Sebenarnya bukan menghilang cuma terkurang bagi perhatian di blog Candy Sour ni. Huhuuu.. aku ada je sini. Cuba lebih suka mengupdate di blog babyshambles berbanding sini. Kadang kala terfikir juga, kenapa aku macam tak berapa rajin berblogging disini. Kenapa lebihkan berblogging di blog sana. Entah.. takde jawapan untuk soalan itu.
Kalau dulu memang setiap hari aku akan bahagiakan masa untuk berblogging disini dan sana. Tapi kebelakangan ini masa aku agak terhad. Seperti yang korang ketahui, aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Peperiksaan yang akan menentukan ke mana hala tuju aku selepas ini. Peperiksaan yang akan menguji apa yang telah aku pelajari selama 3 tahun belajar. Eh, sebenarnya takde lah tiga tahun. Untuk semester satu, semester dua dan semester enam aku berada di iktbn Sepang manakala semester tiga, semester empat dan semester lima aku keluar untuk latihan industri. Hahaaa lama giler kan aku praktikal. Setahun setengah tu, aku rasa macam bekerja pulak. Best! sebab dapat pengalaman dan merasa pegang duit sendiri.
Berbalik pada peperiksaan, insyaAllah pada 4 Disember 2017 ini aku akan menghadapi peperiksaan dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk course yang aku belajar, Penjaga Jentera Elektrik A1. Debaran kian terasa. Kekaluatan sememangnya tidak terkata. Dalam masa yang terlalu singkat ini, banyak benda yang perlu aku selesaikan. Buku log.. itulah satu masalah yang tak pernah settle. Huhuuu... buku log bila nak siap entah! Exam dah dekat tapi buku log tak settle lagi. Giler !
Minggu lepas dan minggu ini, pengajar berebut nak buat kelas. Ada yang nak buat kelas untuk Motor Control, ada yang nak buat kelas untuk Programmable logic controller, ada yang nak buat kelas Papan Suis Utama, ada juga yang nak buat kelas untuk Voltan Rendah. Pening! Aku dan bebudak kelas naik semput nak bernafas.
Kesudahannya untuk subjek Programmable logic controller, terpaksa buat kelas malam. Malam tu jugak ada tugasan adan amali. Catat rekod, malam tu aku balik pukul 3pagi. Buat amali dengan mata yang barai, mengantuk. Aku balik pukul 3pagi, mereka yang angka giliran di belakang aku tak tahulah balik pukul berapa. Yang aku tahu, classmate aku yang last sekali balik jam 9pagi. Bayangkan kelas pukul 9malam tamat jam 9pagi keesokan harinya. Itu pengalaman untuk kami.
Untuk subjek overhead, kami bergantung pada cuaca. Kalau cuaca elok, tak hujan. Alhamdulillah. Bolehlah kami panjat tangga, settlekan street lighting dan juga wiring meter board. Tapi kalau hujan, kami terpaksa menggaru kepala. Dengan masa yang agak suntuk ni, kami sangat memerlukan latihan lagi dan lagi. Aku risau sebenarnya, takut nak exam overhead ni. Hurmmm.. takut nanti lampu jalan yang aku wiring tu tidak menyala. :(
Subjek Kawalan motor, aku harap aky tidak cuai. Semoga aku berjaya buat litar yang diberikan nanti Aku tak pasti sama ada litar Star Delta atau litar Auto Transformer yang akan masuk exam. Tak kisahlah litar mana pun asalkan wiring yang aku akan buat nanti berjaya. Litar tu hidup dengan jayanya. Semoga litar aku hidup dan berfungsi!
Subjek Papan Suis Utama (PSU). Subjek ni aku tak berapa berkeyakinan. Hurmmm.. bagi aku PSU satu subjek yang agak mencabar, susah! Nak ingat step by step tu macam... alamakkkk banyaknya step! Boleh ingat ke tidak ni!!! mataiii!! PSU, aku perlu gigihkan lagi usaha. Nak faham dan ingat liar skematik untuk PSU. Lepas tu nak selenggara PSU. Nak buat setiap ujian pada PSU lagi. Rasa macam... uwarghhhh banyaknya yang perlu dibuat untuk PSU. Semoga aku dapat settlekan amali PSU dengan jayanya.
Bila memikirkan exam ST memang aku cuak, takut, debar, seram, gabra! Aku cuba dan aku berharap semoga aku dapat jawap paper teori , amali dan lisan dengan sehabis baik. Harap dalam exam nanti aku tak blankk. Aku harap pemeriksa untuk paper amali nanti jenis yang mudah nak kaumtim. Huhuuuu... harap pemeriksa tu nanti lepaskan kami semua.
Semoga Nor Ain dapat jawap peperiksaan dengan jayanya dan semoga Nor Ain berjaya, Aamin.
No comments:
Post a Comment