Tuesday, December 5, 2017

Cerpen | Seorang bapa yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan BMW dan meninggalkan nota

Seorang bapa yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan BMW dan meninggalkan nota
Seorang lelaki yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan kereta BMW yang diletakkan di pinggir jalan. Jadi beliau dengan jujur meninggalkan nota yang menyesali perbuatannya dengan harapan pemilik kereta tersebut akan memberi masa kepada beliau untuk membayar ganti rugi.

Tetapi beliau tidak pernah menyangka pemilik kereta tersebut akan tersentuh dengan keikhlasannya dan beliau diambil kerja oleh pemilik BMW tersebut.

Pada hari itu Albert dan anak-anaknya bersiar-siar dan secara tiba-tiba telah menyebabkan sebuah kereta BMW tercalar. Beliau tidak melarikan diri daripada perbuatannya yang salah.

Beliau menghantar anak-anaknya ke rumah dan pergi ke kedai untuk mendapatkan kertas dan pen untuk menulis nota. Beliau menulis nota permintaan maaf dan meletakkannya pada pengelap cermin kereta BMW itu.

Albert meminta maaf menerusi suratnya dan berkata bahawa beliau tidak bekerja ekoran perniagaannya gagal, malah keluarganya sedang menghadapi masalah ekonomi. Beliau hanya mempunyai wang pada masa kini utk menganti kerosakan tersebut.

“Saya secara tidak sengaja mencalarkan kereta anda dan saya mesti bertanggungjawab, jadi tolong terima sedikit wang saya terlebih dahulu dan tolong beri saya masa untuk membayar baki selebihnya. Sila beri saya waktu 2 atau 3 bulan untuk menyediakan baki ganti rugi. Saya memberi jaminan kepada anda bahawa saya tidak akan melarikan diri.

Pemilik BMW mengatakan bahawa setelah melihat nota, reaksi pertamanya adalah takut orang ini mungkin seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik. Justeru, beliau meminjam telefon rakannya dan menelefon Albert, beliau berbohong mengatakan bahawa kereta tercalar itu adalah Benz.

Albert menjawab dengan jujur ​​mengatakan dia mencalarkan kereta tetapi ia BMW bukan Benz. Beliau berkata dengan cemas: “Adakah anda kawan pemilik kereta berkenaan? Bolehkah anda membantu saya mencarinya? Saya perlu memberitahunya bahawa saya secara tidak sengaja mencalarkan keretanya dan saya bersedia bekerjasama.”

Pemilik BMW berasa selesa dan merasakan bahawa Albert bukanlah seorang lelaki yang jahat tetapi jujur ​​dan penuh tanggungjawab. Beliau menjemput Albert datang dan menjelaskan bahawa dia tidak perlu menganti kos tersebut.

Albert pula berkata: “Saya telah merosakkan kereta anda dan saya benar-benar perlu membayar ganti rugi. Saya tidak mahu menentang prinsip kehidupan saya.”

Selepas mendengar kata-kata beliau, pemilik BMW telah tersentuh.

Beliau kemudiannya memberitahu Albert : “Oleh kerana anda bersungguh untuk membayar balik ganti rugi kepada saya dan kebetulan saya kurang kakitangan, mengapa anda tidak datang ke syarikat saya dan bekerja? Saya benar-benar mengagumi kejujuran anda dan anda boleh membayar balik kerugian saya dengan bekerja untuk saya dan kita juga boleh menjadi kawan! “

Pemilik BMW juga berkata beliau akan bertemu dengan Albert dan beliau juga tidak kisah mengenai kos pembaikan kereta. Ia adalah kerana kejujuran Albert yang menyentuh perasaannya.

“Dalam masyarakat sekarang, orang-orang seperti anda sudah pupus dan jika anda boleh membantu saya dalam perniagaan saya, saya akan sangat berbesar hatii,” kata pemilik BMW.

Kisah ini dipetik daripada satu artikerl, namun ia cukup bermakna untuk memberi inspirasi dan pengajaran kepada kita. Kejujuran dan keikhlasan hati adalah penting di kalangan masyarakat.

1 comment:

  1. Sekiranya semua orang mempunyai sikap begini pasti dunia akan aman.. Satu langkah kecil akan menjadi besar kalau semua orang mahu melakukannya..

    ReplyDelete