Lebih Sempurna - Syamel | Selamat tinggal 2016


Ombak laut angin bayu
Menemaniku dikala terkenang dirimu
Manis indah dalam cinta
Tak pernah ku sangka kau pergi
Hanya kerana dia

Bertahun sudah kita bersama
Hanya dusta sebalik setia
Kau biarku derita
Mengemis didalam jiwa

Kau terluka akulah peneman
Kau bahagia aku ditinggalkan
Mudahnya kau berubah
Sepi ku berteman airmata

Berlalulah kau masa
Aku tidak terdaya
Temukannya yang lebih sempurna

Take note : Tahun 2016 hampir menutup tirai. Perjalanan 2016 aku tak semudah dan sesusah yang dibayangkan. Adat kehidupan, ada kala aku bahagia dan ada kala aku derita. Setiap bahagia yang aku rasai, aku bersyukur kepadaMua, Ya Allah. Terima kasih sebab hulurkan secebis rasa bahagia itu untuk aku. Untuk setiap derita dan kepayahan yang aku rasai, aku berterima kasih kepadaMu Ya Allah. Derita dan kepayahan itu mengajar akunerti hidup.

Dalam hidup ni tak semua benda yang aku nak, akan aku dapat. Begitu juga sebalik ya. Tak semua benda yang aku cuba hindari akan jauh dari aku. Tapi aku bersyukur. Tahun 2016, banyak mencoretkan hati aku.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan latihan industri untuk semester 3 selama 6bulan (Jan-Jun) di HSE Paka. Aku jugak berjaya habiskan latihan industri untuk semester 4 selama 6bulan (Julai-Dis) di NISB, Gong Badak. Latihan industri aku berbaki lagi 6bulan.

Permulaan tahun 2017, aku akan menjalani latihan industri selama 6bulan (Jan-Jun) untuk semester 5 di KTB Teknik, Seremban. Jauh kan?? Takpe lah, dah setahun aku li di Terengganu. Kali ni biarlah aku berubah arah plak. Merantau mencari ilmu dan pengalaman. Cewahhhh.. kihkihkihhh

Apapun aku harap tahun 2017, akan memberi sinar indah dalam hidup aku, family dan insan-insan kesayangan aku. Semoga aku kuat melawan nafsu malas, mengawal rasa marah, dan hidup ke arah yang lebih positif. Minta ampun minta maaf ye, andai ada silap salah. Sama-sama kita buka lembaran baru untuk tahun baru, 2017 - Cik Candy