Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Bulan Terakhir Praktikal Untuk Semester ini


Alhamdulillah, bulan Jun muncul juga akhirnya... bulan Jun merupakan bulan yang hakak nanti nantikan.. kenapa? sebab bulan Jun merupakan bulan terakhir hakak praktikal untuk semester ini.. bulan Jun juga merupakan bulan kelahiran hakak.. dan yang paling penting.. bulan Jun tahun ini kita berpuasa... Tanggal 1 Ramadhan jatuh dalam bulan Jun.. jadi bulan Jun untuk tahun ni sangat istimewa dalam hidup hakak.. alhamdulillah...

Hari ni merupakan tanggal 2 Jun 2016.. hidup hakak untuk hari ni masih seperti biasa.. di tempat kerja.. menghitung hari untuk habis praktikal.. Oichhhh tak sabarnya nak habis praktikal dekat sini.. kalau diikutkan 30 Jun 2016.. hakak secara rasminya tamat praktikal di sini.. tapi niat dihati nak mintak tamat awal.. heheee.. kalau boleh nak puasa dengan family dekat rumah.. tak nak puasa dekat sini.. tak best.. sahur sorang sorang.. berbuka sorang sorang.. macam sedih je rasa... macam lonely sangat.. sob sob sobbb.. maklumlah hakak kan tinggal di hostel yang disediakan company.. bak kata mak " adat lettuw belajar dan merantau". Hehee

Hari ni hari khamis.. seperti biasa hakak menanti jam 5:30pm dengan ketidak sabaran., kenapa? sebab hakak nak bergegas balik rumah family.. kebiasaannya setiap petang khamis hakak akan pulang ke rumah family.. petang sabtu hakak kembali semula ke hostel.. sebab ahad dah mula kerja.. sama seperti hari hari yang sudah.. petang ni pun hakak akan pulang ke rumah family.. serius rasa mcm tak sabar giler.. heheee.. kenapa tak sabar? sebab baru baru ni rumah hakak di renovet.. jadi rumah agak bersepah dan tak teratur.. so niat hakak untuk pualng petang ni sebab nak tolong mak kemas rumah.. almaklumlah hakak kan anak yang baik.. heheee :)

Untuk semester ni.. hakak dah berjaya praktikal selama lima bulan lebih.. penghujung bulan ni genaplah enam bulan.. oichhh tak sabarnya nak tamatkan praktikal dekat sini.. eh, tamat praktikal ni bukan bermakna hakak dah tamat belajar tau... masih berbaki lagi setahun setengah untuk grad... lama kan? awal bulan tujuh nanti, hakak sekali lagi akan praktikal.. tapi di tempat lain dan dalam silibus yang lain.. kalau di sini.. hakak didedahkan dengan kerja kerja instrument analayzer system.. hehee agak lari sikit dengan apa yang hakak belajar.. di tempat baru nanti, hakak bakal didedahkan dengan PSU.. Papan Suis Utama.. okay, itu memang bidang yang hakak belajar... memang cun, ngam dan tepat sekali untuk hakak.. kuikuikuiii

Eh, macam syok je hakak bertyping entri kan.. tengok jam dah dekat pukul lima.. yeyeyehhh dah dekat nak balik.. yeyehhh tak sabau nyer.. awak.. awak.. awak... doakan hakak selamat sampai rumah family ye petang nanti.. okaylah.. hakak nak sambung buat kerja sikit.. hehee nanti lima setengah.. hakak terus panch card dan cabut balikkk.. heheee okbye.. wassalam :)


Take note : Lamanya tak berblogging dekat sini. Hehee rindu pulak nak aktif macam dulu kala. Sila tinggalkan link uolls jika sudi. InsyaAllah nanti hakak slow slow blogwalking ye. Salam Ramadhan sayang :)


Balik kampung | Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Lama tak update blog nie. Entah! rasa macam tak terbahagi pulak masa. Itu yang blog ni terabai. Apapun untuk malam ni Cik Candy berkesempatan mengupdate lagi. Alhamdulillah. Sebenarnya selama ni pun bukanlah hilang kemana. Sekadar memberi terlebih tumpuan pada blobabyshamble, itu yang sampai Cik Candy Sour sedikit terabai. Huhuuuu... *abaikanlah*

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Syawal kian dekat berkunjung tiba. Terasa bagai tak puas lagi melayan kedatangan Ramadhan, biarpun sudah hampir sebulan. Alhamdulillah, Ramadhan kali ini terasa sangat manis dan indah. Nikmat yang dirasakan seakan tak tergambar dengan kata-kata.

Biarpun Ramadhan kali ni disambut di perantauan, tapi Cik Candy bersyukur. Syukur kerana segalanya dipermudahkan. Segala urusan dan perkara yang dilakukan dimudahkan olehNya. Alhamdulillah.

Kalau diikutkan baru dua minggu lepas Cik Candy melaporkan diri untuk semester baru. Tapi macam tak terasa pun dua minggu tu sebenarnya. Hihiii malam esok dah kembali gerak balik kampung. Sebenarnya cuti raya bermula 15 Julai 2015, tapi disebabkan masalah ketiadaan tiket so Cik Candy terpaksa membeli tiket awal dan bercutilah awal. Yahooooooo 12 Julai 2015, jam 9:30 PM gerak balik kampung. Untuk kali ni, Cik Candy mengambil tiket dari Seremban ke Kuala Terengganu. Niat asalnya, nak naik dekat TBS tapi disebabkan ketiadaan tiket so terpaksalah jugak naik di Seremban. Tapi okay lah kowt. Dekat sikit dari hostel ni, Sepang. :)

Disebabkan malam esok Cik Candy dah gerak balik kg, jadi tak kan berkesempatan untuk blogging buat sementara waktu, so Cik Candy nak buat ucapanlah sikit ye. Hihiii dikesempatan ni, Cik Candy nak ucapkan..


"SALAM RAMADHAN dan SELAMAT HARI RAYA ZAHIR & BATIN. MINTAK AMPUN, MINTAK MAAF ANDAI ADA TERSALAH KATA TERLEBIH BICARA DALAM SEDAR ATAUPUN TIDAK. SEMOGA RAYA TAHUN NI MEMBERI SERIBU SATU KEBERKATAN DAN KENIKMATAN BUAT KITA SEMUA. SALAM KEMAAFAN TULUS IKHLAS DARI CIK CANDY SOUR"


Ramadhan | Perbezaan tahun ini dan tahun lepas

Assalamualaikum..

14 Ramadhan 1436. Bismillah. May
Allah ease everything for us today.
May Allah protect us for any harm.
May Allah give us strength. Aamin


Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang untuk update blog ni. Tak sangka dah 14 hari Ramadhan kita lalui bersama. Alhamdulillah aku bahagia dengan kedatangan Ramadhan ni, sangat bermakna untuk aku.

Perbezaan Ramadhan tahun ni dan tahun lepas. Bagi aku terlalu banyak bezanya. Terlalu banyak untuk aku kenangan apa yang berlalu pada Ramadhan tahun lepas. Ya, bila aku kenangkan balik pasti airmata menitis. Sesungguhnya apa yang aku rasai hanya Allah yang tahu. Terlalu besar dan beratnya ujian yang Dia timpakan buat aku dan keluarga pada Ramadhan tahun lepas. Biarpun perit bila dikenang namun itulah kehidupan.

Aku bersyukur padaMu, ya Allah. Ujian yang Engkau timpakan pada kami sekeluarga membuatkan kami semakin erat, kami semakin menghargai tali kekeluargaan dan menghargai pengorbanan keluarga. Alhamdulillah.



Take Note : Semoga kami sekeluarga sentiasa bahagia, sihat sejahtera, gembira dalam lindunganNya sentiasa, Aamin




Ramadhan | Bercuti seminggu


Sila hubungi saya di laman sosial yang tertera ye. Get in touch


Take Note : Alhamdulillah, hari dan tarikh yang ditunggu akhirnya tiba juga. Hari ni dan inilah tarikhnya. Ya hari ni. Ya tarikh ni. Semangat Cik Candy bangun sahur tadi. Huhuu.. lepas sahur terus tak tidur-tidur dah. Hati ni excited sangat. Mata pun dah tak rasa mengantuk. Hati pulak melonjak gembira. Tak sabar nak tunggu malam. Oichhh...

Dikesempatan yang ada ni, sempat lagi Cik Candy layan blog ye. Hihiii.. biasalah masih ada masa kowt. Tadi lepas sahur, Cik Candy dah start packing barang, kemas bilik bagai. Yes! bilik pun dah kemas. Barang pun dah siap dipacking. Alaaa bukan banyak sangat pun barang yang dibawa balik nanti. Just beg galas je kowt. Malas nak bawak banyak barang. Jenis Cik Candy, kalau boleh nak somthing yang simple, so senang nanti nak bergerak ke hulu ke hilir. Tak payah nak bersusah payah pikul beg berkilo-kilo.. Heheee..

Bermulanya hari ni, selama seminggu Cik Candy akan balik kampung. Menghabiskan masa-masa dengan keluarga. Alhamdulillah, kebetulan pulak diawal puasa tahun ni start cuti semester. Happy, seronok, gembira, excited dan blaa.. blaaa. blaaaa.. Hati ni tak terkata. Tak tahu nak kata apa sebenarnya.

Apapun doakan perjalanan pulang Cik Candy dipermudahkan ye. InsyaAllah, malam nie akan bermulannya perjalanan Cik Candy dari Seremban ke Kuala Terengganu. Kenapa Seremban bukan Sepang? Hahaa sebabnya Cik Candy naik bus dari Seremban. Area Sepang ni manalah ada Terminal Bus Express sayang oittt.. Saja je naik dekat Seremban. Sebelum nie CIk Candy naik dari TBS ke Kuala Terengganu. Alaaa, tak kisahlah mana-mana pun janji dapat balik kampung. Ye ke idokkk? Huhuuu

Masa : 9:30 PM
Tarikh : 19 Jun 2015
Place : Terminal One, Seremban
Destinasi : Seremban ke Kuala Terengganu

Rindu | Ayah Bonda


Hormatilah ibu bapa
Janganlah menderhaka
Ingatlah jasa mereka
Janganlah kita lupa

Limpahan kasih sayang
Yang mereka curahkan
Janganlah dipersiakan
Itu amanah Tuhan

Oh ayahanda tercinta
Tingginya pengorbanan
Mencurahkan keringat
Penuh keikhlasan

Oh bondaku tersayang
Lembutnya belaianmu
Akan ku terus kenang
Hingga ke akhir hayatku

Ya Allah ya Tuhanku
Limpahkanlah rahmat-Mu
Peliharalah mereka
Kasihani mereka

Ya Allah ya Rabbi
Pada-Mu ku berserah
Bimbinglah kami ini 
Menuju keredhaan



Take Note : First time dengar lagu nie waktu Program Citra Ibadah, dua minggu lepas. Lagu ni dicipta khas oleh mereka yang terlibat bagi menguruskan dalam program tersebut. Katanya, lirik lagu ni dicipta bagi mengingati dan mengenang kembali bertapa besarnya pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan seorang anak. Bagi si anak, mungkin tidak berapa ketahui pengorbanan yang dilakukan oleh si ayah dan si ibu. Kasihnya mereka terhadap anak-anak tidak pernah mengharapkan sebarang balasan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Ketika lagu ini berkumandangan dan huraian kata-kata diungkap oleh mereka yang menjayakan program tersebut, mudahnya airmata ni mengalir. Hati teringat dekat mak dan ayah di kampung. Kebetulan dah lama tak bertentang mata, bersua muka so lagilah sendu dirasakan. 

Untuk hari nie, saja je update lirik lagu ni kat sini. Sebab hati tengah memberontak nak balik kampung. Rasa macam tak sabar pulak nak tunggu hujung minggu ni. Hohohooo bermulanya cuti semester selama seminggu. Tak kesahlah seminggu pun janji dapat balik kampung. Dapat jumpa mak, ayah dan adik-adik. iLOVEu 

Musim Exam | Deman rindu

Assalamualaikum..

Dalam pada sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi final exam, boleh pulak jatuh sakit. Demam. Oichhh rasa macam nak melekat memanjang atas katil. Rasa macam nak tidur memanjang, rehatkan diri. Tapi tak boleh! Masih ada misi dan visi yang harus disettlekan.

Study. Itu misi dan visinya. Semoga result yang diperolehi nanti dapat membanggakan mak dan ayah. Alhamdulillah, dalam pada demam, badan masih mampu bertahan. Masih larat untuk study dan settlekan apa yang patut. Yalah, dah duduk jauh dari family so tak bolehlah manja sangat. Perlulah kuathan hati, tabahkan diri untuk menguruskan diri sendiri.

Tapi apapun, tadi call mak. Huhuuu, jatuh juga airmata setitis dua titis. Saya hati dengar suara mak. Berguni-guni nasihat yang mak titip kan. Mak mesti risau dekat anak dia yang sorang ni. Huhuuu.. mak ouh mak, selalu sangat risau dekat anak-anak. Padahal anak-anak dah besar kowt. Dah mampu berdikari dan jaga diri sendiri. 

Tapi itulah, kasih ibu sepanjang hayat. Selagi tidak menutup mata, selagi itu akan sentiasa mengambil tahu akan anak-anak. Thank mak. Angah hargai sangat pengorbanan dan perhatian yang mak berikan pada angah. Demi mak, ayah dan adik-adik, angah akan kuat. Mak selalu cakap, 'Sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. Jangan merungut ketika sakit. Kuatkan diri dan tabahkan hati sebab Allah menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang pasti akan mampu untuk hamba-hambaNya melaluinya'. Huhuuu mak ouh mak, iLOVEu mak.


Take note : Tak sabar nak habis exam. Tak sabar nak cuti semester. Tak sabar nak balik kg. Paling tak sabar nak jumpa mak, ayah dan adik-adik. Lagi dua minggu nak start cuti. Apapun semoga segala urusan dan apa yang telah dirancangkan berjalan lancar dengan izin dari-Nya, Aamin.

Exam dan rindu keluarga

Assalamualaikum..

Hari ni first day aku exam. Ada dua paper untuk 3 subjek, semua soalan objektif. Sebelum jawab exam tadi aku ikut pesanan mak. Aku baca doa. Punyalah excited nak jawab exam, sekali aku terbaca doa makan. Hehee.. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan semangat dan confident yang berkobar-kobar. Masa yang diperuntukkan untuk setiap paper adalah selama satu jam tiga puluh minit. Tapi dalam setengah jam pertama aku dah angkat kaki. Bukan sebab tak dapat jawab. Tapi dah siap menjawab. Cepat kan? Rasanya itulah hasil aku study malam tadi. Rasa macam sangat berbaloi bersengkang mata. Untuk paper seterusnya, minggu depan pulak. Maknanya esok, lusa, tulat, tubeng, aku mereputlah dekat dalam bilik. Ramai diantara student yang balik kg. Biasalah mereka tinggal di sekitar sini je. Aku tak balik kg ke? Tunggu lagi dua minggu aku balik. Balik sempena cuti semester selama satu minggu. 

Malam tadi, sebelum study aku sempat call mak macam biasa. Sama macam malam-malam yang lepas. Aku mengadu nak balik kg. Aku mengadu rindu dekat mak, ayah dan adik-adik. Aku mengadu rindu pada masakan mak. Mak cakap, setiap kali aku call, mesti tanya mak masak apa. Makk ouh mak, mestilah angah tanya. Dah terlebih rindu sangat ni. Tak dapat merasa masakan, dapat tahu nama masakan tu pun jadilah. Mak cakap masak ikan tiga rasa. Ikan sungai, ayah dan adik dapat waktu mancing kat sungai pagi semalam. Alahaiii ayah dan adik aku tu, pantang ada cuti mesti berkepit dengan joran. Huhuu itulah hobi utama hero-hero dihati aku. Ayah, abang dan adik-adik aku semuanya minat memancing. 

Aku cakap dekat mak, esok aku exam *hari nilah* . Mak cakap, buat elok-elok. Baca soalan betul-betul. Sebelum jawab exam, baca bismillah, baca doa penerang hati. Banyak yang mak pesan. Alhamdulillah, thanks mak untuk segala pesanan tu. iLOVEu mak. Aku cakap dekat mak, 'doakan orang berjaya jawab ye'. Mak cakap, 'mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mak. Walaupun anak-anak mak jauh di mata tapi mak tak pernah lupakan anak-anak mak'. Serius, rasa sendu pulak bila dengar mak cakap macam gitu. Sungguh besarnya pengorbanan dan kasih sayang mak untuk anak-anaknya. 

Ishhh.. bila menyentuh isi family mesti aku sensitif. Rasa macam nak menangis je. Sebak sebenarnya. Terbayang gelagat dan telatah family di ruangan mata. Sabarlah hati, berbaki dua minggu je lagi sebelum balik kg. Dari kejauhan, aku doakan semoga keluargaku sentiasa sihat, gembira, bahagia dan dilindungiNya selalu. Walaupun mereka jauh berbatu-batu dari aku namun mereka tetapi dihati. iLOVEuFamily.


Take Note : Sekarang musim exam so segala aktiviti fizikal seperti kawad dan sukan dihentikan untuk seketika. Aktiviti seperti usrah dan ceramah sempena menanti ketibaan Ramadhan pula sedang giat disertai. Semoga dengan ketibaan Ramadhan tidak lama lagi akan memberi keberkatan buat kita semua.