10 KUNCI AGAR HATI & JIWA KITA TETAP TENANG

*10 KUNCI AGAR HATI & JIWA KITA TETAP TENANG*


Setidaknya ada 10 kunci agar hati kita tetap senang dan jiwa kita tetap tenang, iaitu :_

*1. TIDAK MEMBENCI*
Jangan sekali-kali membenci seseorang walaupun dia berbuat kesalahan kepadamu.

*2. TIDAK MERENGUT*
Jangan berkeluh kesah, sebaliknya perbanyaklah berdo'a kepada Alloh Azza Wa Jalla.

*3. HIDUP SEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi & harta melimpah.

*4. BERPRASANGKA BAIK*
Sentiasa berfikir positif meskipun kerap ditimpa musibah.

*5. SELALU TERSENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

*6. SELALU MEMBERI*
Gemar memberi sedekah walaupun lagi susah.

*7. BERDO'A TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus mendo'akan kebaikan untuk saudaranya tanpa pengetahuannya.

*8. TIDAK DENGKI & IRI HATI*
Jangan iri & dengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdo'alah semoga anda juga berjaya seperti dia, jika anda dengki dengan mengaibkan dia.. ingatlah bahwa segala amal baik anda pasti hangus.. kerana Allah tidak terima amal kebajikan orang yang hasad, iri dan dengki.

*9. MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa malas dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan

*10. HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang berbeza pendapat sebagai lawan, namun dia pun kawan anda..

No comments:

Post a Comment