereka berdua dari pada dirinya, anaknya dan istrinya.

-Meminta izin kepada mereka sebelum berjihad dan pergi untuk urusan lainnya.

Izin kepada orang tua diperlukan untuk jihad yang belum ditentukan (kewajibannya untuk dirinya). Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW. dan bertanya, “Wahai Rasulullah apakah aku boleh sertai berjihad?”


Tips Atasi Zina Hati


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan rasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.”

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, merasakan Allah amat dekat dan mendengar rayuan hambaNya..

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnu Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Wallahu'alam. Moga bermanfaat.

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan..


1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.