Sunday, November 15, 2015

Bertanya tertanya-tanya



Bertemu dengan kau selalu menimbulkan tanya dalam kepala otak aku ...
Kau begitu baik terhadapku, atau mungkin hanya perasaanku saja.
Nyatanya kau baik terhadap semua orang.
Kau sentiasa bersedia membantu aku, menyediakan tangan.
Hingga aku merasa hati kau mungkin untuk aku.
Atau mungkin ini hanya perasaan aku saja.
Nyatanya kau pun turut membantu yang lain selain aku

Ah, kau ...
Kebaikan kau yang berlebih itu boleh membuatkan orang lain menaruh harapan pada kau, menaruh perasaan pada kau.
Seperti perasaan aku ini mungkin pada kau ...

Ah, kau ...
Aku faham,malas nak memahami sebenarnya.
Kini kehadiran kau telah membuat tanda tanya dalam kepala otak aku.
Dan mungkin kau tidak sedari ...
Dan aku rasa, aku perlu menjauhi kau kali ini.
Aku akan menjauhkan diri untuk mencari jawab dari tanya dalam kepala otak aku
Dan aku yakin, aku akan mencari cara terbaik mencintai kau dari-Nya ...

No comments:

Post a Comment

Flickr