Blog Cik Candy Sweet Sour berwajah baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Cik Candy masih diberi peluang dan ruang untuk menampakkan diri disini. Syukur, dengan limpahan kesihatan yang diberikanNya. Yehhh, Cik Candy masih segar dan sihat untuk meneruskan segala aktiviti seharian dalam hidup ni. *apa yang dimerepekkan ni weh?*

Sebenarnya entri ni diwujudkan bagi menyatakan rasa kepuashatian Cik Candy terhadap blog Cik Candy Sweet Sour ni. Setelah hampir dua hari membanting tulang akhirnya blog Cik Candy muncul dengan berwajah baru. Alhamdulillah, agak puas hati dengan perubahan muka baru ni.

Kenapa sebelum ni blog Cik Candy sering kali bertukar-tukar wajah?

Hihiii.. Kalau diikutkan Cik Candy ni bukanlah spesis yang TERrajin untuk mengedit blog. Tapi itulah.. kepuasan tu hak milik setiap insan. *macam tak ada kena mengena je*. Nak dijadikan cerita, sebenarnya Cik Candy rindukan blog yang berwajah mula-mula blog ni diwujudkan dulu. Hurmmm.. tapi itulah, puas dicari tapi tetap tak jumpa-jumpa jugak. Wajah blog terakhir haritu, sebelum Cik Candy bertukar ke wajah yang sekarang ni mungkin sedikit sama seperti wajah blog yang asal dulu tapi tetap tidak memuaskan hati Cik Candy. Bak kata pepatah 'yang kedua, ketika, keempat takkan sama dengan yang pertama'. Sedih T_T

Untuk wajah blog kali ni, Cik Candy cuba cuba menggunakan template denim. Sebenarnya Cik Candy pun tak berapa pasti apa perbezaan setiap template yang ada. Tapi itulah.. template denim ni macam tertarik dihati, itu yang cuba pakai. Hihiii nanti agak-agak kalau dah kebosanan tukar lagi ke Cik Candy oittt? Oichhh tidakkk! InsyaAllah, Cik Candy akan terus mantain menggunakan template ni kowt. Rasa macam best pulak.. Tapi itulah, ada sedikit sebanyak yang Cik Candy tak berapa pandai nak usik coding untuk template ni. Niat hati nak bercoding tapi bimbang nanti tersilap coding, terus hancur lebur blog ni. Kang tak pasal-pasal meleleh airmata, air hingus bagai menangisi nasib. Jadi, sebelum semua tu berlaku, better Cik Candy mencegahnya. Ye ke dok?

Dikesempatan ini, Cik Candy nak ucapkan berjutaan terima kasih kepada para blogger yang ada ciptakan tutorial untuk template denim. Ketahuilah si blogger, Cik Candy mungkin ada menggunakan tuto anda sebagai rujukan dalam proses mencantikkan lagi blog Cik Candy ni. Terima kasih kerana korang sudi berkongsi ilmu dengan blogger bilis macam CiIk Candy ni.

Nak dijadikan cerita, di awal waktu proses mengedit blog ni dilakukan, Cik Candy sedikit stress. Huhuuu, semua benda yang di edit tak menjadi. Sampai satu tahap Cik Candy rasa nak menyerah, mengalah aje lah! Tapi itulah, entah macam mana hati ni berdegil, nak usahakan juga. Alhamdulillah, Cik Candy berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Hihiii walaupun tak segah dan secantik blog orang lain kan. Tapi peduli apa aku! Yang penting, hasilnya 100% mengikut selera dan citarasa Cik Candy (=


"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu
 Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."









15 comments: