Nilai Sebenar Seorang Isteri

Assalamualaikum...

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetapu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta seorang tetamu datang ke depan.

"Penceramah : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda."
Lalu lelaki tersebut menulis 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

"Penceramah: Sekarang pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

"Penceramah: Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
Penceramah: Hapuskan 2 nama lagi..."

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. Tiba-tiba penceramah itu berkata, "Silakan padam 1 nama lagi."

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang berat dan menghapuskan nama orang tuanya.
"Penceramah : Silakan pilih 1 nama nama lagi!"

Lelaki tersebut menjagi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapuskan nama anaknya dan lelaki itu pun menangis

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang juga darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaku tersebut. lalu lelaki tersebut menjawab, "Seiring waktu berlalu orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah isteri saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Allah yang menganugerahkannya. Sedangkan isteri, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini."


Take Note : Sayangilah isteri anda, sesungguhnya nilai seorang isteri terlalu besar. Pengorbanan yang dilakukannya tak mampu untuk dibalas.













5 comments:

  1. Sayangilah isteri anda wahai suami2 diluar sana..Isteri adalah anugerah dari Allah utk kita bimbing dan didik dia ke jln kebenaran..

    ReplyDelete
  2. ibu tiada galang gantinya..isteri hadiah terindah..anak anugerah paling berharga..:)

    ReplyDelete
  3. Sayangilah isteri anda, perempuan perlu dilindung......;-)

    ReplyDelete