Dia memang nampak sempurna dari semua segi. Dikurniakan wajah yang 
jelita, otak yang cerdas dan dilahirkan dalam keluarga yang berada. 
Sesiapa saja akan mencemburui nasib Azalea. Tutur kata yang lemah lembut
 dan tingkah laku yang sopan amat disenangi setiap orang. Azalea memang 
disenangi, ramah dan tidak sombong dengan kelebihan yang dia miliki.
Gadis
 itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup 
gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu 
saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap 
penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. 
Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. 
Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak 
bijak, biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis 
keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus 
hidup.
Dia takut sekali untuk memejamkan mata, takut 
lenanya tanpa jaga. Derita yang ditanggung amat menyakitkan. Ada kala 
dalam gelak air matanya mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba 
lintasan ajal dan dia dijemput menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan 
pesan kepada insan-insan tersayang.
Saat-saat yang dilalui
 seakan tiada makna. Dia betul-betul rasa buntu denganarah hidupnya. Di 
kampus dia menjalani hidup seperti kebiasaan. Dia seorang pelajar yang 
baik. Dia memang hebat di mata pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan. 
Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis itu terlalu sempurna. Dia harus 
mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang apabila nama gadis itu 
sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap perkara. Ada dendam 
yang harus dilangsaikan.
Azalea sendiri tidak mengerti 
dengan lelaki itu. apa yang dia buat serba tak kena di mata Amri. Dia 
tidak kenal sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang sekali melihat 
wajah tenang jejaka itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu sering 
mahu berdebat dengannya. Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah lelaki
 itu tetap tenang, walaupun kata-kata berbisa yang keluar dari mulut 
itu. Namun dia tahu lelaki itu baik kerana kawan-kawan tidak pernah 
berkata buruk tentang lelaki itu.
Amri mendapat idea untuk
 mendekatkan diri pada Azalea. Melalui risikannya daripada beberapa 
teman gadis itu, gadis itu mudah bersimpati. Dia harus mengambil peluang
 itu. Gadis itu harus menebus kesalahan ayahnya. Ayah gadis itu telah 
membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu telah menyebabkan ibu bapanya 
terlibat dalam kemalangan maut.
" Assammualaikum.... Lama 
dah kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?" Amri memberanikan diri 
menyapa gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi memanjangkan bicara. Dia 
perasan kekagetan wajah itu.
" Tak sudi ke?" Tanya Amri. Azalena terpana.
" Eh! Waalaikummussalam... hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea separuh sedar. Tidak menyangka lelaki itu akan menyapanya.
"Hmmm...saya
 cakap. Kita dah lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh kita 
berbual sekejab? Sebagai kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa. 
Azalea tersenyum, dia membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan 
senyuman itu. Betul kata kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. 
Dia cuba menghalau perasaan asing yang cuba menular. Dia mengingatkan 
diri tentang dendamnya.
" Oh....apa salahnya. Saya 
ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea berterus terang. Amri 
sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya. Gadis manis 
bertudung putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah berusaha
 untuk membenci, tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu 
hinggap di hatinya. Yang ada hanyalah perasaan kurang senang dan dendam 
terhadap bapa Azalea.
" Awak ingat saya tak suka awak ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.
"
 Hmm...memang saya fikir macam tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. 
Saya minta maaf andai awak terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan 
pandangan disekitar kantin itu. Rohani kawan rapatnya belum jugak 
muncul.
" Tak adalah.... Bukan saya tak suka. Tapi saya 
suka dengar awak membalas setiap patah perkara yang kita debatkan. 
Walaupun berdebat, suara awak tetap lembut. Saya suka dengar awak 
bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan sedikit rahsia hatinya. Dia tidak 
dapat menafikan yang dia suka mendengar suara gadis itu, lembut dan 
bersopan. Wajah Azalea merah.
" Boleh kita jadi kawan?" Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat membalas dendamnya tersasar.
" Boleh..... Panggil saya Alea." Balas Azalea ramah.
"
 Saya... Amri, awak boleh panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am 
pun boleh." Amri cuba bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi 
tergamam, manis dan cantik sekali.
" Tak sangka awak ni suka bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran lelaki itu.
"
 Banyak yang awak tak tau tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. 
Mana tau lepas kenal saya awak jatuh cinta. Ops..." Amri menutup 
mulutnya. Azalea tergelak lagi.
" Tak semudah itu saya 
jatuh cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar membalas usikan 
Amri. Bukan dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak mampu membalas
 cinta itu kerana hatinya makin lemah.
" Apa? Awak ada 
kanser? Cakap betul-betul Am, jangan main-main." Azalea terkejut 
mendengar berita yang disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak 
menerima semua itu menimpa sahabat baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri 
menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih ligat berdebat, tapi tutur kata 
tetap dijaga.
" Betul Alea. Dah lama dah saya sakit." 
Bohong Amri. Azalea sayu melihat wajah Amri, rupa-rupanya bukan aku 
seorang aje yang menunggu kematian. Dia pun, dia memang seorang yang 
tabah. Hanya aku yang seakan mengalah dengan penyakit ini.
"
 Saya tak sangka...awak pun ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri 
menyembunyikan senyuman, dia berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat
 melihat air mata berlinang di tebing kelopak mata gadis itu.
"
 Saya pun tak sangka pada mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa
 dunia saya dah musnah. Saya sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan 
saya? Seorang yang sedang menunggu kematian yang entah tiba-tiba akan 
datang."Bohong Amri lagi. Azalea mengesat air matanya. Wajah itu ditatap
 penuh ikhlas.
" Saya akan tetap di sisi awak, walau macam
 mana pun keadaan awak. Kita sama-sama habiskan sisa hidup yang ada 
dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea melafazkan kata-kata. Amri agak 
keliru dengan ayat terakhir Azalea. Sisa hidup?Tapi dia malas hendak 
berfikir panjang. Apa yang dia tahu dia gembira apabila Azalea 
betul-betul percaya kepadanya.
Azalea menghantar langkah 
Amri dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan dimata itu. Kita 
sama-sama menunggu kematian Am. Kita sama-sama akan habiskan sisa hidup 
bersama. Bisik hati Azalea.
" Kenapa ni nak? Alea sakit ke
 sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan Azalea. Bawah mata sembab 
anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-tanya. Dia memegang bahu 
anaknya lembut. Azalea memeluk tubuh kurus ibunya.
" 
Mak....dia pun macam Alea. Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia 
pun sakit..." sedu Azalea di bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia 
hanya membiarkan anaknya meluahkan dulu apa yang disimpan. Sambil itu 
tangannya mengusap belakang anaknya dengan penuh sifat keibuan.
"
 Alea ingat... Alea je yang paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang 
lain jugak yang menderita. Tapi dia sungguh tabah. Dia tak pernah nampak
 patah semangat macam Alea. Alea nak jadi macam dia." Tangis Azalea. 
Datin Naini menarik tangan anaknya lembut ke sofa. Mereka melabuhkan 
punggung di situ. Dia mengusap lembut kepala anaknya di pangkuan. Dia 
ingin tahu siapa gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin 
mengucapkan terima kasih pada insan itu.
" Siapa tu nak?" Tanya Datin Naini sebak.
"
 Am mak... kawan Alea yang Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak 
putus asa. Dia tabah." Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.
"
 Janganlah menangis sayang... mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap 
Datin Naini. Azalea angguk perlahan, dia masih berbaring manja di 
pangkuan ibunya. Dia memang manja, biarpun nampak serius, namun keletah 
manjanya hanya tika dia bersama dengan keluarga kesayangan.
"
 Awak...awak dah makan ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh 
ke arah suara lembut itu. Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. 
Bibirnya kaku untuk bersuara, entah mengapa dadanya berdebar semacam.
"
 Kenapa awak ni?" Tanya Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi 
Amri. Amri diam, dia dapat menghidu wangian yang sering digunakan gadis 
itu walaupun jarak mereka agak jauh di kerusi panjang itu.
" Am..." panggil Azalea. Amri tersentak lagi.
"
 Awak... apa awak Tanya tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya 
tadi. Wajahnya hangat apabila mendengar gelak halus di sisinya. Dia 
teruja lagi melihat tawa itu, gigi gadis itu tersusun kemas nampak indah
 bila ketawa.
" Awak berangan ya..." usik Azalea.
" Mana ada..." nafi Amri.
" Eleh...bohong...tadi tu apa? Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin mengusik lagi.
" Tadi tu saya berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri ikut sama gelak.
" Awak ni ada-ada je.. saya tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea prihatin. Amri mengelabah.
"
 Dah...dah..sebelum ke sini tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun 
menyedari menipu itu berdosa, tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak. 
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
"
 Hmmm...baguslah macam tu. Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea. 
Dia menyatu jari jemarinya. Memang mereka selalu menghabiskan masa 
disitu, di taman bersebelahan dengan perumahan keluarga Azalea. Adik 
bongsu Azalea sentiasa menemani mereka, Azirul yang berusia 10 tahun 
sedang leka bermain buaian.
" Kawan je?" Tanya Amri berani. Giliran Azalea tersentak.
" Apa maksud awak?" Tanya Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia hatinya turut diketahui.
" Awak tak pernah ke..sayang kat saya?" Tanya Amri.
"
 Sayang....saya sayangkan awak sebagai kawan saya." Balas Azalea 
berpura-pura tenang. Amri tidak putus asa, misinya mesti berjaya.
"
 Saya nak kahwin dengan awak Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya 
cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya." Luah Amri berani. Azalea
 tergamam. Dia terdiam.
" Alea....bagilah jawapan. Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.
"
 Tak boleh Am.. kita tak boleh kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat 
dia berbahagia nanti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki 
itu.
" Kenapa tak boleh? Kenapa? Kerana saya dah nak mati?
 Sebab itu awak tak nak pertaruhkan hidup dengan orang yang berpenyakit 
macam saya?" tegas Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih membisu. Bukan 
begitu Am, hatiku memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga makin 
lemah untuk menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu 
perasaannya melainkan yang Maha Esa.
" Tak payah cakap 
apa-apapun saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak hidup dengan orang
 yang dah nak mati macam saya." Amri melangkah ingin pergi dari situ. 
Azalea terpana, pantas tangannya mencapai lengan Amri. Nasib baik Amri 
menggunakan baju lengan panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling 
memandang Azalea. Dia terkejut melihat wajah itu sudah basah dengan air 
mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata itu, tapi dia sedar 
batasan mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya. Azalea turut 
melepaskan pergelangan tangan Amri.
" Am... awak tak 
faham. Saya pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya tak kuat Am.. 
saya sayang awak. Tapi... keadaan tidak membenarkan saya menyempurnakan 
kehendak awak dan saya sendiri. Lagipun kita masih belajar. Am...maafkan
 saya." Ucap Azalea pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri tergamam di 
situ, dia hanya memandang Azalea melangkah pergi sambil berpegangan 
tangan dengan Azirul. 'Gadis yang menunggu kematian?' apa maksud dia?
Amri
 terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu Azalea memberitahu 
ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan wanita itu. Seperti yang 
dipersetujui mereka bertemu di restoran Rasa Sedap. Dari jauh dia 
melihat wanita yang berusia separuh abad sambil ditemani Azirul, adik 
Azalea.
" Assalammualaikum mak cik..." sapa Amri.
"
 Waalaikummussalam.... Duduk Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum 
ramah. Amri melabuhkan punggung sambil menundukkan sedikit kepala 
sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air tembikai, dia tidak 
berselera untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan ibu Azalea itu
 menemuinya.
" Begini Am... Mak cik dapat tau Am dah 
melamar Alea untuk jadi isteri. Betulke? Am serius?" Tanya Datin Naini. 
Amri telan air liur." Betul mak cik. Saya memang nak dia jadi isteri 
saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang dia mak cik. Berilah 
saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini mengangguk-anggukkan
 kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri sudah sampai, Amri 
meneguk air beberapa kali. Terasa kering tekaknya.
" Tahu kenapa Alea menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan kepala.
"
 Am... makcik memang tak halang kalau korang nak kahwin. Family kami 
okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun 
macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam semangat Am untuk 
teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am telah 
pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata 
Datin Naini. Alea sakit? Sakit apa?
" Apa maksud mak cik?" Tanya Amri dengan debaran.
"
 Dia dah lama menghidap barah hati Am. Mak cik tau, memang dia tak 
pernah cakap kat kawan-kawan dia sebab dia tak nak orang susah hati. 
Tapi mak cik harap Am pun sudi terima dia." Amri tersandar di kerusi 
mendengar kenyataan itu. 'kita sama-sama habiskan sisa hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu kematian'. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah sangat.
"
 Am tak tau mak cik... tapi... izinkan saya ambik dia sebagai isteri 
saya." Kali ini Amri benar-benar bertekad. Dia ikhlas untuk 
memperisterikan gadis itu, bukan untuk melunaskan dendamnya.
" Mak cik sentiasa merestui Am. Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia ingin anaknya bahagia.
"
 Tapi....ada perkara saya nak terus terang kat mak cik. Saya harap 
makcik maafkan saya. Tentang perasaan saya terhadap Alea, saya tak tipu,
 saya memang cintakan dia." Amri ingin berterus terang. Datin Naini 
angguk. Amri menceritakan segalanya. Bermula dari rancangannya pada 
mulanya hendak membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan akhirnya
 jatuh cinta. Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea 
sebelum Datin Naini benar-benar yakin.
......................................................................................
"
 Saya cintakan awak.... banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai 
bersama isteri kesayangan di koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka 
bergelar suami isteri, dan 3 hari yang lalu mereka sampai di situ untuk 
berbulan madu.
" Saya cintakan diri saya sendiri..." 
terbeliak mata Amri mendengar kata-kata isterinya. Dia memasamkan wajah 
melihat wajah nakal isterinya mengusik. Pantas dia menyambar tubuh 
isterinya. Azalea terjerit.
" Lepaslah...." Azalea 
menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya yang kemas 
dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya membiarkan 
tangan itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya 
dibelakangnya.
" Alea cintakan abang tak?" Tanya Amri 
manja. Dia membelai rambut Azalea, sudah lama dia mengangankan untuk 
membelai rambut itu, akhirnya setelah menjadi suami isteri dia dapat 
jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak berbuat begitu, hanya 
dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan rambut itu dilihat 
lelaki bukan halal.
" Alea....cintakan diri sendiri aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan mulut.
"
 Malam ni abang tinggalkan Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena 
gigit hantu." Usik Amri. Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja 
dibahu suami tercinta. Dia mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan 
tingkahmanja Azalea. Bukan dibuat-buat, tapi spontan. Dia sendiri pun 
tidak menyangka gadis yang nampak serius seorang yang manja.
" Perlu ke Alea nak ucap yang Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian dari diri Alea, jadi... Alea
 cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea cintakan abang 
kerana cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan abang kerana 
ketaqwaan abang terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta kita 
terhadap Allah melebihi cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.
"
 Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya 
tersenyum sambil mengucup tangan suaminya. Amri insaf mendengar 
kata-kata isterinya. Dia begitu bersyukur bertemu jodoh dengan Azalea. 
Dia masih ingat betapa payah dia hendak meyakinkan Azalea menerimanya 
dulu. Dia masih ingat esak tangis gadis memberitahu yang dia gadis yang 
menunggu kematian.
" Abang... Alea rasa tak sihat..." adu 
Azalea selepas mereka solat subuh berjemaah pagi itu. Amri pantas meraba
 dahi isterinya. Dia risau apabila merasa kehangatan di situ.
" Alea dah makan ubat?" Tanya Amri.
" Dah..." balas Azalea. Amri menarik tangan isterinya lembut dan membaringkan tubuh itu ke tilam.
" Meh sini abang picit ye.... Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri memicit lembut dahi isteri tercinta.
" Kita kan ada kuliah nanti." Balas Azalea.
"
 Alah....kita ponteng sekali ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta
 MC dari doctor." Ucap Amri, jemarinya masih memicit lembut dahi itu. 
Lagipun hanya tinggal sebulan lagi mereka menjadi pelajar.
"
 Alea je yang dapat MC tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. 
Azalea memejamkan mata mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.
Selepas
 menjalankan pemeriksaan Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja 
doctor. Doctor Nur tersenyum pada pasangan suami isteri muda itu. Dia 
membelek kertas di tangannya
" Tahniah... you berdua bakal
 jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan tangan pada Azalea. 
Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di sebelah bagaikan 
hendak menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.
" Berapa bulan doctor?" Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.
"
 Baru masuk lapan minggu. Hmm...jaga wife you baik-baik 
tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik jugak." Pesan doctor Nur.
 Azalea hanya terdiam.
Azalea hanya membisu sejak dari tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri perasan perubahan isterinya.
"
 Kenapa ni sayang? Alea tak bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah 
dan ibu?" Tanya Amri sebaik mereka keluar dari bilik doctor Nur.
"
 Abang...abang tak ingat ke keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup 
lama bang....macam mana dengan anak kita nanti? Mereka akan kehilangan 
kita. Ataupun...Alea akan pergi sebelum sempat melahirkan baby ni.." 
luah Azalea. Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Ibu sayangkan 
baby... maafkan ibu...
Amri memeluk isterinya. Dia mengerti kenapa isterinya begitu.
"
 Alea kena ingat... Allah yang menentukan segalanya. Allah memang nak 
bagi baby ni untuk kita sebagai bukti cinta kita." Pujuk Amri. Azalea 
hanya angguk.
" Kita berserah pada Allah...kita jangan 
terlalu cepat berputus asa. Alea kena jaga diri dan baby tau. Terima 
kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang cintakan Alea." Ucap 
Amri.
" I love you too."
" I love you three.." balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.
"
 Syukurlah.... Alea nampak sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia 
melihat anaknya yang sedang sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. 
Mereka bergambar kenang-kenangan bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk
 jugak Amri dan Azalea di usik teman-teman yang nakal.
Datin Naini memimpin tangan Azalea duduk di bangku panjang. Amri mengambil gambar isterinya berkali-kali.
"
 Mak...jaga anak Alea nanti ye... kalau Alea tak sempat tengok dia 
besar. Mak kena tolong abang Am jagakan anak kami. Mak bawakan dia lawat
 Alea nanti. Mak kena janji ya... mak kena cakap kat anak kami, yang 
Alea sangat sayangkan mereka." Datin Naini terpana mendengar permintaan 
anaknya. Dia menangis memeluk anaknya.
" Jangan cakap 
macam tu nak... kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk Azrul dan 
Amri yang memandang kelakuan dua beranak itu menahan sebak.Tiada lagi 
dendam Amri terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya Datuk Azrul telah 
menebus kesalahan dengan menanggung segala perbelanjaannya dulu. Dia pun
 baru tahu setelah mak usunya menceritakan hal sebenar. Lagipun menurut 
makusunya, kemalangan itu memang tidak disengajakan.
" 
Cakap kat abang Am... kalau anak-anak ni kembar perempuan namakan dia 
Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan 
Arief Ammar." Pesan Azalea lagi. Datin Naini gagal bersuara kerana 
menahan tangis. Datuk Azrul dan Amri menghampiri mereka.
" Kenapa ni?" Tanya Datuk Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.
" Tak ada apa-apa abah...." Balas Azalea.
Amri
 menghampiri katil yang menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi 
pandang dengan rasa cinta yang tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup 
penuh kasih sayang. Ibu kepada sepasang anak kembarnya itu masih nampak 
cantik walaupun terlantar di situ.
" Abang..... Arief dengan Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil, dahi itu dikucup lama.
" Mereka kat dalam bilik baby. Terima kasih sayang...anak-anak kita comel.Muka sebijik macam ibu mereka." Amri tersenyum manis.
"
 Abang.... Alea nak tengok Arief dengan Balqis... boleh abang bawa 
kesini?" pohon Azalea penuh berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke 
bilik bayi. Dia kembali ke situ bersama ibu bapa Azalea yang mendukung 
anak-anaknya. Amri membantu Azalea duduk dan menyandarkan tubuh 
isterinya ke dadanya. Mereka menyambut anak-anak mereka dari ibu bapa 
Azalea.
" Anak ibu...." Bisik Azalea pada dua bayi di 
depannya. Balqis dipangkuannya dan Arief di pangkuan suaminya. Datuk 
Azrul dan Datin Naini meninggalkan pasangan itu. Azalea tertawa melihat 
wajah comel anak-anaknya. Selepas itu Arief pulak beralih ke 
pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah Arief dan Balqis 
dicium bertalu-talu tanpa jemu.
" Abang jaga anak kita 
tau. Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita membesar. Alea tau mereka 
selamat di sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari suri lain untuk ganti 
Alea pun, Alea tak kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu nak jaga abang 
dengan anak-anak." pesan Azalea. Amri sebak.
" Alea..abang ada rahsia nak cakap. Abang sebenarnya..tak"
" Tak sakit kan?" teka Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?
" Macam mana... Alea.. tau?"
" Alea tak pernah tengok abang makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas Azalea.
"
 Maafkan abang sayang. Abang terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang 
nak berterus terang, tapi abang takut Alea tak terima abang. Mak pun tak
 bagi abang cakap kat Alea." Pohon Amri. Ubun-ubun isterinya dikucup.
"
 Alea tak kisah bang. Alea tak salahkan abang. Abang telah bahagiakan 
Alea sepanjang kita jadi suami isteri. Abang kena janji akan jaga anak 
kita baik-baik tau. Alea cintakan abang..." ucap Azalea. Air mata Amri 
mengalir.
..........................................................................................
"
 Ayah...." Amri tersentak mendengar suara anak gadisnya memanggilnya. 
Selepas itu dia terasa tubuhnya dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. 
Kemudian gadis yang seiras arwah isterinya memeluknya.
" 
Ayah....jom kita balik. Esok kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak 
suara garau anak terunanya. Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke
 kereta. Amri menoleh ke pusara arwah isterinya. Selamat tinggal 
sayang.... semoga Alea ditempatkan di kalangan muslimin muslimah yang 
soleh. Kau lah isteriku yang solehah. Tak jemu melayan kerenah suamimu 
ini dan sudi melahirkan zuariat suamimu ini.
Amri duduk di
 tempat bersebelahan pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia 23tahun 
memandu, Alia Balqis duduk di tempat duduk belakang. Amri sentiasa 
memperkenalkan anak-anaknya kepada kemurnian perketi arwah ibu mereka. 
Dia boleh berbangga kini, kerana anak-anaknya membesar menjadi anak-anak
 yang taat dan berjaya dalam pelajaran.
Amri menatap gambar wajah isteri yang amat dirindui yang amat dia kasihi...
Sayang....
 anak-anak kita dah besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu mereka. 
Abang tak pernah menduakan kasih Alea kerana tidak ada wanita lain yang 
layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak kita selain Alea. 
Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa mencintai Allah melebihi 
cinta terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu bersyukur kerana Allah 
telah mengurniakan Alea untuk abang cintai.
" 
Ayah....Balqis rindukan arwah ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh
 ke belakang, wajah kerinduan itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke
 sebelah, seperti Balqis, wajah Arief jugak sarat dengan kerinduan 
terhadap arwah ibu yang tidak sempat membesarkan mereka. Azalea pergi 
selepas seminggu melahirkan mereka. Amri masih ingat hari terakhir 
isterinya bersama mereka. Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara 
renungan Azalea. Azalea sempat memohon maaf dan memintanya menghalalkan 
segalanya. Hari itu memang aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia 
seminggu masa itu tidak banyak kerenah.
Tersenyum dan 
tergelak suka apabila dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada Amri 
sambil memeluk anak-anaknya erat. Amri sempat mendengar bisikan syahadah
 sebelum dada isterinya tidak lagi berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba 
menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu memeluk isterinya erat 
bersama anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya apabila abah 
Azalea menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas. 
Anak-anaknya beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea.
 Dia merebahkan tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup 
dahi isterinya. Dia dapat mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia 
tahu, terlalu berat hati isterinya meninggalkannya bersama anak-anak 
yang masih terlalu kecil.
" Mesti arwah ibu pun rindukan kitakan ayah." Celah Arief.
"
 Percayalah sayang.... Arwah ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu 
seorang yang penyayang. Nanti kita akan berkumpul bersama. Jadilah anak 
yang soleh." Pesan Amri. Arief dan Balqis angguk.
" Kami 
janji, kami akan jadi anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk 
kesejahteraan ayah dan arwah ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan 
sikap tanggungjawab anak terunanya itu.
" Arief nanti jaga
 adik tau. Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga tau. Dengar 
cakap mereka. " Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat sangat.
" Ya Allah... hanya Kau berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah." Bisiknya sebelum memejam mata.
Arief
 Amsyar memeluk bahu Alia Balqis memandang pusara arwah ibu dan arwah 
ayahnya. Doa dikirim untuk insan-insan kesayangan itu. Mereka redha 
pemergian arwah ayahnya sudah ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana 
seruan Ilahi dan rindu kepada arwah ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, 
tempatkanlah ayah dan ibu kami di kalangan muslimin muslimah yang soleh.
 Ayah.. kami membesar dalam dakapan kasih sayangmu, ibu... kami hidup di
 bawah naungan kasihmu. Terima kasih kerana melahirkan kami. Kami 
bersyukur menjadi anak-anak kalian.' Bisik pasangan kembar itu.
Sekian.
 

Allah..sedihnye...kak cc punye entry memang tip top.. sempat la menangis..hukhuk...
ReplyDeleteKesat airmatamu dik...heheee
Deletesedih.... :(.. nice story CC...
ReplyDeletesambung esok....tak habis baca lagi..hihi
ReplyDeleteoh, menulis juga ye.. saya dah lama x menulis. tak ada inspirasi....
ReplyDeletebest baca. menarik even sedih