Assalamualaikum..
Selamat petang sayang. Petang ni Cik Candy terasa seperti rajin pulak. Rajin nak mengedit-edit blog nie. Rasanya dah lama kowt Cik Candy tak gatal tangan mengedit-edit. Tapi terfikir juga, apa yang nak diedit ye.
Bila ada masa terluang, Cik Candy suka terjah blog kawan-kawan yang lain. Cik Candy perhatikan blog diaorang bukan main lawa lagi. Meriah dengan bunga-bungaan dan corak-corakan. Perhhh pandai mereka menghias ye. Tergerak juga hati Cik Candy nak berhias untuk blog ni tapi rasa macam entahlah.
Sebenarnya Cik Candy sukakan sesuatu yang simpal. Cik candy selesa dengan sesuatu yang kelihatan simple dan kemas. Dalam erti kata lain cukuplah warna hitam dan putih. Tapi ada kalanya, Cik Candy terasa seperti nak meriahkan blog ni dengan kaler yang pelbagai. Heheheee meriah macam pelangi pun boleh.
Untuk petang ni, rasa kerajinan Cik Candy tiba-tiba muncul. Hehee rasa rajin memang dah lama ada tapi sering kali dispoilkan dengan line wifi yang lembab!. Arggghhh bila disebut tentang wifi memang mendidih jiwa Cik Candy. Geram dengan line yang tak berapa nak betul tu!
Cik Candy plan nak rombak dan update baru "My Blog List". Huhuuu nak hapuskan yang baru dan masukkan list yang baru. Menghapuskan yang lama tu bukan bermaksud buang terus, just tengok dan nilai balik. Boleh ke gitu? Hahaa, apa plah tak bolehkan. Blog ni Cik Candy yang punya so suka hati Cik andylah kan. Heheheee tade lah, gurau je. Tapi memang betul pun Cik candy nak melakukan baikpulih dan penambahan dalam "My blog List" tu. Cik Candy plan nak masukkan list blog yang sering berkunjung dan bertegur sapa diblog Cik Candy ni. Heheee aci tak?
Oklah plan tu dah ada so tunggulah masa yang sesuai untuk Cik candy bertindak ye. InsyaAllah kalau ada kerajinan dan kelapangan malam nanti Cik Candy akan lakukan. Kalau tak pun, maybe lepas raya cina nanti kowt. Apapun selamat berblogging sayang. Salam ukhwah ye. Muaaaah cikit! Okbye.
kehkeh...rombak jangan tak rombak .....nanti kan incik wifi buat hal terus hilang mood nak bertenet kan...:P
ReplyDeletehahaaa.. InsyaAllah nanti akan dirombak ye (=
Deletecantiklah blog cik candy ni.kita minat.simple n nice.xsarat2 hehehe
ReplyDeleteHuhuuu thanks @Kyla Pearlisha. Simple tersangat simple ni.
Deletebetul tu. kalau line tenet lembap. geram pula. huhu
ReplyDeletegeram tersangat geram @Busyra Bt Takiyudin . Kuikuiii Sebab tu Cik Candy lebih suka terjah blog malam-malam buta atau pun dipagi hari.
Deletenak join . hehee
ReplyDeleteHahaa ur blog dah pun disenaraikanlah @Mad Parihh. Thanks sbb rajin klikk klikk tabung kawin Cik Candy (=
DeleteHahaa ur blog dah pun disenaraikanlah @Mad Parihh. Thanks sbb rajin klikk klikk tabung kawin Cik Candy (=
Delete