Saturday, February 28, 2015

Gajet ke kawan lagi penting


Assalamualaikum..

Hai sayang, dah mandi ke belum? Ishhh tahulah cuti tapi janganlah sampai mandi pun malas. jangan jadi pemalas, please. Lebih-lebih lagi yang si gegurl tu. Huh! buruk bebenor peelnya. Bangun tidur, celik mata aje terus mengadap laptop (Cik Candy lettuw). Hahaa biasalah waktu cuti-cuti macam ginilah nak curi masa untuk bermalasan kan. Fullstop.

Nampak tajuk kat atas tu? Anda tahu apa itu gajet? Anda tahu apa itu kawan? Okay, Good! Sebenarnya petang ni, Cik Candy nak mengusik sedikit berkenaan dengan gajet dan kawan. Alkesahnya, malam tadi Cik Candy adalah ikut beberapa kawan Cik Candy pergi pasar malam. Plan asalnya, kami nak naik bus aje tapi sekali last minit plan bertukar. Maka naiklah kereta, sebijik kereta saga dimuatkan kami tujuh orang termasuk si memandu. Hohohoooo memang dah macam sardin yang duduk dibelakang tu. Tapi tak apa, yang penting dapat jimat tambang. Sepanjang perjalanan ke pasar malam, kami sibuk berselfie dalam kereta. Riuh rendah, gamat suasana dengan suara masing-masing. Ada yang tudung tak jadi, ada yang muncung ituk, ada yang pipi tembam dan sebagainya. Untuk seketika itu, telefon digunakan hanya untuk berselfie dan masing-masing beinteraksi diantara satu sama lain.

Tapi kemeriahan tu seakan sekejap saja. Keluar aje dari kereta, majoriti sibuk dengan telefon. Ada yang masej dengan pakwelah, ada yang sibuk berfacebooklah, ada yang bertwitterlah. Pokoknya memang telefon tak lengkang dari tanganlah. Suasana pun jadi sepi. Mulut senyap tak berbunyi, kaki melangkah, mata pulak sebelah pada skrin dan sebelah lagi pandang depan. Cik Candy pun naik menyampah! Diaorang yang beria-ia ajak aku pergi pasar malam, lepas tu masing-masing sibuk dengan telefon. Choiii!!!.

Sakit pulak hati ni. Bagi Cik candy, bila kita keluar dengan kawan-kawan rasanya gajet tu tak perlulah ditayang. Tak payahlah nak bergajet sepanjang masa. Kau sibut bergajet, kawan kau pun sibuk bergajet, masing-masing buat hal sendiri. Menyampak pulak rasa. Tapi kalau  buka sekejap-sekejap untuk cheak notification tak apalah kowt. Jenis Cik Candy, kalau keluar dengan kawan-kawan, tumpukan perhatian bersama kawan-kawan. Gajet tue tolak ketepi buat seketika. Luangkan masa yang sebetul-betulnya bersama kawan-kawan. Barulah best. Ini tidak, beria-ia diajaknya kita keluar, lepas tu sibuk nak mengadap telefon tu. Kebarangapakah ini!

Ya, betul. Memang tak salah kalau nak melayan kawan-kawan dalam gajet tu tapi janganlah sampai mengabaikan kawan-kawan disebelah. Mana lagi penting? Kawan dalam gajet ataupun kawan disebelah? Fikrlah sendiri! Okbye. Wassalam.






13 comments:

  1. Dua-dua penting tapi rasanya patut didahulukan kawan disebelah.

    ReplyDelete
  2. kena pandai2 la.. sekejap2.. ai pun kan, klu mmbr ajak keluar atau kita yg ajak keluar, means kita nak spend time ngan dia.. telefon letak tepi sat.. tgk kejap2 cukup.. ni ngadap tepon ja, bek tak yah keluar kan.. hehe

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya nak minta tolong review applikasi android ini boleh?

    Syarat kena install lepas itu review..
    Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.

    Link ada dibawah ini

    New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. selalu time kelua dgn sesapa pun mmg phone ketepikan dulu . nak selfiee baru amek phone . hehe

    ReplyDelete
  5. betulah sis .. sekarang ni gadget .. je tengah makan pon gadget je

    ReplyDelete
  6. trend zaman sekaranglah kononnyer.. hehe, hope Zue tak macam tu, Aminnn!! ^_^

    ReplyDelete
  7. mestilah sahabat terchenta lagi pentinggggg~!

    ReplyDelete
  8. samalah . menyampah gak dengan org asyik duk sibuk main tepon macam xde orang kat sebelah

    ReplyDelete
  9. iye tahu takpe.kadang-kadang geram jugak kalau kwn kat sebelah asyik main fon je padahal kita tgh berbual dgn dy.tapi nak buat mcm mana sebab kita pun kadang2 mcm tu jugak hahah.

    ReplyDelete
  10. msti lah gajet lbih penting. kahkah , jawapan mintak pelempang. sakit je hati ni bila mngenangkan handphone yg rosak

    ReplyDelete
  11. msti lah gajet lbih penting. kahkah , jawapan mintak pelempang. sakit je hati ni bila mngenangkan handphone yg rosak

    ReplyDelete
  12. Alamak, terasa -_- !
    Lepas ni, xmau buat mcm ni lg dgn kwn2. Kwn2 lg penting, huhu

    ReplyDelete
  13. kawan dekat sebelah laaaa. haha.. alang2 dah face to face.. kan

    ReplyDelete

Flickr