Thursday, November 30, 2017

Kenapa Kentut Berbau Busuk


Busuknya kentut biasanya datang dari metana dan hydrogen sulfida yang dihasilkan dari pelbagai sumber makanan yang melalui proses pencernaan. Makanan yang mendorong bau kentut yang kuat ialah telur, susu, kacang, brokoli dan daging merah.

Sesetengah berpendapat jika menghidu bau kentut yang busuk dari orang lain akan mendorong hidup lebih lama, Wallahualam. Kerana pembebasan metana dan hydrogen sulfida membantu fungsi sistem tubuh dan mengurangkan risiko penyakit.

Kentut busuk juga adalah sangat baik dan bagus untuk seseorang menunjukkan usus terus sihat secara amnya.


Kita Adalah Apa Yang Fikiran Kita Fikirkan


Anda Adalah Apa Yg Fikiran anda Fikirkan..


 “Keyakinan anda menjadi pemikiran anda, 
Fikiran anda menjadi kata-kata anda, 
Kata-kata anda menjadi tindakan anda, 
Tindakan Anda menjadi kebiasaan Anda, 
Kebiasaan anda menjadi nilai anda, 
Nilai anda menjadi takdir anda. “

― Mahatma Gandhi

Kata-kata bijak yg memang ada benarnya.

Ini antara sikap-sikap yg kerap kali memainkan emosi.

Cuba ubah sikap-sikap bgini :

1. Berhenti berpura-pura tidak memiliki masalah. Hadapi masalah bkn lari dari mslh. Semakin anda lari, masalah yang muncul akan semakin banyak dan semakin rumit.

2. Berhenti menggantungkan kebahagiaan atau kepuasan hidup di tangan orang lain.

3. Berhenti berpura-pura anda tidak pernah melakukan kesalahan. Belajar dari kesalahan-kesalahan, maka anda akan berusaha untuk memperbaiki diri Anda dan tidak mengulang kesalahan yang sama di masa depan .

4. Berhenti mengatakan kepada diri sendiri bahwa anda tidak boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan.

5. Berhenti mengabaikan hal-hal yang penting bagi anda.

6. Berhenti meletakkan keperluan org lain melebihi keperluan anda. Jaga dan sayangi diri anda. Cintai diri anda. Jadikanlah diri sendiri sebagai sahabat terbaik.

7. Berhenti berusaha menjadi orang lain.Berusahalah jadi yang terbaik.

8. Berhenti menunggu bahagia,sebaliknya cubalah berusaha mencipta bahagia.

9. Berhenti menghabiskan waktu dengan orang-orang yang memberi impak negatif bagi hidup anda.

10. Berhenti bertanya pandangan orang ttg diri anda.Yakinlah dgn diri anda.

11. Berhenti bekerja untuk mimpi orang lain.Tetapkan tujuan anda sendiri. Buat diri anda bermakna.

12. Berhenti iri pada orang lain.  Syukurilah kehidupan yang anda miliki saat ini, tanpa harus iri terhadap kelebihan dan kebahagiaan orang lain.

13. Berhenti percaya bahwa anda tidak dapat mengubah hidup. Anda pasti boleh.

14. Berhenti berharap pada pujian orang,takut pada kritikan orang.Sebaliknya berterima kasih pada kritikan krn ia akan membantu anda utk jadi lebih baik.

15. Berhenti berfokus untuk menghindari apa yang tidak anda inginkan. Sebagai gantinya, fokuskan untuk mengejar apa yang anda inginkan.

16. Berhenti terlalu takut untuk membuat kesalahan atau mengambil suatu tindakan.

17. Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain. Anda bukan orang lain. Anda adalah diri anda sendiri!

18. Stop buang-buang tenaga untuk merungsingkan hal-hal yang tidak dapat anda ubah.

19. Berhenti terlalu percaya pada pendapat orang lain daripada pendapat anda sendiri.

20. Berhenti berpura-pura anda tidak punya waktu untuk melakukan hal yang anda sukai. Anda mampu meluangkan waktu untuk apa pun yang anda rasa penting bagi hidup anda.

21. Berhenti terlalu berharap pd sesuatu yg tak pasti.

22. Berhenti menyalahkan diri atas kesalahan dan ketidak sempurnaan.  Anda hanyalah manusia biasa.

23. Berhenti mengikuti arus. Jika tidak sesuai dengan nilai dan hati nurani anda, maka lebih baik tinggalkanlah.

24. Berhenti menyalahkan orang lain atas kemalangan dan ketidak bahagiaan anda.

25. Berhenti meminta banyak waktu orang-orang yang anda cintai untuk menemani anda.

26. Stop buang-buang energi pada penyesalan untuk kesalahan masa lalu Anda, karena masa lalu tidak dapat diubah.

27. Berhenti membiarkan rasa malu anda untuk meminta maaf, mengakui anda telah terluka, atau melakukan apa pun yang membuat anda sembuh dari sakit hati dan bergerak majulah.

28. Berhenti mengharapkan kesempurnaan diri anda, orang yang anda cintai, dan rakan kerja anda.

29. Berhenti merasa bersalah saat Anda menghabiskan waktu luang atau jenis lain untuk diri sendiri.

30,Berhenti menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak penting buat anda.

31.. Berhenti terlalu serius dalam kehidupan. Belajarlah untuk menikmati kehidupan anda saat ini.

Buanglah segala fikiran negative yg ada di dlm fikiran anda utk memperoleh kehidupan yg lebih ceria dan bahagia.Fikirkan yg baik-baik dan yg positif..In sha Allah semuanya akn jadi baik.

Apa yg kita fikirkan itulah apa yg cuba kita lakukan...
Jadi isikanlah fikiran kita dgn pekara yg positif.
Supaya kita sentiasa positif...

Wednesday, November 29, 2017

Cerpen | Yang Ini Pun Akan Berlalu


YANG INI PUN AKAN BERLALU..


Pada suatu hari, seorang pemuda meminta kepada seorang tukang emas yang sudah tua renta untuk membuat cincin dan menuliskan sesuatu di dalamnya.

Sang pemuda itu berpesan, "Tuliskanlah sesuatu yang boleh disimpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu supaya boleh menjadi pelajaran bagi hidupku."

Berbulan-bulan si tukang emas tua renta itu membuat cincin tersebut, merenung... kalimat apa yang patut diukir di cincin emas yang kecil itu.

Akhirnya, si tukang emas tua renta mengukirkan sepotong kata dan menyerahkan cincinnya kepada yang menampahnya.

Dengan tersenyum,
sang pemuda membaca tulisan kecil di cincin itu.
Bunyinya,

"THIS TOO, SHALL PASS"
(Yang inipun, akan berlalu)

Awalnya sang pemuda tidak terlalu paham dengan tulisan itu. Tapi suatu ketika, tatkala menghadapi persoalan hidup yang pelik, tak sengaja ia membaca tulisan di cincin itu.

"YANG INI PUN AKAN BERLALU"

lalu ia pun menjadi lebih tenang.

Tatkala ia sedang bersenang-senang, ia pun tak sengaja membaca tulisan di cincin itu

"YANG INI PUN AKAN BERLALU"

lantas ia menjadi rendah hati kembali.

Ketika kita menghadapi masalah besar ataupun sedang dalam keadaan terlalu gembira, teringatlah:

"YANG INI PUN AKAN BERLALU "

Tidak ada satupun di dunia ini yang abadi. Jadi, ketika kita punya masalah, jalanilah dan janganlah terlalu bersedih.

Demikian juga tatkala kita sedang senang, nikmatilah dan syukuri, jangan lupa diri.

Ingatlah, apapun yang kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.

Untuk itu :
• Tetaplah SEJUK di tempat yang Panas.
• Tetaplah MANIS di tempat yang begitu Pahit.
• Tetaplah berasa KECIL meskipun telah menjadi Besar.. dan
• Tetaplah TENANG di tengah Badai yang paling Hebat.

Semua yg ada di dunia ini tak ada yang abadi, kecuali yang Empunya Kehidupan yakni Allah swt.

"THIS TOO, SHALL PASS"

Selamat menikmati kehidupan yg indah ini...


YANG INIPUN AKAN BERLALU..

Setiap yg hadir dlm hidup ini umpama angin yg berlalu.
Ia dtg dan pergi,tiada yg kekal abadi.
Bgtu juga kisahnya dgn dugaan hidup.

Jodoh Itu Unik


JODOH ITU UNIK

# Selalu saja kita lihat ada sahabat / kenalan yang mencari jodoh sampai ke ujung dunia, ujung-ujungnya anak tetangga yang jadi jodoh

# Anda seorang wanita mungkin pernah mengalami juga, ada lelaki yang lama cuba mendekati, bersungguh-sungguh hingga datang ke rumah sampai hati hampir luluh menerima dirinya. Namun jodoh berkata lain, Anda menikah dengan orang yang beberapa hari saja anda kenal.

# Anda juga mungkin sering jadi saksi, bagaimana seorang teman yang bercinta bertahun-tahun , namun berkahwin bukan dengan kekasih hatinya.

# Ada juga yang tersentak hati, melihat seorang sahabat yang begitu tampan , namun pasangannya seorang wanita umpama langit dgn bumi dari segi rupa parasnya. Namun mereka bahagia. Lalu kita berkata "Beruntungnya wanita itu!"

# Mungkin kita juga merasa hairan, saat seorang sahabat pendiam, tidak pernah bercerita tentang kekasih hati.Apatah lagi soal kawin, tapi tiba2 berkawin dlm usia yg muda.

Masalah jodoh memang misteri.
Kita tidak mampu menjangka siapa jodoh kita.
Sama misteri dalam soal rezeki dan ajal yg tiada siapa tahu kecuali Allah Taala sahaja.

Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Jodoh, rezeki dan maut memang di tangan Tuhan, jadi selama kamu mampu mendekati Tuhan, maka tak ada yang mustahil.
Maka mintalah Allah untuk memberikan yang terbaik

Semester 6 | Peperiksaan Akhir Semester Bakal Tiba

Assalamualaikum | Lama Cik Candy menghilangkan?

Sebenarnya bukan menghilang cuma terkurang bagi perhatian di blog Candy Sour ni. Huhuuu.. aku ada je sini. Cuba lebih suka mengupdate di blog babyshambles berbanding sini. Kadang kala terfikir juga, kenapa aku macam tak berapa rajin berblogging disini. Kenapa lebihkan berblogging di blog sana. Entah.. takde jawapan untuk soalan itu.

Kalau dulu memang setiap hari aku akan bahagiakan masa untuk berblogging disini dan sana. Tapi kebelakangan ini masa aku agak terhad. Seperti yang korang ketahui, aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Peperiksaan yang akan menentukan ke mana hala tuju aku selepas ini. Peperiksaan yang akan menguji apa yang telah aku pelajari selama 3 tahun belajar. Eh, sebenarnya takde lah tiga tahun. Untuk semester satu, semester dua dan semester enam aku berada di iktbn Sepang manakala semester tiga, semester empat dan semester lima aku keluar untuk latihan industri. Hahaaa lama giler kan aku praktikal. Setahun setengah tu, aku rasa macam bekerja pulak. Best! sebab dapat pengalaman dan merasa pegang duit sendiri.


Berbalik pada peperiksaan, insyaAllah pada 4 Disember 2017 ini aku akan menghadapi peperiksaan dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk course yang aku belajar, Penjaga Jentera Elektrik A1. Debaran kian terasa. Kekaluatan sememangnya tidak terkata. Dalam masa yang terlalu singkat ini, banyak benda yang perlu aku selesaikan. Buku log.. itulah satu masalah yang tak pernah settle. Huhuuu... buku log bila nak siap entah! Exam dah dekat tapi buku log tak settle lagi. Giler !

Minggu lepas dan minggu ini, pengajar berebut nak buat kelas. Ada yang nak buat kelas untuk Motor Control, ada yang nak buat kelas untuk Programmable logic controller, ada yang nak buat kelas Papan Suis Utama, ada juga yang nak buat kelas untuk Voltan Rendah. Pening! Aku dan bebudak kelas naik semput nak bernafas.

Kesudahannya untuk subjek Programmable logic controller, terpaksa buat kelas malam. Malam tu jugak ada tugasan adan amali. Catat rekod, malam tu aku balik pukul 3pagi. Buat amali dengan mata yang barai, mengantuk. Aku balik pukul 3pagi, mereka yang angka giliran di belakang aku tak tahulah balik pukul berapa. Yang aku tahu, classmate aku yang last sekali balik jam 9pagi. Bayangkan kelas pukul 9malam tamat jam 9pagi keesokan harinya. Itu pengalaman untuk kami.

Untuk subjek overhead, kami bergantung pada cuaca. Kalau cuaca elok, tak hujan. Alhamdulillah. Bolehlah kami panjat tangga, settlekan street lighting dan juga wiring meter board. Tapi kalau hujan, kami terpaksa menggaru kepala. Dengan masa yang agak suntuk ni, kami sangat memerlukan latihan lagi dan lagi. Aku risau sebenarnya, takut nak exam overhead ni. Hurmmm.. takut nanti lampu jalan yang aku wiring tu tidak menyala. :(

Subjek Kawalan motor, aku harap aky tidak cuai. Semoga aku berjaya buat litar yang diberikan nanti Aku tak pasti sama ada litar Star Delta atau litar Auto Transformer yang akan masuk exam. Tak kisahlah litar mana pun asalkan wiring yang aku akan buat nanti berjaya. Litar tu hidup dengan jayanya. Semoga litar aku hidup dan berfungsi!

Subjek Papan Suis Utama (PSU). Subjek ni aku tak berapa berkeyakinan. Hurmmm.. bagi aku PSU satu subjek yang agak mencabar, susah! Nak ingat step by step tu macam... alamakkkk banyaknya step! Boleh ingat ke tidak ni!!! mataiii!!  PSU, aku perlu gigihkan lagi usaha. Nak faham dan ingat liar skematik untuk PSU. Lepas tu nak selenggara PSU. Nak buat setiap ujian pada PSU lagi. Rasa macam... uwarghhhh banyaknya yang perlu dibuat untuk PSU. Semoga aku dapat settlekan amali PSU dengan jayanya.

Bila memikirkan exam ST memang aku cuak, takut, debar, seram, gabra! Aku cuba dan aku berharap semoga aku dapat jawap paper teori , amali dan lisan dengan sehabis baik. Harap dalam exam nanti aku tak blankk. Aku harap pemeriksa untuk paper amali nanti jenis yang mudah nak kaumtim. Huhuuuu... harap pemeriksa tu nanti lepaskan kami semua.

Semoga Nor Ain dapat jawap peperiksaan dengan jayanya dan semoga Nor Ain berjaya, Aamin.






Tuesday, November 14, 2017

Petua Rawat Batu Karang



PETUA RAWAT BATU KARANG

Petua Merawat Batu Karang:-

Cari kelapa muda yang saiz kecil,lepas tu lada hitam 21 biji.Tumbuk biar halus-halus.

Dan masukkan dalam kelapa muda.Kacau lada hitam tu.

Minum air kelapa tu sampai habis dalam satu nafas.

Sebab tu kena cari kelapa yang saiz kecil.lnsyaAllah mudah bila nak buang air kecil dan insyaAllah batu tu akan keluar sekali...kalau saiznya kecil baru nak menjadi.

Sumber : Dr Hamid Arshat

Monday, November 13, 2017

Melihat Tapi Belum Pasti


Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...

Sunday, November 12, 2017

Allah Uji Tanda Dia Sayang


Allah uji tanda Dia sayang 

Kecantikan LELAKI
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :-

1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5. Lelaki yang baik sangka.
6. Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

Kegagahan WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah

Saturday, November 11, 2017

Muhasabah Diri Sebelum Kita Melihat Kesalahan Orang Lain


MUHASABAH DIRI

1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..


2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..


3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..


4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..


5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..


6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..


7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati..



Friday, November 10, 2017

Penyebab Kerosakan Buah Pinggang


BUAH PINGGANG ROSAK
*SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK*
.
11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang..
.
1• Kerap tahan kencing
2• Kurang minum air
3• Suka makan makanan masin
4• Suka minum minuman bergas.
5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6• Kerap makan daging merah dan Seafood
(Tinggi Uric Acid)
7• Kerap makan Pil Tahan Sakit
8• Merokok
9• Obesiti
10• Alkohol
11• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..
.
Buah Pinggang Kita. Amanah Allah..
.
Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri?

Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.
.
Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup.
.
Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt myebabkan penykit buah pinggang.
.
Subhanallah, setiap perintah & larangn Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.
.
Terapi air putih :
1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dpt mbersihkn organ2 dalaman.
2. Mnm seglas air,30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
3. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.
Sebarkan tips sihat ini sabagai nasihat yg bermanfaat

RUMUSANNYA.....

Kena rajin minum air kosong dan

Boleh juga amalkan kulit epal dan kayu manis ceylon

Epal dan kulit kayu manis ceylon dapat memperbaiki fungsi penapisan buah pinggang dengan tujuan untuk memihak kepada penghapusan toksin, sisa dan creatinine berlebihan.
Untuk ini kita akan menggunakan hirisan kulit epal, yang kaya dengan asid malic, cystine, dan arginina , bahan-bahan yang sangat baik untuk mencegah obesiti, masalah asid urik dan sakit berkaitan dengan buah pinggang.

Bahan-bahan
1 batang kayu manis ceylon
1 biji kulit buah epal .
1 gelas air (200 ml).
1 sudu besar madu

Cara - caranya
Pertama anda perlu membasuh kulit epal. Kemudian, rebus secawan air dan masukkan hirisan kulit epal dan kulit kayu manis ceylon.

Rebus selama 15 minit. Selepas itu, biarkan suam dan campurkan madu.
Amalkan minum air ini setiap pagi sebelum sarapan

Sumber : Info Sihat

Thursday, November 9, 2017

Kenapa Kita Sentiasa Gagal


Kenapa Kita GAGAL ?
☂Kenapa Diri Kita GAGAL?
______________________________

☂Kita Takut Menghadapi Risiko Setiap Benda Yang Kita Lakukan.

☂Kita Kurang Keyakinan Pada Diri Sendiri,Walaupun Sebenarnya Kita Mampu.

☂Kita Selalu Tangguh Kan Sesuatu Sehingga Peluang Didepan Mata Terbiar Begitu saja

☂Kita Tidak Berusaha Dan Tidak Bekerja Keras Sedangkan Kita Mampu melakukannya

☂Kita AbaiKan Peluang Yang Ada Dengan Pelbagai Alasan,Belum Berusaha Dah Bagi Banyak Alasan.

☂Kita Lebih Kepada Bercakap,Tapi Buat Tidak Pernah Sekali,Hanya Tahu Bercerita Tapi Hasil Tiada.

☂Takut Mengalami Kerugian Sedangkan Kita Tahu Mana² Perniagaan Sentiasa Ada Rugi Ada Untung.

☂Kita Kalau Boleh Nak Kaya Terus Tapi Usaha Taknak Buat,Padahal Kita Kena Bermula Dari Bawah Ke Atas,Bukan Dari Atas Ke Bawah.
Dari kosong sehingga berjaya..
Selalu Membuang Masa Begitu saja, Sedangkan Masa Itu Emas,Walaupun Seminit Ia Amat Bernilai.

☂Tidak Yakin Pada Diri dan tidak yakin Pada kemampuan sendiri,Ini Selalu Berlaku Pada diri Kita.

☂P/s : Ingat,kalau nak berjaya bukan semudah ABC yang kita boleh sebut begitu tanpa melihat,Tetapi lihat lah diri kita dan sekeliling kita tengok bagaimana orang lain berjaya? Kerana dia berusaha. Mereka tidak simpan 1 perkataan diatas ini sekali pun dalam diri mereka,Sebab mereka yakin atas usaha keras dia pasti peroleh kejayaan kelak.

☂Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.

☂Yang Selalu Beri Alasan Dia Adalah Orang Yang Gagal,
Yang Selalu Cepat Mengalah Dia Adalah Orang Yang Gagal,Yang Selalu Melihat Tanpa Berbuat Tindakan Dia Adalah Orang Yang Gagal....Sampai Bila Kita Nak Di Level Begini Sahaja?? Sampai Bila???? Semua Penuh Dengan ALASAN....Harap Semua Bangkit Dari Tidur, Bangkit Dari Kejatuhan...
Kita Sama² USAHA...InshaAllah Kelak Kita Jadi Orang Yang Berjaya...

Credit : Solusi

Cara Turunkan Suhu Badan Dengan Lemon


LEMON TURUNKAN SUHU BADAN

Lemon Untuk Turunkan Suhu Demam/batuk/kahak & selsema

Salah satu cara nak turunkan suhu badan dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Bahan-bahan:
1. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)
– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala

2)Rendam sarung kaki (stokin)
Selain itu, basahkan sarung kaki di dalam campuran air lemon sekejap. Angkat sarung kaki, perah seidikit. Pakaikan sarung kaki pada waktu malam.

3)HIRISAN LEMON
– hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal
– Spray kan kaki dan kepala dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

4)MANDIAN LEMON
1- Penuhkan dengan air suam
2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
4- Siap boleh mandikan .

Sesuai juga untuk anak2 dan bayi

Credit : Majalah Pama