Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus

Assaamualaikum..

Sering kali kita dengar berkenaan gangguan makhluk halus. Kita tak mampu untuk melihatnya namun kita yakin akan kewujudannya. Gangguan makhluk halus ni ada dalam pelbagai cara dan bentuk yang kita sendiri tidak menyedarinya. Apapun kita boleh berusaha untuk mengelakkan diri dari terkena gangguan dari makhluk halus tersebut. Berikut adalah beberapa langkah dan cara yang Cik Candy ketahui. Langkah dan cara ini Cik Candy dapati daripada bapa saudara Cik Candy. Beliau postkan langkah dan cara ini dalam group whatsSap family untuk perkongsian kami bersama dan Cik Candy pula kongsi disini untuk perkongsian kita semua.


  • Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab port-port syaitan kebiasaannya di pintu-pintu.
  • lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran di rumah
  • Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah
  • Tutup tong sampah dan jangan biarkan sampah bertaburan seperti tulang dan sebagainya, sebab itu semua makanan jin.
  • Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
  • Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengan alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.
  • Kalau orang tidur mengigau sentuh atau kejutkan dia.
  • Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan, sewaktu tidur rambut perlulah letak dibawah kepala. (jangan lepaskan ke atas bantal)
  •  Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutp salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.
  • Elakkan duduk di pintu
  • Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.
  • Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semua dan masuk balik dengan bagi salam.
  • Selalu-selalulah baca surah Al-Baqarah.
  • Selalu alih-alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana dan kebersihan dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang menarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian & jin sukakan tempat kotor.gelap/busuk.

Take Note : Sekadar perkongsian kita bersama. Mana yang silap mintak dimaafkan dan mana yang elok, jadikan ikthbar dan pedoman kita bersama. Wassalam.

11 comments:

  1. nice info cc. tapi tak boleh nak share kat g+ hehe

    ReplyDelete
  2. eeerr letk rmbut atas bantal pun xleh ya? huhu dah jd tabit btw thanks cc bg info yg sgt berguna ^_^

    ReplyDelete
  3. Peringatan yang bagus. Thanks Cik Candy!

    ReplyDelete
  4. memang tak semua benda kita tahu...Bagus cik candy saling mengingatkan

    ReplyDelete
  5. Thnks beritahu.. Kdg2 kita tak tahu sapa yg dengki kan... Uuhuhu

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Cc atas perkongsian ini..

    ReplyDelete