Dapat ke tidak balik Kg


Assalamualaikum..

Sedar tak sedar rupanya hampir sebulan lebih sudah Cik Candy menjadi warganegara Sepang. Cepatnya waktu berlalu. Terasa bagai baru semalam tamat Minggu Paradigma. Terasa baru semalam mengalami keletihan fizikal dan mentel akibat orentasi. Tak sangka padahal sebulan sudah pun berlalu. Sebulan yang Cik Candy lalui langsung tak terasa. Kenapa? Mungkin kerana rutian harian yang sama setiap hari disini kowt. Cik Candy rindu Terengganu. Oichhh rindunya! Makkkkk, nak balikk. Okay, kita tutup bab tu.

Sebenarnya untuk malam ni, Cik Candy nak meluahkan sedikit dilema yang dialami. Oichhhh over plak malam-malam ni kan!! Lantaklah. Peduli apa over ke tidak, yang pasti Cik Candy nak juga luahkan. Boleh?.
Mengikut pengiraan Cik Candy, minggu depan kita akan menyambut perayaan Tahun baru Cina. Jadinya kebanyakan sekolah dan institusi akan bercuti, termasuklah tempat Cik Candy belajar ni. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, Cik Candy pun tak tahu kami ni dapat balik kampung ke tidak. Eh, bukan kami semua tapi hanya budak-budak kelas Cik Candy dan para senior yang terlibat sahaja. Peninglah. Kami sudah pun diberi peringatan awal-awal supaya jangan beli tiket lagi.

Kenapa? Sebabnya pada sebelas haribulan nanti, kami diwajibkan mendaftar untuk menyertai askar wataniah. Pihak atasan mengeluarkan arahan bahawa kami, para pelajar DLC 02 diwajibkan mengikuti dan menurut serta dalam pendaftaran itu nanti. Oichhhh lemah sungguh lutut Cik Candy bila diingatkan balik arahan tu. Tapi kenapa hanya pelajar DLC 02 yang diwajibkan? Menurut pihak yang berkenaan, DLC 02 akan dilatih supaya dapat dijadikan contoh kepada para senior dan bakal junior akan datang. Kami akan diberi perhatian penuh dan diletakkan dibawah tanggungjawab lembaga disiplin dan juga badan-badan yang aktif. Makkk aikk, bunyinya macam menggerunkan. Huhuuu, itulah hakikatnya.  Bayangkan setiap pagi kami dilatih kawad. Kekadang terfikir juga di kepala, sejak bila pulak Cik Candy masuk tentera. Rasanya haritu daftar Chargeman A1 tapi kenapa ada subjek kawad dan kepimpinan. Oichhhhh, waktu mula-mula Cik Candy dengar berita ni, memanglah agak cuak, takut, blur, marah dan bla bla blaaa. Tapi bila difikirkan balik, ini untuk kebaikan kami semua. Lagipun segala apa yang dikenakan semuanya ada imbuhan untuk kami. Bukan free.

Apa kena mengena semua ni dengan dapat ke tidak balik kg? Menurut pihak atasan pada sebelah haribulan nanti, setelah pendaftaran barulah diputuskan sama ada kami dapat balik kampung ke tidak. Katanya kemungkinan kami akan menyertai kem wataniah selama tiga bulan dan tarikh keberangkatan kami masih lagi tidah dipastikan. Ini bermakna kami terpaksa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Bagi Cik Candy, mamanglah teringin sangat nak balik. Nak jumpa family tersayang tapi seandainya tak dibenarkan balik maka terpaksalah terima.

Apapun Cik Candy mengharapkan yang terbaik diantara yang baik. Jauh di sudut hati ni, nak sangat balik kg. Nak jumpa family. Rindu dekat family. Huhuuu tak puaslah tiap malam gayut dengan mak.

4 comments:

  1. hmmm siannya awak. nak tanya ni. awak jadi askar wataniah? kat pahang ke?

    abg saya tentera jugak. kat UPNM :D

    be strong okayhhh! takmo sedih sedih. Allah knows the best for you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @sayidah napisah.
      Huhuuuu wataniah kat Sepang ni jep..
      Doa-doakan yang terbaik untuk kami, pelajar DLC 02 ye (=

      Delete
  2. Salam. Hee seronoknya jadi warga Sepang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuu Tak tahulah bahagian mana yang seronok tu @tiga lalat oittt.. Cik Candy ak sempat lagi nak jelajah Sepang ni. (=

      Delete