Sunday, March 8, 2015

Indahnya sebuah persahabatan

Assalamualaikum..


Dedikasi khas ditujukan untuk Noor Faezah Binti Md Zahari.

Akak,
Tahnks sebab sentiasa ada dikala orang memerlukan. Thanks sebab sentiasa sudi menghulurkan tangan dikala orang terkapai-kapai. Thanks sebab selalu pinjamkan telinga, pinjamkan bahu dan sentiasa memberikan kata-kata semangat dikala orang hampir tersungkur. Orang hargai kedatangan akak dalam hidup orang. Bagi orang, akak dah seperti ahli keluarga sendiri. Thanks kak. Setiap kali orang datang ke Jengka, family akak layan orang dah seperti anak sendiri. Thanks pada mak dan abah sebab sentiasa berlapang dada menerima kunjungan dan kedatangan orang. Orang hargai sangat-sangat.

Akak,
Dalam kita tak sedar, tujuh tahun dah pun berlalu. Maknanya persahabatan kita telah pun terjalin selama tujuh tahun. Alhamdulillah, kita masih lagi bersahabat. Walaupun sering kali wujud kekangan masa dan jarak namun itu tidak membataskan kita. Kadang kala kita jarang berhubung, kadang kala kita langsung tidak bertanya khabar, namun jauh disudut hati rasa kerinduan itu tetap ada. Terima kasih kak, terima kasih sebab sanggup bersabar dengan setiap kerenah orang. Orang terharu dengan kesabaran dan perhatian akak untuk orang.

Akak,
Maaf, orang tak pandai nak bermadah pujangga. Orang tak pandai nak berpuitis. Orang pun tak pandai nak meluahkan semuanya secara berdepan. *malu dan segan*. Orang wujudkan entry ni kgas untuk akak. Orang tahu lambat laun, akak akan baca juga. Akak ingat ak lagi kisah kita tujuh tahun lalu? Kita sama-sama bergelar student. Kita sama-sama menghabiskan masa sebagai seorang belajar asrama. Huhuu.. kehidupan malam yang kita sendiri ciptakan. Serius, orang rindu saat-saat tu. Rindunya nak meronda malam dengan akak. Rindunya nak pergi ushar nyah bersama, rindu nak melepak dekat Taman Gelora, rindu nak pergi ke Alor Akar semata-mata untuk makan burger otai, rindu nak berjalan ke Pantai teluk Chempedak, rindu nak bergambar dekat Taman Bandar, rindu nak overnight dekat Benteng, rindu nak mencari ketenangan hati dekat Esplanet. Ya, orang terlalu rindukan kehidupan kita dekat Kuantan dulu.

Akak,
Kini hidup kita dah jauh berubah. Orang pun dah sambung study di Sepang. Akak pulak dah pun dapat kerja di Jengka dan tidak lama lagi akak akan bergelar tunangan orang. Maaf, untuk majlis pertunangan akak nanti orang tak dapat hadir. Orang harap kehadiran adik fatin dapat memeriahkan suasana. Huhuuu.. sedih dan terkilan bermukin dihati ni sebab tidak dapat bersama akak untuk meraikan satu hari bersejarah akak. Dari kejauhan, orang doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar, ya. Kini, ada kalanya kita seakan lupa akan kewujudan masing-masing. Kesibukan dengan hidup sendiri membuatkan masa untuk kita bersama seakan terbatas. Jarak diantara kita pun agak jauhkan sekarang. Orang harap walau sesibuk mana pun kita, walau jauh mana pun kita, persahabatan kita takkan terkubur. jauh disudut hati ni, orang sentiasa ingat dan rindukan akak.

Akak,
Orang mintak maaf seandainya dalam kita bersahabat, orang banyak menyakiti dan mengguris hati akak dalam sedar mahupun tidak. Orang nak akak tahu, orang bersyukur sangat sebab diberi akak kepada orang. Akaklah kawan, akaklah musuh, akaklah tempat orang bermanja dan akak jugalah tempat orang mengadu. Thanks sangat akak. Akak sentiasa saat orang susah dan senang. Orang doakan semoga persahabatan kita dirahmatiNya dan berpanjangan dengan izin dariNya. Okbye. Wassalam

Saya pun sayangkan awak sis. Muuuah sikit! (=


8 comments:

  1. Replies
    1. Indahnya persahabatan bila dibaja dengan kejujuran dan keikhlasan (=

      Delete
  2. you can have million friends but true friend hard to find...
    hargailah persahabatan...
    cik candy yang belah kiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beto..beto... kawan boleh dicari tapi sahabat hanya satu dalm sejuta.. (=
      Cik Candy yang pakai speky tu.

      Delete
  3. indahnya sebuah persahabatan.. kawan biar seribu.. tapi sahabat 1 dalam seribu.. :'( susah sgt nak dpt ..

    ReplyDelete
  4. Kawan waktu senang berlambak, kawan waktu susah tak ramai :')

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah tujuh tahun bersahabat,.semoga persahabatan dan ukhuwah yg terjalin akan kekal hingga ke syurga

    ReplyDelete
  6. kawan yang betul paham kita susah dicari kan

    ReplyDelete

Flickr