Sakitnya tuh disini

Assalamualaikum..

Hari ini hari isnin. Maknanya, hari ni, Cik Candy dah start kelas seperti biasa. Tapi serius, untuk hari ni memang tade semangat. rasa macam nak ponteng aje. Rasa seperti nak menangis pun ada. Sakitnya tuh disini. sakit sangat-sangat. Sebelum ni, rasanya Cik Candy tak pernah mengalami kejadian seperti ini. Sakitnya tuh disini. Dimana sakitnya? Apa yang sakit? T_T

Sobsobsob... sebenarnya Cik Candy sakit tangan. Tangan ke? entah, boleh dikategorikan sebagai sakit bahu kowt. Tapi rasa seperti bukan bahu tapi tangan. Alaa tempat bersambung diantara bahu dan lengan tu. Serius sakit sangat. Cik Candy rasa seperti hilang sekejap kenikmatan yang pernah dirasaai. Subahanallah, Allah sedang menguji daku.

Nak dijadikan cerita, Cik andy bangun dari tidur tadi tiba-tiba rasa sakit yang teramat sangat. macam nak menangis saja. Cik candy cuba untuk angkat tangan kiri tapi tak boleh. Cuba dan terus cuba, rasa sakit kian terasa. Serius rasa macam nak menangis. Dengan bersusah payahnya tadi Cik candy gagahkan diri pergi mandi, cucikan diri sebelum solat. Ya Allah, waktu nak angkat takbir tu, hanya Allah yang tahu macam mana rasa sakit yang Cik Candy rasa. Selesai je solat, terus Cik cCandy on lappy dan search berkenaan tangan terkehel, sakit lengan dan sakit bahu. Macam-macam faktor yang Cik candy jumpa. Macam-macam teori yang ada tapi rasa macam tak berkenaan dengan Cik candy aje. Kenapa sebenarnya? Apa yang berlaku? Hurmm...

Sebenarnya Cik Candy dah rasa sakit-sakit, sengal-sengal sejak pagi semalam lagi. tapi tak adalah seteruk macam pagi ni. Kalau semalam boleh lagi angkat tangan kiri walaupun terasa sedikit ngilu. Tapi untuk pagi ni, langsung tak dapat nak angkat kalau tanpa sokongan. Sakit woiii!. Serius Cik candy tak tahu apa punca. dah naik buntu berfikir. Nak cakap jatuh katil, macam mustahil. nak kata tersilap posisi waktu tidur, mungkinlah kowt. tapi sebelum ni pun, Cik candy tidur dalam posisi yang sama juga tapi elok aje. Dah tu kenapa ye?

Ikutkan hati ni, Cik candy nak pergi hospital pagi ni. Pihak IPT ada penyediakan penkhidmatan menghantar dan mengambil pelajar ke klinik. Tapi rasa macam was-was. nanti nak cakap ada pada doktor tu. nak cakap sakit apa. Tak reti nak explin pada doktor. Hurmm macam mana ye? Sudahlah pagi ni Cik candy ada kuiz untuk subjek Amalan Keselamatan. Buntu.. buntu.. doalakn Cik candy cepat sembuh ye! Okbye. Wassalam.

:'(

10 comments:

  1. Cc moga cepat sembuh ya..nnt klau g klinik dr tanya ckp jer laa sakitnya tuh di sini..

    ReplyDelete
  2. Salah tidur ke cc? Bahaya tu kalau dah sakit sangat. Cepat-cepat pergi hospital check ye.

    ReplyDelete
  3. sakitnya tuh disini , di bahu ku . huhuu . salah tidur kot

    ReplyDelete
  4. Kalau dengan doktor tu tak payah explain... tunjuk je kat mana sakit tahulah dia apa nak buat..ahaksss.

    ReplyDelete
  5. eh Cc..nampak macam serius je sakit tu..kenapa x pegi hospital? taulah doktor caner nak check nanti...keje dorang lah..kan.!

    ReplyDelete
  6. Tersalah urat kot cik candy, inshaaAllah takde apa apa. Nanti pergi lah jumpa doktor tau! Get well soon

    ReplyDelete
  7. tersalah tidur kot.. sakitnya tuh.. :(

    ReplyDelete