Indahnya dunia aku berbanding dia barangkali

Assalamualaikum..

Cik Candy berentri malam nie sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Maaf andai ada yang terasa, tapi inilah yang Cik Candy rasa. Dalam tengah tak ada mood nie, semua benda yang dibuat rasa macam tak kena. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Ishhhh macam nak mengamuk pun ada. Sabarlah duhai hati. Jangan disebabkan orang lain, orang lain pula yang jadi mangsanya.

Malam nie, Cik Candy menarik muka ketat. Malas nak bercakap banyak. Sakit hati dengan keadaan sekeliling. Terasa hati dengan kehidupan disekitar. Serius penat dengan semua nie. Sampai bila perlu memendam rasa? Sampai bila harus berdiam diri. Ingin diluah tapi bimbang ada hati yang akan terluka. Ingin berterus terang namun bimbang akan berpanjangan. Aku tak suka bergaduh tapi aku suka cari gaduh! Oichhh...

Apa salah aku? Apa yang orang tak puas hati sangat dengan life aku? Pernah ke aku ganggu life mereka? Pernah ke aku usik kehidupan mereka? Takk!! Rasanya aku tak pernah ambil port dengan orang sekeliling. Aku bahagia hidup dengan dunia aku. Biarpun hanya dalam bilik aku sendirian. Aku tak kisah. Aku selesa tinggal seorang diri tanpa rakan sebilik. Apa guna ada rakan sebilik kalau tak sekepala. Apa guna ada rakan sebilik kalau selalu tarik muka. Apa guna rakan sebilik kalau masing-masing mengumpat di belakang.

Kenapa perlu mereka kacau life aku? Apa yang aku buat tak kena? Pelik! Kenapa ada yang tak puas hati dengan rutin harian aku. Salah ke kalau aku aturkan life aku sendiri! Arghhhhhhh.. serius stress dengan manusia yang suka jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri koyak, carik terbelah. Salah ke kalau setiap pagi aku pergi kelas. Balik kelas, aku berkurung dalam bilik. Rasanya lebih berfaedah aku lepak dalam bilk sendiri daripada aku memanjang bertepek tayang muka di bilik kawan.

Life aku, aku yang tentukan. Lagipun dalam bilik ni banyak benda yang aku boleh buat. Settlekan tugasan, layan lagu, mengadap laptop, baca novel, kemas bilik, layan perasaan, layan jiwa, bla.. bla.. bla.. dan tidur. Jadi, untuk apa aku pergi melepak bilik orang lain. Sosial? maaf sosial aku hanya bersama geng-geng satu kepala. Bukannya member-menber gegurl yang muka bertalam-talam. Depan aku kau puji belakang aku kau keji. Cukup sekali aku terkena. Aku serik! Aku belajar dari pengalaman lalu. 

Dengki dengan aku? Hahaaa, agak lawak gila terbabas bila gosip nie sampai ke cuping telinga aku. Tak sangka, tak habis lagi isu jelousnya. Tolonglah faham walaupun kau bebal susah nak faham! Kau peduli apa aku rapat dengan bebudak kelas aku. Suka hati akulah. Dyorang bukannya pakwe kau pun. Dah nama pun bebudak kelas, mestilah rapat, takkan nak bermusuh bagai pulak. Kau sibuk sangat apahal? Pergilah berbaik dengan bebudak kelas kau tu. Gila!! Aku sorang aje gegurl dalam kelas, so untuk apa aku bersikap sombong. Padahal nanti kalau ada apa-apa hal, aku perlu mintak tolong dyorang jugak. Penatlah aku melayan gosip murahan.

Orang kata, bila seseornag tu bercakap tentang kita di belaknag kita, itu bermakna hidup kita lebih menarik daripada hidup dia. Untuk malam nie, aku setuju dengan kata-kata tu. Mungkin life aku lebih menarik dari life kau, sebab tu kau menyibuk nak ambil port tentang life aku. Hurmmm.. sepatutnya aku yang perlu jelous dengan life kau. Rasanya kau lebih menarik dari aku dan life kau lagi meriah dari aku. Tapi entahlah.. Aku malas nak menyemakkan kepala nie. Bila mana aku mampu bertahan, aku akan bertahan. Bila tak mampu, aku akan luahkan di blog. Tapi nanti, bila aku dah tak berdaya, aku akan buat perhitungan dengan kau. *agak-agak kau seram tak*

Aku bahagia dengan life aku sekarang. Tolong jangan ganggu hidup aku. Biarkan aku dengan dunia aku. Dunia student, dunia blogger, dunia kawan-kawan, dunia sendiri, dunia khayalan dan segala macam dunia yang aku ciptakan sendiri. Aku tak perlukan dunia permusuhan dalam hidup aku. Selagi boleh mengelak, aku akan elakkan. Aku belajar menyerlahkan keayuan dan menghilangkan kekasaran. Jadi jangan biarkan kekasaran aku kembali wujud. 

Take Note : Entri ni tercipta tatkala Cik Candy dalam keadaan bad mood. Apa yang tertulis adalah apa yang terlintas dihati dan fikiran tika dan saat itu. Malas nak fikir panjang, malas nak bertapis-tapis, so tulis dan terus tulis aje lah sekadar untuk meredakan amarah dihati dan rasa terkilan di jiwa. Wassalam

Jangan usik emosi aku, jangan kacau ketenangan hati aku

5 comments:

  1. manusia memang xkan puas untk mengata. hakikat xleh elak. satu je cara aina, bt dontknow, bolayan. klau x memng bt sakit hati je...

    ReplyDelete
  2. nak cari orang yg sekepala memang ssh. bila da jmp, pasti akan berpisah suatu hr nnt...

    ReplyDelete
  3. mimin pun setuju yg aina ckp tuu, jgn amik peduli org ckp. dia semua x suka tgok kita maju di hadapan

    ReplyDelete
  4. kalau nak berjaya dalam hidup,anggap ini sebagai cabaran..seperti angin,singgah sekejap lepas tue pergi..let it go..let it go.

    ReplyDelete
  5. buat je apa yang kita suka . hiraukan orang lain

    ReplyDelete