Bakal diubahsuai dan diberi nafas baru

Assalamualaikum

Blog Cik Candy Sour.. sebenarnya aku pun tak berapa pasti mana datangnya Cik Candy Sour tu.. mungkin disebabkan aku ni terlalu obses dengan gula-gula kowt.. mungkinlah.. habis sour tu mana pulak wujudnya.. mungkin sebab aku sukakan sesuatu yang masam.. contohnya limau.. orange.. sebab tu aku punya email ada perkataan orange..

Rasanya blog Cik Candy Sour ni dah beberapa bulan terabai.. bukannya aku bagaikan terus.. buka je sekali dua.. jarang-jarang sekali.. kadang-kadang saja.. tapi untuk update entri tu aku macam malas sikit.. sekadar skodeng follower je.. heheee mana yang sempat aku terjah dan tinggalkan jejak.. mana yang tak sempat tu.. aku sekadar jadi silent reader je lah.. tapi apapun aku harap sangat sebenarnya blog ni kembali meriah macam dulu kala.. alaaa macam waktu aku mula-mula buat blog nie..

Nak dijadikan cerita, sebenarnya blog Cik Candy Sour ni merupakan blog kedua aku... aikk habis tu mana blog pertama aku? sabar bagi aku cerita satu persatu..  mungkin ada diantara korang dah tahu aku ada dua blog.. Cik Candy Sour dan Blog Babyshambles.. hah sapa pernah dengar nama blog tu.. Babyshambles.. itulah blog yang mula-mula sekali yang buat aku terjebak dalam dunia blogging ni... heheee.. tapi tu waktu aku belajar di PSDC dulu.. habis je study.. aku dah malas nak berblog-blog bagai.. so aku abaikan.. memang bersayang labah-labahlah jawabnya..

Blog Cik Candy Sour ni plak wujud pada awal tahun ni.. tahun 2015.. entah aku pun tak pasti macam mana aku tiba-tiba nak berblogging semula.. waktu tu dah tak ingat pun aku dah ada blog.. so aku pun buatlah blog ni.. aku mula balik dari bawak.. cipta blog..edit blog.. tampal apa yang perlu.. buang apa yang patut.. last sekali wujudlah Cik Candy Sour ni... hurmmm dalam dua tiga bulan aku berblogging.. entah macam mana aku terjumpa blog lama aku.. blog Babyshambles.. hahaaa macam apa entah perasaan waktu tu.. kebetulan aku dah lupa email dan password.. aku cari punya cari.. ingat punya ingat.. siap tanya kawan waktu study PSDC dulu lagi kowt.. hahaa punyalah nak sangat log in blog Babyshambles tu.. alhamdulillah.. akhirnya berjaya..

Sejak hari tu aku dah mula kurang bagi perhatian pada blog Cik Candy Sour ni. Masa aku banyak dihabiskan untuk blog Babyshambles je.. hahaaa macam kacang lupakan kulit pulak kan.. ayokkk.. macam apa entah.. kebetulan waktu tu aku pun sibuk dengan kelas.. dengan aktiviti koko lagi.. segala bagai aktiviti aku masuk.. nak aktifkan diri ni konon-kononnya.. last-last sekali apapun tak ada.. bahkan aku terpaksa quit dari satu group blog yang aku sertai ketika tu.. hurmmm terkilan pun ada jugak sebenarnya tapi itulah.. untuk diri sendiri pun ketika tu aku tade masa.. macam manalah aku nak mengaktif dalam group tu kan.. apapun aku hargai dan insyaAllah akan ingat segala ilmu yang aku dapat sepanjang join group tu.. ishhhh tetiba plak rindu dekat akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan adik-adik group tu T_T

Untuk hari ni.. saat ni.. tetiba aku dapat ilham dan idea untuk memperapatkan lagi blog-blog kesayangan aku ni.. maksudnya, aku nak ada kaitankan blog Cik Candy Sour dan blog Babyshambles.. hurmmm.. mungkin lepas ni nama Cik Candy akan dihapuskan kowt.. tapi entahlah.. aku masih dalam proses memikirkannya.. rasa macam nak hapuskan tapi macam sayanglah pulak.. uwarghhhhh.. aku masih memikirkan kesan untuk jangka masa panjang akan tindakan dan ubahsuai yang bakal aku lakukan nanti..




No comments:

Post a Comment