Pesan ayah terpahat dihati


"Ayah nak pesan, jika anak
ayah terlalu lelah dengan
dunia ini, ingat untuk
rehatkan diri dengan bersolat.
Bila terasa lemah lagi, kenanglah
senyuman mak. Bila rasa
masih tak cukup kuat, bahu
ayah masih utuh untuk kamu
menangis semahunya.
Bila kami dah tiada, Allah
tetap ada. Hadis Nabi teman
setia." - ayah



Take note : Tadi call ayah. Rindu punya pasal, tak sedar on call hampir sejam lebih. Banyak perkara yang diborakkan dengan ayah. Banyak benda mengadu pada ayah. Rindu suara ayah. Rindu senyuman ayah. Rindu nak menatap wajah tampan dan kacak ayah. Rindu nak peluk cium ayah. Rasanya dah sebulan tak balik kg. Bukan tak nak balik tapi kekangan masa buat sementara waktu. Kewangan pun satu hal juga. Hurmmmm... adatlah belajar jauh dari keluarga, inilah salah satu risiko yang harus dilalui. Tapi tak apa, demi cita-cita dan harapan ayah, anakmu ini sanggup menahan rindu dendam di hati.

Ayah pesan "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri" . Baik ayah, anakmu ini akan sentiasa ingat pesanan ayah. Banyak pesanan ayah tadi, insyaAllah akan anakmu ini sentiasa ingat. Sejam berborak dengan ayah macam tak puas. Lepas end call, terus mengalir airmata.

Subahanallah, sesungguhnya hati ini terlalu merindui ayah, mak dan adik-adik saat nie. Semoga mereka sentiasa sihat dan bahagia gembira dalam lindunganMu, Ya Allah. Merekalah harta yang paling bernilai dalam hidupku, tanpa mereka siapalah aku. Demi mereka, akan aku tabah dalam melalui ujian dan dugaan yang Engkau titipkan buat kami, para hamba-hambaMu. Semoga keluargaku sentiasa bahagia dan gembira selalu, Aamin. iLOVEu ayah. iLOVEu mak. iLOVEu adik-adik. iLOVEu family. Love you so muuuuahhhh! Wassalam.

10 comments:

  1. sabar ye . nanti blik boleh jumpe ayah .

    ReplyDelete
  2. mendalam pesanan ayah tu... moga menjadi pedoman ...

    # Antara Kerja & Kerja - Owh!MananQayyim™

    ReplyDelete
  3. Ingat pesan ayah, insyaAllah segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. sabar ya...

    jom singgah ke blog saya http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. manja ayah ek?sabarlah..adat menuntut ilmu..

    ReplyDelete
  6. tiba2 sebak baca entry ni.... :'(

    ReplyDelete
  7. nanti cik candy sambut hari bapa untuk ayah cik candy,tak silap saya hari bapa selepas hari guru :-)

    ReplyDelete
  8. rindu pulak dekat ayah cn di kampung

    ReplyDelete