Friday, May 15, 2015

Ingat 5 perkara

Assalamualaikum...

Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Allah sedang 'berbicara' dengan hambaNya melalui musibah. Musibah Allah tidak kenal pada bangsa dan agama Islam atau tidak, Alim atau kufur. Semua pasti merasainya. Terpulang kepada kita untuk 'respond' kembali. Jelas dan nyata, kita hanya ingat pada Pencipta bila musibah datang.

Saat terlantar sakit, pasti kuat dan jelas ingatan kita kepada Allah sedangkan ketika sihat hanya sekali sekala mengingatiNya. Ketika dalam kesusahan, kepada Dialah tempat mengadu sedangakan ketika dalam kesenangan, adakah Dia diingati. Sesungguhnya kita hambaNya yang sering kali lalai dalam kehidupan.

Ingatlah, Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Jadi, kenapa kita sebagai hamba, mencari masa dan alasan terlebih dahulu sebelum mengingatiNya. Allah tidak memilih pangkat mahupun warna kulit, jadi kenapa kita perlu memilih kasih. Allah mengasihi setiap hamba-hambanya. Jadi kenapa kita sebagai hambaNya, perlu menanam hasad dengki dan dendam dihati.



6 comments:

  1. amin...insyallah..terima kasih ats peringatahousewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nice sharing. kita ni masa senang selalu lupa pada Allah. Bila dah ditarik balik nikmat baru la nak mula sedar. good reminder for me. thanks.

    ReplyDelete

Flickr