Breaking

LightBlog


Sunday, September 13, 2015

Rindukan mereka


Rindu sebenarnya.
Rindu sangat sebab dah lama tak jumpa.
Hurmmm.. niat hati hari-hari nak jumpa.
Tapi jarak membataskan segalanya.
Mujur ada telefon mendekatkan kami.
Tapi rasa rindu tu tak pernah hilang.
Tetap rindu jugak
Bahkan semakin rindu bila dengar suara.
 Setiap malam mesti tatap gambar mereka.
Tidur ditemani gambar aje lah.
Rindu.. tak sabar nak jumpa.
Lagi seminggu nak start cuti midsem.
Alhamdulillah, berkesempatan untuk balik kampung.
InsyaAllah nanti balik kampung boleh tatap wajah-wajah kesayangan lama-lama.
Agak-agak dapat tak hilangkan rasa rindu yang sedang sarat sekarang ni?
Tak apalah, tak kisah pun rindu tu kalau dekat.
Huhuuu.. hari-hari jumpa, boleh dakap erat-erat.
Ya Allah, tetiba rasa macam nak menangis.
Ishhh... sensitifnya lah hati ni bila bercerita tentang mereka.
Sabrlah hati, tabahlah jiwa, kuatlah semangat.
Lagi seminggu je nak balik kampung.
Lagi seminggu je memendam rasa menahan rindu.
Mak, ayah, adik-adik... rindunya!
Huhuuu rindu nak jumpa depan-depan.
Rindu nak dengar leteran mak.
Rindu nak dengar suara ayah depan-depan.
Rindu nak gaduh dengan adik-adik.
Rindu nak lepak depan tv ramai-ramai.
R I N D U
iLOVEu Family.

Semoga mak, ayah dan adik-adik sentiasa sihat walafiat dan dilindungi Allah sentiasa.









8 comments:

About Me

My photo

Cik Candy adalah pemilik blog http://cikcandysour.blogspot.com. Ini adalah akaun kedua. Akaun pertama diberinama Cik Kejupenyet dan pemilik blog http://akukaudansesuatu.blogspot.com.

|CIK KEJUPENYET II | asal negeri penyu | lepak sepang | student | chargeman A1 | blogger | gemar merapu & merepek | bukan jual kerepek |
Adbox